Mourinho Sinis Perli Papu Gomez Dengan Analogi Ubat Batuk Milik Anak

Papu Gomez mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai dirinya selepas pemain itu sah digantung daripada bola sepak kerana kesalahan doping, hanya untuk diperli secara sinis oleh Jose Mourinho.

Pemenang Piala Dunia 2022 bersama Argentina itu disahkan positif bahan terlarang Terbutaline pada Oktober 2022 – salah satu bahan untuk melegakan batuk.

Kelab pemain itu Monza turut mengeluarkan satu kenyataan mengesahkan hukuman yang diumumkan oleh Jawatankuasa Anti-Doping Sepanyol untuk kesalahan yang dilakukan pemain itu ketika masih beraksi bersama Sevilla.

Ketika masih bersama kelab La Liga itu, Gomez membantu Sevilla menjuarai Europa League, menewaskan Roma kendalian Mourinho di perlawanan akhir melalui penentuan sepakan penalti di Budapest.

Pengurus Roma, Mourinho tidak dapat menahan dirinya daripada memperli sininis pemain berusia 35 tahun itu, walaupun Gomez tidak beraksi dalam perlawanan akhir tersebut.

Bercakap kepada media selepas kemenangan 1-0 ke atas Monza – kelab baharu Gomez musim ini – Mourinho berkata: “Dia tidak bermain di final menentang kami, tetapi beraksi di separuh akhir menentang Juventus dimana dia sudah tahu mengenai keputusan positif itu.

“”Saya batuk, tetapi saya tidak akan mengambil sirap ubat batuk. Dan kemudian mereka mungkin mendapati saya positif…”

Jenaka ubat batuk oleh Mourinho itu merujuk kepada alasan diberikan Gomez selepas gagal ujian doping seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain itu.

Kenyataan tersebut dikongsi melalui akaun media sosial, dan bekas pemain Atalanta itu berkata: “Mengenai keputusan [ujian doping] yang diumumkan, saya mahu menjelaskan kepada media dan orang awam:

“1. Pertama, saya sahkan telah dimaklumkan mengenai keputusan Jawatankuasa Anti-Doping Sepanyol, di mana saya digantung untuk dua tahun.

2. Saya sentiasa memastikan diri mengikut peraturan dan meletakkan diri di posisi sentiasa memperjuangkan semangat kesukanan dan bermain secara bersih, di mana saya menolak dan mengutuk sebarang bentuk pengambilan barang terlarang.

3. Saya tidak pernah berniat atau sanggup melakukan perbuatan terkutuk seperti ini.

4. Kandungan Terbutaline di dalam sistem badan saya adalah tidak disengajakan dan kebetulan, disebabkan oleh pengambilan secara tidak sengaja tanpa sukarela ubat anak batuk anak. Untuk makluman pengambilan Terbutaline untuk terapi [sakit batuk] adalah dibenarkan di kalangan atlet profesional dan perkara itu di dalam sebarang bentuk tidak sama sekali akan meningkatkan prestasi pemain bermain bola sepak.

5. Untuk isu ini saya menyerahkannya kepada peguam saya kerana proses disiplin pada saya tidak dilakukan mengikut peraturan sepatutnya.

6. Akhir sekali saya mahu berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan di saat sukar ini.”

Kecenderungan Mourinho memperli Gomez boleh difahami selepas komen pemain itu sebelum ini.

“Saya hanya mempunyai satu memori mengenai dia [Mourinho] iaiti apabila memenangi Europa League bersama Sevilla menentang dia,” kata Gomez.

Pada Jun lalu Mourinho bertindak nekad meninggalkan peranannya bersama badan khas UEFA. Perkara itu disahkan oleh badan bola sepak Eropah itu sendiri kepada ESPN.

Badan tersebut terdiri daripada jurulatih-jurulatih elit bola sepak Eropah dan berperanan untuk memberi nasihat dan pandangan kepada UEFA.

Tindakan daripada Mourinho itu tiba hanya selepas dua hari dia digantung empat perlawanan oleh UEFA selepas didapati bersalah memaki pengadil Anthony Taylor selepas perlawanan akhir Piala Europa musim lalu yang begitu kontroversi.

BACA:  Pada Tahun 2020, Mourinho Ramalkan Arteta Akan Jadikan Arsenal Kembali Jadi Arsenal