Mourinho: Menang 6-0 Tidak Bermakna Perlawanan Tersebut Menghiburkan

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho berkata tiada yang menarik jika perlawanan akhir Piala FA hujung minggu ini berakhir dengan satu pihak mendominasi perlawanan.

Manchester United dan Chelsea bakal bertembung dalam aksi final Piala FA di Stadium Wembley tengah malam ini dengan kedua-dua pasukan terdesak untuk memenangi sesuatu sebelum musim ini berakhir.

Menang 6-0 tidak semestinya perlawanan itu menghiburkan. Park the bus FTW

Manchester United di bawah kendalian Jose Mourinho sering dikritik banyak pihak kerana bermain terlalu defensif terutamanya dalam perlawanan-perlawanan besar. Mourinho didakwa lebih rela seri dari memberi arahan kepada anak buahnya untuk melakukan serangan terutamanya apabila beraksi di tempat lawan.

Corak permainan United nyata berbeza dengan filosofi bolasepak Pep Guardiola di Manchester City. Guardiola berjaya merangkul trofi Liga Perdana Inggeris musim ini dengan penuh bergaya disamping memecahkan beberapa rekod seperti jumlah kemenangan tertinggi, jaringan gol tertinggi, dan mata tertinggi.

Ada pihak meramalkan aksi final Piala FA kali ini bakal menjadi satu lagi perlawanan yang membosankan jika dilihat pada trek rekod Mourinho dalam perlawanan besar. Tambahan pula, Chelsea mengharungi musim yang mengecewakan di bawah Antonio Conte dimana mereka hanya mampu menjaringkan  3 gol dari 4 perlawanan terakhir mereka.

Conte dan Mourinho mempunyai sejarah silam yang tidak berapa baik

Bagi menjawab dakwaan tersebut, Mourinho mendakwa perlawanan yang berlangsung dengan sengit di antara dua pasukan lebih menarik untuk ditonton daripada perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 6-0 yang didominasi oleh satu pihak sahaja.

“Saya masih belum lagi faham apa itu perlawanan yang ‘menghiburkan’. Adakah perlawanan yang berakhir dengan jaringan 6-0 boleh digelar sebagai menghiburkan ? Saya tidak rasa perlawanan sebegitu menarik untuk disaksikan.”

“Bagi saya, perlawanan yang menghiburkan berlaku apabila wujud emosi dari awal hingga tamat perlawanan. Perlawanan berlangsung secara terbuka hingga tamat. Penonton tidak senang duduk dan gelisah sepanjang perlawanan kerana tidak dapat menjangka keputusan perlawanan.”

“Bagi seorang pencinta bolasepak seperti saya, itu adalah perlawanan yang menghiburkan. Jadi pada pendapat saya, perlawanan akhir Piala FA bakal menjadi perlawanan yang menghiburkan.”

Mourinho mempunyai rekod baik dalam aksi final, memenangi 12 dari 14 final terakhirnya.

Bekas pengurus Chelsea dan Real Madrid itu memiliki rekod yang baik ketika membimbing pasukannya menghadapi perlawanan akhir. Beliau berjaya memenangi 12 dari 14 perlawanan akhir sepanjang kariernya, termasuklah Piala Liga dan Europa League musim lepas bersama Manchester United.

Walaubagaimanapun, Mourinho berkata rekod cemerlang beliau tidak memberi sebarang kelebihan terhadap Antonio Conte malam ini.

“Secara jurjunya, saya fikir mentaliti juara tiada kaitan dengan rekod atau sejarah saya dalam perlawanan akhir. Perkara yang telah saya lakukan pada masa lepas tidak berkait dengan apa yang bakal saya lakukan Sabtu ini. Apa yang akan menentukan keputusan perlawanan adalah 11 pemain menentang 11 pemain dan setiap pemain memberikan aksi yang terbaik.”

Dah siap posing dengan Piala ni.

BACA:  Premier League 2021/22: Norwich City 0-1 Manchester United