[VIDEO]: Sergio Ramos Hilang Sabar Dan Menjerit Ke Arah Penyokong Sevilla Ketika Ditemubual

Sergio Ramos sempat menghentikan temubual bersama media sebelum menjerit ke arah penyokong Sevilla selepas pasukan itu tewas 2-0 kepada Athletico Bilbao.

Gol jaringan Mikel Vesga dan Aitor Paredes sudah memadai untuk Atletico mencatat kemenangan dan memberikan kekalahan kesembilan buat pasukan kendalian Quique Flores di saingan La Liga musim ini.

Kekalahan terbaru itu meletakkan Sevilla di kedudukan ke-16, jauh daripada kedudukan yang diharapkan berbanding standard yang dimiliki pasukan.

Selepas Diego Alonso dan Jose Luis Mendilibar, Sanchez Flores adalah pengurus ketiga pasukan itu pada musim ini.

Ramos kemnali menyertai Sevilla pada musim panas lalu selepas kontrak bersama PSG tamat. Walaupun demikian pemain pertahanan berstatus legenda itu tetap gagal membantu pasukannya menghasilkan keputusan positif pada musim ini.

Ketika ditemuramah DAZN selepas perlawanan, bekas pemain antarabangsa Sepanyol dan Real Madrid itu dilihat menjerit ke arah seorang penyokong di dalam stadium.

“Hormatlah sedikit, kami sedangn bercakap di sini! Tunjuk sikit rasa hormat untuk mereka di dalam pasukan dan lencana. Diam dan pergilah!”

Pemain pertahanan tengah berusia 37 tahun itu beraksi dalam 15 perlawanan di semua pertandingan untuk Sevilla pada musim ini.

Dikenali dengan corak permainan fizikal, Ramos telah pun menerima lima layangan kad kuning dan satu kad merah pada musim ini.

Ini bermakna secara purata Ramos akan menerima satu layangan kad kuning di setiap tiga perlawanan.

Pasukan itu juga hanya memenangi tiga perlawanan daripada 19 yang dilalui di saingan La Liga pada musim ini, dan hanya dibezakan dengan lima mata daripada zon penyingkiran.

Sevilla akan kembali beraksi pada hujung minggu ini menentang kelab divisyen 2 Racing Ferrol di pertandingan Coppa del Rey.

BACA:  Real Madrid Dan Sergio Ramos Sah Bercerai