Mourinho Titipkan Nasihat Buat Ancelotti – “Orang Gila Seperti Saya Saja Yang Tinggalkan Real Madrid”

Masa depan Carlo Ancelotti bersama Real Madrid sering kali menjadi topik perbincangan hangat sepanjang 2023 ini.

Kontrak jurulatih dari Itali itu di Estadio Santiago Bernabeu akan tamat pada penghujung musim ini, dan Ancelotti turut dikatakan akan mengendalikan skuad kebangsaan Brazil selepas musim panas tahun hadapan.

Pada peringkat ini Ancelotti belum lagi ditawarkan kontrak baharu oleh Real Madrid, walaupun pihak pengurusan kelab pada masa ini berulang kali berkata mereka gembira sekiranya Ancelotti terus kekal. Jose Mourinho turut berkongsi perkara yang sama.

Becakap kepada RAI Mourinho yang turut pernah bergelar pengendali Los Blancos di antara 2010 sehingga 2012 percaya Ancelotti sepatutnya kekal sahaja bersama gergasi La Liga itu.

“Apabila anda memiliki seorang jurulatih yang hebat, kenapa perlu cari yang lain. Saya amat mengenali Florentino. Dia adalah lelaki yang bijak dan apabila anda membaca laporan media ia amat jelas.

“Saya sebagai seorang penyokong Real Madrid, dengan hati berwarna putih dan juga seirang Ancelottista berharap musim ini berakhir dengan cemerlang untul Carlo dan dia akan kekal di sana musim hadapan.

“Ini kerana dia adalah jurulatih yang begitu sepadan dan sempurna untuk Real Madrid.

“Hanya orang gila tinggalkan Real Madrid pada ketika kelab itu masih mahukan mereka. Dan orang itu adalah. Biarlah saya seorang sahaja.

“Selepas tiga tahun, Perez dan Jose Angel Sanchez sangat mahukan saya untuk kekal. Malangnya saya memutuskan untuk pergi. Saya memang gila.

“Saya yakin dengan sedikit respon dan usaha daripada Florentino, Carlo akan kekal. Dia amat sempurna untuk Real Madrid. Real Madrid juga adalah kelab yang sempurna untuk dia.”

Pada masa ini keputusan mengenai masa depan Ancelotti kelihatan berada di dalam tangannya sendiri.

Pada masa ini semua pihak hanya mahu memberikan fokus kepada cabaran musim ini, dan perbincangan dijangka akan bermula sebaik segalanya tamat.

BACA:  Mbappe Dicop Sebagai Mata Duitan Oleh Real Madrid Kerana Tuntut Gaji RM1.2 Billion