Mourinho Bawa Roma Julang Kejuaraan Europa Conference League Edisi Pertama

Jose Mourinho telah menempa sejarah apabila telah membawa AS Roma menjulang kejuaraan Europa Conference League (ECL) edisi pertama selepas menewaskan Feyenoord dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Tirana dengan jaringan tipis, 1-0.

The special one semakin mengukuhkan gelaran kepada dirinya sendiri apabila menjadi pengurus pertama meraih gelaran juara tiga trofi utama Eropah dengan empat kelab berbeza.

Pengurus dari Portugal ini sebelum ini sudah pun memenangi Champions League bersama Porto (2004) dan Inter Milan (2010) serta Europa League bersama Manchester United (2017) dan Porto (2003, ketika itu dikenali sebagai UEFA Cup).

Kemenangan Europa Conference League ini juga mengekalkan rekod tanpa kalah Jose Mourinho di perlawanan akhir kejohanan Eropah. Lima final lima kali bergelar juara.

Kedua-dua finalis, Roma dan Feyenoord bergelut untuk mencipta peluang yang jelas di separuh masa pertama dalam perlawanan yang berlangsung di Albania, dengan pasukan Belanda itu menikmati penguasaan bola yang lebih besar.

Namun AS Roma berjaya mendahului sejurus selepas setengah jam perlawanan melalui Nicolo Zaniolo yang menjadi gol tunggal perlawanan.

Zaniolo telah mengawal kemas hantaran lintang Gianluca Mancini dengan dadanya sebelum melakukan penyudahan bijak ke atas penjaga gol Feyenoord, Justin Bijlow untuk memberikan Roma gol pendahuluan dan itu merupakan percubaan tepat Roma dalam perlawanan ini.

Feyenoord telah mempamerkan aksi mengecewakan pada separuh masa pertama tetapi kelihatan lebih mengancam selepas rehat dan hampir mendapat gol penyamaan apabila Mancini hampir menjaringkan gol sendiri namun diselamatkan tiang.

Penjaga gol Roma, Rui Patricio melakukan penyelamatan yang baik daripada susulan dari bola muntah terkena tiang dan beberapa minit kemudian tangkas membuat penyelamat padu dengan menafikan rembatan thunderbolt Tyrell Malacia.

Jaringan tunggal Nicolo Zaniolo kekal hingga tamat permainan untuk membolehkan AS Roma menjulang trofi Eropah major pertama dalam sejarah kelab.

Nicolo Zaniolo menjadi pemain Itali pertama menjaringkan gol diperlawanan akhir kejohanan Eropah selepas Filippo Inzaghi melakukannya ketika menentang Liverpool di perlawanan akhir Champions League 2007.

Sebelum ini trofi Eropah yang pernah dijulang Roma adalah Inter-Cities Fairs Cup yang dimenangi pada musim 1960/61.

Inter-Cities Fairs Cup kadang-kadang disebut sebagai European Fairs Cup, Fairs Cities Cup atau ringkasnya sebagai Fairs Cup ialah pertandingan bola sepak Eropah yang dimainkan antara 1955 dan 1971.

Kejohanan ini dianggap sebagai asal usul Piala UEFA. Pertandingan ini dianjurkan oleh Fairs Cup Committee yang diketuai oleh beberapa eksekutif FIFA sehingga 1971, apabila dimansuhkan, kejohanan ini digantikan dengan Piala UEFA.

Jose Mourinho telah menumpahkan air mata pada perlawanan separuh akhir selepas Roma berjaya melangkah ke perlawanan akhir dan kelihatan sangat menikmati kemenangan di perlawanan akhir.

Satu rakaman keraian Jose Mourinho bergelar juara Europa Conference League telah tular dan menjadi bualan media apabila telah membuat satu isyarat tanda yang mempunyai makna mendalam.

Jose Mourinho mengangkat lima jari ke udara dalam apa yang membawa maksud dan isyarat kepada dunia bola sepak bahawa sudah meraih lima trofi Eropah.

Kejayaan Roma ini juga telah menamatkan kemarau kejuaraan selama 14 tahun mereka dalam semua kejohanan samada domestik atau Eropah.

โ€œMenang adalah sangat sukar. Anda memerlukan banyak ramuan,โ€ kata Mourinho dalam sidang media selepas perlawanan.

โ€œPasukan kami telah bermain 55 perlawanan. Kami ke perlawanan akhir dalam keadaan letih, tetapi kami berusaha untuk melakukannya, menyembunyikannya.

โ€œIni adalah kumpulan pemain yang hebat, yang membuatkan saya terharu. Kami bergelut pada separuh masa kedua, lawan kami bermain dengan baik dan mereka memaksa kami melakukan perubahan di bahagian pertahanan. Tahniah kepada Feyenoord.โ€

BACA:ย  Mourinho: Panggil Saya Ketua Jurulatih, Bukan Pengurus