Mourinho Menangis Selepas Dipecat Roma

Jose Mourinho nyata sebak dan sedih hingga menangis selepas jodohnya bersama kelab ltali AS Roma sudah menemui titik noktah apabila dipecat ketika kontraknya masih berbaki 6 bulan.

Satu rakaman yang memaparkan Jose Mourinho yang penuh emosi telah muncul berikutan pemecatannya sebagai pengurus Roma. Pada hari Selasa Roma memecat Mourinho, menamatkan tempoh dua setengah tahun sebagai pengurus.

Jurulatih Portugal itu membimbing kelab Itali itu merangkul kejuaraan Liga Persidangan Eropah UEFA pada 2022, tetapi musim ini pasukannya bergelut dalam Serie A.

Giallorossi kini berada di tempat kesembilan dalam carta Serie A, setelah hanya memenangi lapan daripada 20 perlawanan liga terakhir mereka dan inilah punca yang membawa kepada pemecatannya.

Perlawanan terakhir untuk Jose Mourinho ialah kekalahan 3-1 kepada AC Milan pada hari Ahad, yang berlaku hanya beberapa hari selepas Roma disingkirkan daripada Coppa Italia oleh musuh ketat Lazio.

Bekas pemain tengah Roma, Daniele De Rossi telah disahkan sebagai pengganti Mourinho yang masih berbaki kontrak sehingga akhir musim ini. Walaupun bergelut di atas padang musim ini, Mourinho adalah tokoh popular di kalangan penyokong Roma.

Pada pagi Selasa ramai peminat hadir ke padang latihan Roma untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jurulatih mereka yang akan membawa hati yang lara.

Nampaknya perasaan Mourinho dikongsi bersama peminat, kerana rakaman telah muncul di media sosial X, Mourinho menyeka air mata dengan menahan rasa sambil mengucapkan selamat tinggal kepada peminat kelab.

Kontrak Mourinho sepatutnya tamat pada penghujung musim semasa, tetapi Bos Roma memutuskan lebih baik menyingkirkannya sekarang bagi membolehkan prestasi pasukan dibaik pulih dengan segera.

Pemilik bersama Roma, Dan dan Ryan Friedkin berkata:

“Kami akan sentiasa mempunyai kenangan indah akan jasa baktinya di Roma, tetapi kami percaya bahawa perubahan segera adalah demi kepentingan terbaik kelab. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Jose dan pembantunya dalam usaha masa hadapan.”

Mourinho akan menerima pampasan kira-kira £3 juta daripada kelab berikutan pemecatan keenam dalam kariernya, menjadikan pendapatan yang diraih dari 6 pemecatan kepada lebih £85 juta.

Terdapat spekulasi bahawa destinasi seterusnya Mourinho mungkin di Newcastle United, di mana pengurus Eddie Howe berada di bawah tekanan berikutan musim yang kurang memberangsangkan setakat ini.

Antara punca yang membawa kepada penurunan prestasi Roma menurut Jose Mourinho adalah disebabkan krisi kecederaan dan ketika kalah menentang AC Milan, Roma turun tanpa 9 pemain tonggak mereka.

Kecederaan yang menimpa Paulo Dybala dikatakan antara kemerosotan ketara Roma tanpa pemain berbakat itu Roma tidak lagi seperti biasa.

Jose Mourinho mengendalikan Roma sebanyak 96 perlawanan dengan rekod 44 kemenangan 23 seri dan 29 kalah di Serie A dan hanya mendatangkan 1.61 mata sahaja secara purata.

Rekod ini menjadikan Mourinho sebagai pengurus Roma yang mempunyai nisbah pungutan mata terendah untuk 50+ perlawanan.

BACA:  Neville: Manchester United Terpaksa Bayar Gaji Mahal Kerana Mereka Tidak Kuat Macam Dulu