Mourinho Nikmati Kekayaan Dengan Pampasan Selepas Dipecat

Jose Mourinho dilaporkan memperoleh pendapatan sebanyak £80.9 juta (RM474.76 juta) sejak tahun 2007 sehingga kini dan semua ini adalah hanya hasil dari pampasan yang diterima selepas dipecat oleh kelah yang dikendalikannya.

Sepanjang kariernya, Jose Mourinho telah dipecat sebanyak enam kali dua kali bersama Chelsea, masing-masing sekali bersama Real Madrid, Manchester United, Tottenham Hotspur dan terkini ditendang keluar oleh Roma.

Jurulatih Portugal itu membimbing kelab Itali itu merangkul kejuaraan Liga Persidangan Eropah UEFA pada 2022, tetapi musim ini pasukannya bergelut dalam Serie A.

Bekas pemain tengah Roma, Daniele De Rossi telah disahkan sebagai pengganti Mourinho yang masih berbaki kontrak sehingga akhir musim ini. Walaupun bergelut di atas padang musim ini, Mourinho adalah tokoh popular di kalangan penyokong Roma.

Dan berikut adalah senarai kelab dan jumlah pampasan yang diterima oleh Mourinho selepas pertama kali di pecat pada 2007.

Chelsea – 2004

Pada tahun 2004, Jose Mourinho mula memperkenalkan dirinya di Premier League bersama Chelsea dan melaungkan bahawa beliau adalah ‘The Special One’

Menurut laporan CNN gaji tahunan Mourinho pada ketika itu adalah £5 juta (+-RM25 juta nilai sekarang) setahun. Namun jodoh beliau bersama Chelsea tidak lama.

Selepas mengecap pelbagai kegemilangan dan membawa Chelsea di mata dunia, pada tahun ke-3 Mourinho mula tidak sebulu dengan Roman Abramovich dan mengambil jalan perpisahan.

Selepas 10 tahun pemecatan beliau, James Whaling dari The Mirror mendedahkan Chelsea telah membayar pampasan sebanyak £23.1 juta kepada Mourinho dan tim kejurulatihan beliau.

Trofi

Premier League: 2004–05, 2005–06
FA Cup: 2006–07
Football League Cup: 2004–05, 2006–07
FA Community Shield: 2005

Inter Milan – 2008

Pada tahun 2008 Mourinho meneruskan kerjayanya bersama Inter Milan menggantikan Roberto Mancinic dan selama dua tahun Mourinho telah meraih pelbagai kejayaan.

Mourinho membawa Inter Milan meraih treble pada musim 2009/10 dengan menjurai Serie A, Coppa Italia dan UEFA Champions League kejayaan ini menarik minat Real Madrid.

Di Inter Milan Mourinho menerima gaji £8.3 juta setahun dan menjadi manusia paling tinggi menerima bayaran dalam sejarah bola sepak.

Trofi

Serie A: 2008–09, 2009–10
Coppa Italia: 2009–10
Supercoppa Italiana: 2008
UEFA Champions League: 2009–10

Real Madrid – 2010

Pada May 2010, Mourinho telah dilantik sebagai pengurus Real Madrid dengan kontrak selama 4 tahun menggantikan Manuel Pellegrini dan menjadi pengurus ke-11 Real Madrid dalam tempo 7 tahun.

Pada 2013 selepas setahun diberikan lanjutan kontrak sehingga 2016 Mourinho meninggalkan Los Blancos dengan ‘mutual agreement’ atau secara suka sama suka dan tidak melibatkan pampasan.

Kalau dapat pampasan sedap ni ada 3 tahun lagi kontrak. Namun ada laporan menyatakan Real Madrid membayar pampasan sebanyak £17 juta.

Trofi

La Liga: 2011–12
Copa del Rey: 2010–11
Supercopa de España: 2012

Kembali Ke Chelsea – 2013

Mourinho membuat kepulangan mengejut ke Chelsea buat kali kedua dengan kontrak selama 4 tahun dan kali ini menurut laporan Guardian, Mourinho menerima gaji sebanyak £8.5 juta setahun.

The Special One masih tidak hilang sentuhannya dan membawa Chelsea kembali bergelar juara Premier League pda musim 2014/15 namun 7 bulan selepas itu beliau dipecat.

Dari pemecatan ini, Mourinho dilaporkan menerima pampasan sebanyak £8.3 juta sahaja dan sekali bayar.

Trofi

Premier League: 2014–15
Football League Cup: 2014–15

Manchester United – 2016

Satu keputusan yang amat mengejutkan apabila Jose Mourinho menerima tawaran Manchester United bagi menggantikan Louis Van Gaal yang meneruskan kesenduan ke Old Trafford.

USA Today melaporkan bahawa Jose Mourinho menerima bayaran sebanyak £12 juta setahun daripada Setan Merah dan ini tidak termasuk dengan pendapatan diperoleh dari penajaan.

Namun seperti biasa, Mourinho akan membawa perangai pada tahun ketiga dan sekali lagi dipecat dan meraih ganti rugi paling lumayan £19.6 juta sahaja.

Trofi

EFL Cup: 2016–17
FA Community Shield: 2016
UEFA Europa League: 2016–17

Tottenham Hotspur – 2019

Gaji yang diterima oleh Mourinho yang menggantikan Pochettino tidaklah banyak mana pun hanya 2 kali ganda daripada apa yang diterima oleh Pochettino dengan gaji £15 juta setahun.

Sentuhan Jose Mourinho tidak menjadi selepas hampir 18 bulan di Spurs dan rekod buruk terus dicatat mencatatkan rekod cemerlang Mourinho yang akhir membawa kepada pemecatan.

Belum sempat Mourinho membuat perangai sepenuhnya dan baru menampakkan bunga-bunga terus dipecat dan menerima pampasan yang lumayan, £34 juta.

Jose Mourinho dipecat tanpa sempat memberi Spurs apa-apa gelaran walaupun sekadar Mickey Mouse cup. Namun Mourinho berjaya membawa Spurs ke European Super League.

Roma – 2021

Bermula musim 2021/22 Jose Mourinho telah diikat selama tiga tahun oleh Roma dan pengumuman rasmi Roma ini sangat mengejutkan dunia bola sepak kerana berjaya membawa masuk nama besar dalam bola sepak.

Roma melantik Jose Mourinho untuk menjalankan projek jangka panjang mereka yang sangat suci murni visi dan misinya. Ia merupakan satu langkah besar Roma dalam membangun budaya menang jangka panjang dan konsisten di seluruh kelab.

Perlantikan Jose Mourinho sangat tepat apabila dimusim pertamanya Roma menempa sejarah apabila menjadi pasukan pertama menjulang kejuaraan Europa Conference League (ECL) 21/22 untuk edisi pertama kejohanan.

Kejayaan Roma ini juga telah menamatkan kemarau kejuaraan selama 14 tahun mereka dalam semua kejohanan samada domestik atau Eropah.

Ia merupakan Piala Eropah pertama Roma dan juga merupakan piala pertama mereka sejak 2008 lalu selepas mereka menjuarai gelaran Coppa Italia pada ketika itu.

Namun semuanya tidak begitu indah dan kini hanya kenangan apabila Mourinho dipecat ketika kontrak masih berbaki 6 bulan dan Roma dilaporkan membayar pampasan sebanyak £3 juta.

Trofi

Europa Conference League (ECL) – 2021-22 (Edisi Pertama)

Pampasan Diterima Mourinho dari 2004 – 2024?

Ini adalah pampasan yang diterima Mourinho akibat dipecat yang bernilai £80.9 juta (RM474.76 juta) sahaja.

Chelsea – £18 juta

Real Madrid – £17 juta

Chelsea – £8.3 juta

Manchester United – £19.6 juta

Tottenham – £15 juta

Roma – £3 juta

BACA:  Conte Dicanang Bakal Gantikan Tempat Mourinho Di Old Trafford