Real Madrid Dan Sergio Ramos Sah Bercerai

Real Madrid dan pemain pertahann legenda mereka, Sergio Ramos sah bercerai selepas melayari bahtera bersama selama 16 tahun dengan mengecap pelbagai kejayaan dan kegemilangan.

Berita perpisahan ini telah diumumkan secara rasmi oleh Real Madrid melalui laman sesawang rasmi mereka realmadrid.com dan sudah tiba masanya mereka membawa haluan masing-masing.

“Real Madrid CF mengumumkan bahawa hari ini pada hari Khamis, 17 Jun, jam 12:30 malam, akan diadakan satu majlis penghormatan dan perpisahan institusi kepada kapten kami Sergio Ramos, dengan kehadiran presiden kami Florentino Pérez.
.
Seterusnya, Sergio Ramos akan muncul di hadapan media pada sidang media telematik.”

Kontrak Sergio Ramos bersama Real Madrid akan tamat pada penghujung penghujung bulan jun ini dan perbincangan tentang lanjutan kontrak baru tidak menemui titik penyelesaian.

Lantaran itu perpisahan secara baik lagi penuh beradab merupakan jalan terbaik bagi kedua-dua belah pihak.

Sergio Ramos juga merupakan pemain pertahanan Sepanyol telah membuat 671 penampilan untuk Real Madrid dalam 16 musim menjulang 22 kejuaraan.

Ramos dan Madrid secara bersama telah mengecap 5 kali juara La Liga, 4 kali juara Champions League, 4 kali juara FIFA Club World Cup, 3 kali juara UEFA Super Cup, 2 kali juara Copa del Rey dan 4 kali juara Supercopa de España.

La Liga: 2006–07, 2007–08, 2011–12, 2016–17, 2019–20

Copa del Rey: 2010–11, 2013–14

Supercopa de España: 2008, 2012, 2017, 2019–20

UEFA Champions League: 2013–14, 2015–16, 2016–17, 2017–18

UEFA Super Cup: 2014, 2016, 2017

FIFA Club World Cup: 2014, 2016, 2017, 2018

Secara logiknya, Sergio Ramos telah memenangi semua kejuaraan dambaan seoaran pemain bola sepak termasuklah juara Piala Dunia 2010 dan juara EURO 2008, 2012 ketika bersama Sepanyol.

Dengan perpisahan ini maka timbullah khabar angin bahawa Sevilla telah menyucuk lubang apabila dilaporkan bersedia menawarkan pemain berusia 35 tahun itu kontrak selama lima tahun.

Sevilla juga dilaporkan memasukkan butiran lain dengan kemungkinan Ramos akan kekal di kelab dengan kapasiti lain selepas bersara mungkin menjadi jurulatih atau pengurus.

Lebih menarik lagi apabila sebuah media Sepanyol El Primero Palo yang mungkin membuat palotao apabila melaporkan Ramos akan ditawarkan gaji €7 setahun.

Agak gila sebenarnya apabila kelab menawarkan kontrak panjang dengan tempoh lima tahun kepada pemain berusia 35 tahun.

Kebiasaannya pemain yang melepasi usia 33 tahun akan ditawarkan kontrak selama setahun dengan pilihan sambungan kontrak lanjutan selama setahun.

Kemudian pelapor khabar angin yang paling dipercayai ketika ini, Fabrizio Romana telah membuat satu ciapan bahawa Sergio Ramos tidak akan menyertai Sevilla.

“Sergio Ramos TIDAK akan menyertai Sevilla. Itu tidak pernah menjadi pilihan, mereka tidak berminat dengan Ramos dan kemunculan semula juga tidak dipertimbangkan. Dia sedang berbincang dengan kelab lain, bukan Sevilla. #Sevilla #Ramos #SergioRamos”

Mungkin kerana melihat laporan tidak masuk akal itu terus, Fabrizio Romano berciapan di Twitter membetulkan keadaan.

Sepanjang kariernya bersama Real Madrid, Sergio Ramos tidak lari daripada masalah disiplin ketika dipadang dan sudah menjadi kebiasaan layangan kad kuning bagi Ramos.

Kad merah juga kadangkala dikutip namun disebalik semua itu Ramos mempunyai rekod jaringan yang menakjubkan bagi seorang pemain pertahanan.

Bersama Real Madrid, Sergio Ramos telah membuat 671 penampilan dan menjaringkan 101 gol serta 40 assist. Sebanyak 74 gol dan 31 assist dilakukan dalam 508 perlawanan di La Liga.

Namun bagi penulis satu kejadian aneh yang terus tertanam diingatan sehingga kini dalam perlawanan Real Madrid bertemu Real Sociedad di Santiago Bernabue.

Seorang penonton bernama Sergio Sanchez membawa spanduk yang bertulis

“Sergio, jika kamu berikan jersey kepada saya, saya akan berikan kamu sepeket lemak babi”.

Ramos dengan tenang melakukan pertukaran barter tersebut selepas habis perlawanan.

Girang Ramos dapat menukar jersinya dengan sepeket lemak babi.

Keriangan diraut wajah Ramos setelah berjaya mendapatkan lemak babi.
BACA:  Teruja Melihat Kehebatan McGregor, Ramos Pernah Mengajaknya Sertai Sesi Latihan Bersama