Skuad kendalian Jurgen Klopp berkunjung ke Deepdale untuk beraksi bertemu Preston North End dalam aksi saingan Carabao Cup.
Jurgen Klopp mengubah 100% skuadnya dalam perlawanan ini berbanding skuad ketika membelasah Manchester United 5-0 di Old Trafford kemarin.
Liverpool berjaya mara ke pusingan keempat saingan EFL Cup musim ini selepas menewaskan Norwich City 3-0 bulan lalu.
🏆 𝗧𝗘𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗪𝗦 🏆
This is the Reds line-up for tonight’s @Carabao_Cup tie against @pnefc, with a senior debut for Harvey Blair and a full debut for Tyler Morton! #PNELIV
— Liverpool FC (@LFC) October 27, 2021
Sementara Preston North End pula berjaya layak selepas mereka menewaskan Cheltenham Town 4-1 di halaman mereka sendiri sebelum ini.
Kedua-dua pasukan turun dengan misi wajib menang untuk mara ke peringkat suku akhir, selepas masing-masing memulakan saingan dalam kejohanan ini dengan sangat cemerlang.
Sepp Van den Berg diturunkan untuk beraksi bertemu kelab asalnya Liverpool dalam perlawanan ini, selepas beliau dipinjamkan ke Preston North End pada musim panas baru-baru ini.
Liverpool pula menurunkan dua pemain muda, Tyler Morton dan Harvey Blair dalam kesebelasan utama mereka untuk berdepan dengan Preston North End.
Liverpool player ratings as Takumi Minamino and Adrian impress against Preston#LFC https://t.co/XbuJY2n1K1
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) October 27, 2021
Perlawanan bermula dengan agak seimbang namun jentera serangan Liverpool dilihat masih belum mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka.
Liverpool kemudiannya berjaya menemui rentak permainan mereka dan mula untuk melancarkan beberapa siri serangan ke kubu pasukan lawan.
Pada minit ke-24 permainan, Preston North End hampir sahaja untuk memperoleh gol pembukaan dalam perlawanan ini, namun sayangnya saja ia diselamatkan oleh Adrian.
Sean Maguire melorongkan bola cantik melepasi Gomez dan Matip untuk mencari Brad Potts yang sedang melakukan larian pantas ke arah kotak penalti Liverpool.
Brad Potts membawa bola dan melepaskan rembatan padu ketika berdepan dengan Adrian, namun penjaga gol Liverpool itu lebih cekap menepis keluar bola rembatan beliau itu.
HT: Preston 0-0 Liverpool
Give us your 𝙤𝙣𝙚 𝙬𝙤𝙧𝙙 𝙨𝙪𝙢𝙢𝙖𝙧𝙮👇 pic.twitter.com/8CaggsztP3
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 27, 2021
Tiga minit selepas itu, Adrian membuktikan yang beliau masih lagi antara penjaga gol yang berkualiti dan terbaik dengan melakukan save hebat dalam menyelamatkan gawang gol Liverpool.
Jentera serangan Preston North End berjaya melakukan tiga percubaan secara berturut-turut dengan dua darinya berjaya diselamatkan oleh pemain Liverpool dan percubaan terakhir terkeluar dari kawasan permainan.
Percubaan pertama mereka ditepis oleh Adrian, manakala percubaan kedua mereka ditanduk keluar oleh Neco William sebelum yang terakhir tersasar dari gawang gol.
Ia merupakan antara kesempatan terbaik untuk skuad kendalian Frankie McAvoy itu memperoleh gol awal dalam perlawanan ini, namun sayangnya ia berakhir dengan kegagalan.
Neco Williams admits he was 'fuming' with Liverpool moment during Preston win#LFC https://t.co/H0OJLXnhQZ
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) October 27, 2021
Preston North End memiliki banyak peluang untuk merobek gawang gol Liverpool dalam perlawanan ini, namun Adrian dan barisan pertahanan The Reds beraksi dengan sangat cemerlang.
Pada minit ke-62 permainan, Liverpool akhirnya berjaya menjaringkan gol pembukaan hasil dari percubaan on target pertama mereka dalam perlawanan ini.
Neco Williams membawa bola masuk ke dalam kotak penalti Preston, dengan beliau cemerlang melepasi beberapa pemain sebelum menghantar bola ke tengah.
Bola hantaran Neco Williams tepat ke arah Minamino yang menghalakan bola terus masuk ke gawang lawan untuk gol pembukaan Liverpool.
Pada minit ke-84, Divock Origi berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik dan layak untuk dicalonkan sebagai antara gol of the season.
Divock Origi goal for Liverpool vs Preston. That was a brilliant flick. pic.twitter.com/JyEAH3tgFt
— Elijah Kyama (@ElijahKyama) October 27, 2021
Kostas Tsimikas menghantar bola ke dalam kotak penalti, dengan bola hantaran beliau terkena palang gol sebelum melantun menuju ke arah Neco Williams.
Neco cuba menggelecek dan melepaskan rembatan, namun sepakan lemah beliau terbias terkena pemain lawan dan terapung di udara betul-betul di depan Origi.
Berbanding menanduk bola itu, atau mendada atau apa saja gerakan asas lain, Origi memilih untuk melakukan gerakan kaki kala jengking untuk menguis bola ke arah gawang gol Preston.
Ia merupakan gol yang sungguh luar biasa dasyat dan hanya mampu dilakukan oleh pemain-pemain tertentu sahaja.
Ia jauh lebih cantik berbanding gol lipat, gol tanduk terbang, gol membelah bumi, gol membelah padang dan Origi harus diberi penghormatan atas gol cantik jaringan beliau itu.
Divock Origi scores impressive 'scorpion kick' goal as Liverpool beat Preston in Carabao Cup #LFC https://t.co/UivSyCpEVG
— talkSPORT (@talkSPORT) October 27, 2021
Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat menandakan Liverpool berjaya mara ke pusingan 16 terbaik, selepas menewaskan Preston North End dengan keputusan 2-0.
The Reds selepas ini bakal beraksi bertemu Sunderland di pusingan 16 terbaik untuk melayakkan diri mereka ke aksi peringkat suku akhir.
Preston (3-4-1-2): Rudd; Hughes, Lindsay, van den Berg; Rafferty, McCann (Johnson, 78), Ledson (Whiteman, 79), Cunningham (Earl, 69); Potts; Barkhuizen (Rils, 63), Maguire (Sinclair, 79)
Pemain simpanan: Iversen, Huntington, Bauer, Storey
Pengurus: Frankie McAvoy
Liverpool (4-3-3): Adrian; Tsimikas, Gomez, Matip (Phillips, 46), Williams; Morton, Jones (Beck, 90+1), Oxlade-Chamberlain (Dixon-Bonner, 90+1); Minamino, Blair (Bradley, 55), Origi
Pemain simpanan: Hughes, Marcelo, Konate, Jota, Firmino
Penjaring: Minamino (62), Origi (84)
Pengurus: Jurgen Klopp
Sumber line up: Daily Mail