Eintracht Frankfurt Lakar Kejutan Tendang Barcelona Dari Europa League

Barcelona turun untuk perlawanan suku akhir kedua menentang Eintracht Frankfurt selepas diikat oleh wakil Bundesliga itu dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pertama.

Jurulatih FC Barcelona Xavi Hernandez memberi reaksi yang merupakan satu alasan selepas perlawanan antara pasukannya menentang Frankfurt di Deutsche Bank Park ataupun Waldstadion.

Pengurus Barcelona itu, dia mengakui terdapat dua faktor yang menjadi punca utama Blaugrana gagal mencapai keputusan sempurna iaitu kemenangan.

Sebab pertama, Xavi berkata armada Oliver Glasner mempunyai strategi serangan balas yang sangat bahaya. Menggunakan formasi asas 3-4-2-1, Adama Traore dan rakan rakannya sentiasa dalam bahaya berdepan ancaman ‘dibunuh’ lawan apabila mereka menembusi pertahanan Eintracht Frankfurt.

Eintracht Frankfurt memang mempunyai serangan balas yang berkesan. Mereka seolah olah sudah memiliki rahsia Barcelona di kocek mereka.

Sementara itu, faktor kedua yang menyebabkan Barcelona gagal mencapai keputusan sempurna ialah padang permainan yang kurang lancar dan kurang baik kerana faktor padang yang tidak cantik.

Xavi mengkritik mutu padang sebagai teruk. Di mana menurutnya Deutsche Bank Park memiliki permukaan padang beralun dan tidak rata. Seolah olah sengaja dibiarkan begitu untuk mengekang taktikal Barcelona yang berasaskan fluiditi aliran bola.

Bermain di Camp Nou pasti akan menjadi milik Barcelona lantaran kualiti padang bermutu tinggi dan laman mereka sendiri. Namun sebaliknya terjadi.

Permulaan buruk buat Barcelona apabila seawal minit ke-4 lagi sudah menghadiahkan sepakan penalti kepada Eintracht Frankfurt selepas Eric Garcia menarik baju Jesper Lindstroem.

Kad kuning untuk Eric Garcia dan penalti untuk Eintracht Frankfurt. Filip Kostic tenang menyempurnakan sepakan untuk menggandakan aggregat.

Barcelona hampir saja berkampung di depan gol Eintracht Frankfurt selepas terkena gol awal itu bagi mencari gol penyamaan sesegera mungkin.

Beberapa kali Barcelona hampir dihukum dengan serangan balas pantas Eintracht Frankfurt namun berjaya dineutralkan sehinggalah minit ke-36.

Rafael Santos Borre telah berjaya menewaskan Marc-Andre ter Stegen dengan rembatan kencang lagi padu kaki kanan dari luar kotak penalti untuk terus menjarakkan agregat kepada dua gol.

Gila power dan cantik gol Rafael Santos Borre yang menghentam palang sebelum bola terkulai layu dalam gawang.

Kemudian beberapa minit berselang hadir satu lagi percubaan dari jauh namun kali ini Marc-Andre ter Stegen tidak tertewas lagi.

Pada minit ke-44, Ansgar Knauff berjaya lepas di sebelah kanan tapi rembatannnya tinggi melewati palang untuk gol ketiga terhasil.

Walaupun berkampung di kawasan Eintracht Frankfurt dengan 71 peratus penguasaan bola, Barcelona hanya berjaya mencatatkan dua percubaan sahaja dengan satu percubaan tepat.

Dengan 7 percubaan yang kebanyakkan terhasil dari serangan balas pantas, Eintracht Frankfurt berjaya menghasilkan dua gol dari dua percubaan tepat.

Separuh masa pertama menyaksikan Barcelona hanya mencuba untuk melakukan percubaan sahaja bukan mahu menjaringkan gol. Nampak macam power tapi takda isi.

Seperti perlawanan pertama pemain Barcelona seringkali jadi buntu dan keliru apabila kehilangan bola di barisan hadapan.

Jesper Lindstroem hampir menjaringkan gol ketiga, Marc-Andre ter Stegen terus mengemut menutup ruang dan diselamatkan dengan ketingnya yang melantunkan bola ke kawasan selamat.

Filip Kostic menjaringkan gol kedua peribadi dalam perlawanan ini pada minit ke-67, gol yang memberikan tekanan besar ke atas pemain muda Barcelona.

Barcelona seperti hilang punca bak layang-layang terputus talinya, Xavi sepanjang baki perlawanan ini hanya mampu meminta dan berdoa untuk sebuah kebangkitan.

Kelebihan tiga gol seperti tidak cukup buat Eintracht Frankfurt yang terus mengasak untuk menambah lagi gol dan menjarakkan kedudukan sejauh mungkin.

Eintracht Frankfurt tidak mahu terlalu yakin dan memandang rendah Barcelona yang dibarisi pemain berkualiti tinggi yang dalam perlawanan ini beraksi di bawah prestasi sebenar.

Ketua pasukan Barcelona, Sergio Busquets akhirnya berjaya menemui jaringan gol yang dicari-cari sepanjang 83 minit permainan ini dengan satu tolakan mudah.

Pengadil menghentikan perlawanan untuk memberi laluan kepada Video Assistant Referee (VAR) melakukan penelitian kerana Busquets dikhuathiri berada dalam kedudukan offside.

Gol Busquets dibatalkan kerana sah beliau berada dalam kedudukan offside dan perlawanan kembali bersambung.

Sergio Busquets meledak lagi dengan rembatan padu nakmati luar kotak yang akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol Eintracht Frankfurt, Kevin Trapp.

Gol dimasa kecederaan meniupkan semangat kebangkitan Barcelona yang makin membara dan banyak masa untuk Barcelona dengan tambahan masa selama 9 minit.

Ternyata Eintracht Frankfurt semakin tertekan dengan semangat kebangkitan Barcelona, Evan N’Dicka melakukan kekerasan ke atas Luuk de Jong.

Penalti untuk Barcelona dan kad merah untuk Evan N’Dicka. Memphis Depay membuat sepakan berjaya ditepis Kevin Trapp dan bola terkena palang.

Bola sudah melepasi garisan gol selepas menghentam palang. Teknologi garisan gol membuatkan pengadil tidak teragak-agak membenarkan jaringan itu.

Barcelona 2-3 Eintracht Frankfurt yang masih lagi ketinggalan satu gol secara agregat.

Masa mencemburui Barcelona, usai sepak mula dijalankan pengadil meniup wisel penamat untuk memberi Eintracht Frankfurt jalan ke separuh akhir.

Rekod tanpa kalah 15 perlawanan berturut-turut Barcelona di Camp Nou dalam semua kejohanan akhirnya lebur di kaki Eintracht Frankfurt.

West Ham United yang menewaskan Lyon 3-0 (agregat 4-1) menjadi lawan Eintracht Frankfurt di separuh akhir.

Barcelona starting XI: Ter Stegen, Mingueza, Araujo, Eric, Alba, Gavi, Busquets, Pedri, Dembele, Aubameyang, Torres

Eintracht Frankfurt starting XI: Trapp, Knauff, Toure, Hinteregger, N’Dicka, Kostic, Jackic, Rode, Lindstrom, Kamada, Borre.

BACA:  'Dasar Suka Sama Suka' - Harry Maguire Antara Pemain Paling Dikehendaki Oleh Barcelona