Penjaga Gol PSG Bersyukur Masih Bernyawa Selepas Insiden Dipijak Kuda Di Kepala

Penjaga gol Paris St-Germain (PSG), Sergio Rico menganggap dirinya sangat bernasib baik kerana mampu pulih dan masih bernyawa setelah mengalami kecederaan kepala yang serius dalam insiden menunggang kuda.

Kecederaan yang dialaminya di kampung halamannya di Sepanyol pada 28 Mei lalu itu menyebabkan dirinya koma

Rico hanya dikeluarkan daripada unit rawatan rapi (ICU) pada Rabu lalu dan kini meneruskan rawatan di wad biasa di sebuah hospital di Sevilla.

Pada satu ketika Rico dianggap berada di dalam kritikal sebelum menjadi stabil selepas tempoh 48 jam.

“Saya masih meneruskan rawatan untuk pulih sepenuh dan keadaannya semakin baik setiap hari,” tulis Rico di Instagram.

“Saya mahu berterima kasih kepada setiap individu yang mendokan saya sepanjang hari-hari sukar itu.

“Saya sangat bernasib baik. Sekali lagi terima kasih kepada semua pihak dan saya berharap dapat berjumpa dengan anda semua dalam masa terdekat.”

Saksi kejadian kemalangan tersebut berkata Rico telah disepak dan dipijak di kepala dan leher beberapa kali oleh kuda yang ditunggangnya sebaik sahaja jatuh.

Kejadian tersebut berlaku selepas pengurus PSG pada ketika itu, Christophe Glatier memberikan pemainnya cuti sehari setelah berjaya mengesahkan kejuaraan Ligue 1 musim lalu.

Rico adalah pemain yang berasal dari Sevilla, Sepanyol dan kembali ke sana untuk acara keagamaan yang diadakan di sebuah perkampungan Almontena dimana kejadian malang tersebut berlaku.

Akibat daripada kemalangan tersebut, Rico memerlukan rawatan segera dan diterbangkan menggunakan helikopter untuk menyelamatkan nyawanya.

Rico memulakan karier profesionalnya bersama Sevilla selepas dibangunkan oleh akademi kelab itu, dan telah melakukan 170 penampilan untuk skuad senior pasukan itu di La Liga.

Peminat Premier League mungkin mengingati Rico kerana dia pernah beraksi bersama Fulham secara pinjaman pada musim 2019/19. Rico bagaimanapun gagal menyelamatkan kelab itu daripada tersingkir daripada Premier League pada ketika itu.

Penjaga gol berusia 29 tahun itu kemudian dipinjamkan ke PSG pada 2019 sebelum ianya menjadi perpindahan tetap pada September 2020.

BACA:  Mbappe Boleh Tentukan Jurulatih Dan Pemain Yang Beliau Mahu Andai Kekal Bersama PSG