EFL Cup 2021/22: Liverpool 0-0 Chelsea ( Penalti 11-10)

Liverpool dan Chelsea bertemu dalam aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup musim ini di Wembley dengan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik masing-masing.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya mara ke aksi perlawanan akhir selepas menewaskan Arsenal 2-0 secara aggregate ketika aksi peringkat separuh akhir.

Chelsea pula sementara itu mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan Tottenham Hotspur 3-0 secara aggregate.

Tidak dinafikan kedua-dua pasukan ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka, dan sukar untuk meramal siapa akan muncul sebagai pemenang.

Lebih dari 85,000 penyokong hadir memenuhi stadium Wembley hari ini untuk menyaksikan pertembungan antara kedua-dua gergasi Premier League itu berentap.

Lima minit pertama perlawanan nampak berjalan dengan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Tiada percubaan merbahaya yang berjaya dihasilkan melainkan kedua-dua pasukan cemerlang mencipta mencipta gerakan-gerakan menarik yang memberi ancaman ke kubu lawan.

Chelsea memiliki kesempatan emas pada minit ke-5 permainan selepas Cesar Azpilicueta melorongkan bola cantik ke dalam kotak penalti, untuk mencari Christian Pulisic yang tidak dikawal.

Pulisic bijak mencari ruang dan berada bersendirian di hadapan Kelleher dan beliau tenang menolak bola ke arah gawang gol Liverpool, namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol muda The Reds.

10 minit perlawanan berlangsung Chelsea nampak lebih dominan dengan mereka beberapa kali berusaha melancarkan serangan ke kubu Liverpool.

Bola lebih kerap berada di kawasan Liverpool berbanding Chelsea dan barisan pertahanan The Reds nampak tenang menyerap asakan the Blues.

15 minit permainan berlangsung, Liverpool sudah mula mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka dan beberapa kali mencuba untuk melancarkan serangan.

Chelsea nampak sudah tidak sedominan seperti 10 minit pertama namun mereka masih berjaya mencipta gerakan bahaya untuk menguji kubu Liverpool.

20 minit perlawanan berlangsung Liverpool nampak lebih dominan namun mereka masih gagal melancarkan serangan yang benar-benar merbahaya.

Minit ke-29 Mendy berjaya melakukan double save yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk menyelamatkan gawang Chelsea dari dibolosi.

Naby Keita melepaskan rembatan padu dari depan kotak penalti dengan Mendy berjaya menyelamatkan percubaan tersebut.

Bola kemudiannya sampai ke kaki Mane yang kemudiannya turut melepaskan percubaan, namun Mendy sekali lagi cemerlang menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi.

30 minit perlawanan berlangsung, Liverpool nampak benar-benar dominan dengan mereka turut memiliki beberapa kesempatan untuk menjaringkan gol.

Bola lebih kerap berada di kawasan Chelsea dengan bahagian midfield Liverpool berjaya main peranan dengan sangat baik.

40 minit perlawanan berlangsung kedua-dua pasukan kembali mempamerkan aksi serang menyerang namun masih tiada gol yang berjaya dihasilkan.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang sungguh menghiburkan sepanjang 45 minit pertama permainan walau tiada sebarang gol yang berjaya dijaringkan.

Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, dengan kedua-dua pasukan tentunya bakal perbaiki kekurangan mereka untuk aksi babak kedua nanti.

Sebaik bermula aksi babak kedua, Chelsea berjaya mendominasi permainan dan tak henti-henti melancarkan serangan ke kubu Liverpool.

Pada minit ke-48 permainan, Mason Mount berjaya berdepan dengan situasi satu lawan satu dengan Kelleher, namun sayangnya percubaan beliau sekadar terkena tiang.

60 minit perlawanan berlangsung, Chelsea nampak dominan dengan beberapa kali berjaya mencipta gerakan bahaya menguji gawang Liverpool.

Pasa minit ke-64 hasil kesilapan pemain Chelsea Salah hampir saja meledak gol untuk Liverpool dengan beliau tenang menyungkit bola menewaskan Mendy.

Malang untuk Salah, ketika bola sungkitan beliau bergolek menuju ke dalam gawang gol, Thiago Silva muncul mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Pasa minit ke-67 hasil dari sudut sepakan percuma yang diambil oleh TrentΒ  Alexander Arnold, Joel Matip berjaya meledak gol pembukaan untuk Liverpool

Mane menanduk bola hantaran dari Trent Alexander Arnold dan bola tandukan Mane ditanduk semula oleh Matip untuk menewaskan Mendy.

Pengadil perlawanan membatalkan gol tersebut kerana mendakwa Van Dijk berada di kedudukan offside.

75 minit permainan berlangsung, Liverpool nampak dominan dan kerap melancarkan serangan merbahaya menguji Edouard Mendy.

Minit ke-77 permainan Kai Havertz berjaya menjaringkan gol untuk Chelsea namun gol tersebut segera dibatalkan kerana tiga pemain Chelsea berada di kedudukan offside.

Minit ke-85 permainan Liverpool sekali lagi hampir memperoleh gol pertama, namun bercubaan bertubi-tubi mereka di dalam kotak penalti berjaya diselamatkan oleh barisan pertahanan Chelsea.

Minit ke-90 Mendy sekali lagi menjadi wira Chelsea selepas beliau melakukan aksi penyelamatan berkelas dunia untuk menyelamatkan bola tandukan van Dijk.

Tamat aksi 90 minit permainan, kedudukan masih kekal seri tanpa jaringan dengan perlawanan akan diteruskan ke aksi tambahan masa.

Minit ke-7 aksi tambahan masa Romelu Lukaku berjaya meledak gol pertama untuk Chelsea namun malangnya gol tersebut dibatalkan kerana beliau berada dalam kedudukan offside.

Penghujung aksi babak pertama tambahan masa berlaku insiden panas di atas padang bermula dengan pergaduhan antara Trent Alexander Arnold dan Kai Havertz.

Keaadan agak kecoh buat seketika namun pengadil perlawanan bijak mengawal keadaan dan permainan dapat diteruskan seperti biasa.

Tamat aksi 15 minit pertama tambahan masa, kedudukan antara kedua-dua pasukan masih terikat tanpa jaringan.

19 minit aksi tambahan masa, Kai Havertz sekali lagi meledak gol untuk Chelsea namun ia dibatalkan juga kerana offside.

Tamat aksi tambahan masa 30 minit perlawanan masih terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan dan pemenang akan ditentukan menerusi aksi penentuan sepakan penalti.

Liverpool akhirnya berjaya memenangi perlawanan ini selepas mencatatkan kemenangan 11-10 menerusi penentuan sepakan penalti.

Anak-anak buah Jurgen Klopp itu secara tak langsung telah berjaya memecah rekod baru dengan muncul sebagai pasukan paling banyak memenangi gelaran Carabao Cup (9 kali).

Sepakan penalti

Liverpool

1) James Milner – gol

2) Fabinho – gol

3) Virgil Van Dijk – gol

4) Trent Alexander Arnold – gol

5) Mohamed Salah – gol

6) Diogo Jota – gol

7) Divock Origi – gol

8) Andy Robertson – gol

9) Harvey Elliott – gol

10) Ibrahima Konate – gol

11) Caoimhin Kelleher – gol

Chelsea

1) Marcos Alonso – gol

2) Romelu Lukaku – gol

3) Kai Havertz – gol

4) Reece James – gol

5) Jorginho – gol

6) Antonio Rudiger – gol

7) N’Golo Kante – gol

8) Timo Werner – gol

9) Thiago Silva – gol

10) Trevoh Chalobah – gol

12) Kepa Arrizabalaga – tak gol

Chelsea (3-4-3): Mendy (Kepa 120); Chalobah, Silva, Rudiger; Azpilicueta (James 57), Kante, Kovacic (Jorginho 106), Alonso; Mount (Lukaku 74), Pulisic (Werner (74), Havertz

Booked: Kovacic, Kante, Havertz

Manager: Thomas Tuchel

Liverpool (4-3-3): Kelleher; Alexander-Arnold, Matip (Konate 91), van Dijk, Robertson; Fabinho, Henderson (Elliott 79), Keita (Milner 80); Salah, Diaz (Origi 97), Mane (Jota 80)

Booked: Alexander-Arnold

Manager: Jurgen Klopp

BACA:Β  Champions League 2021/22: Liverpool 2-0 Villarreal