Copa Del Rey Semi-Final: Barcelona 3 – 0 Sevilla (Agg. 3-2)

Barcelona mara ke perlawanan akhir Copa Del Rey dengan satu kebangkitan yang sangat epik dan penuh drama selepas berjaya menumbangkan Sevilla tiga gol tanpa balas.

Pada perlawanan pertama bulan lepas Barcelona tewas 2-0 di Ramon Sanchez Pizjuan hasil jaringan Jules Kounde adan bekas pemain bintang Blaugrana, Ivan Rakiticd

Gerarrd Pique penyambung nyawa dan Martin Braithwaite wira kemenangan untuk layak dengan agregat 3-2.

Ousmane Dembele memulakan detik kebangkitan Barcelona dengan gol pembukaan sekaligus mengurangkan defisit jaringan dengan satu jaringan yang sangat padu.

Pada minit ke-12, Dembele menari-nari dan begelek-gelek disekitar kotak penalti Sevilla bagi mencari ruang sebelum satu absolute screamer dilepaskan. Boom.

Harapan Barcelona hampir lebur selepas Oscar Mingueza menjatuhkan Lucas Ocampos di dalam kotak penalti.

Namun sepakan Lucas Ocampos yang teruk telah berjaya dinafikan oleh Marc-Andre ter Stegen dengan satu layangan badan ke sebelah kanan,

Ketika Sevilla hampir ke final sudulan Gerrard Pique hasil hantaran lintang Antoine Griezmann telah memberi nafas dan nyawa kepada Barcelona.

Gol Pique telah mengikat agregat dan membawa perlawanan ke masa tambahan 120 minit.

Sevilla bermain 10 orang selepas Fernando dilayangkan kad merah sebelum jaringan minit akhir Pique terhasil.

Barcelona mengambil kesempatan dengan kelebihan seorang pemain dan memperoleh gol kemenanangan melalui Martin Braithwaite yang tidak dikawal.

Hantaran Jordi Alba ditanduk dengan satu sundulan terbang oleh Martin Braithwaite untuk membawa Barcelona ke final.

Sevilla meminta sepakan penalti selepas bola terkena tangan Clement Lenglet di dalam kotak penalti Barcelona namun dinafikan pengadil.

Luuk de Jong mengutip kad merah pada minit ke-103 dan terus memberi kelebihan kepada Barcelona untuk baki permainan yang tersisa.

Barcelona: Ter Stegen; Mingueza (Firpo 78’), Piqué, Lenglet; Dest (Griezmann 62’), De Jong, Busquets (Moriba 78’), Pedri (Braithwaite 89’), Alba; Messi, Dembélé (Trincão 89’)

Sevilla: Vaclík; Vidal (Navas 54’), Koundé, Carlos, Acuña (Rekik 54’); Fernando, Jordán (Munir 106’); Suso (Gómez 79’), Torres (Ocampos 62’), En-Nesyri; De Jong (Rakitic 54’)

BACA:  Aksi Xavi Membuat Hantaran Tepat Ketika Mengendalikan Latihan Barcelona Membuat Ramai Orang Ternganga