Kalendar perlawanan antarabangsa FIFA November ini akan menyaksikan Empat pasukan yang tidak berada di dalam senarai ranking FIFA bakal beraksi.
Tiga daripada empat negara tersebut adalah American Samoa, Tonga dan Samoa dan ketiga-tiga negara akan mengambil bahagian di dalam Sukan Pasifik yang akan diadakan di Kepulauan Solomon bermula hari ini.
Ketiga-tiga negara disingkirkan daripada senarai ranking FIFA sebelum ini selepas tidak aktif dalam mana-mana perlawanan antarabangsa selama 4 tahun β sepertimana yang termaktub dalam peraturan FIFA.
Kali terakhir ketiga-tiga pasukan beraksi di pentas antarabangsa adalah pada 18 Julai 2019 yang lalu.
Namun ketiga-tiga pasukan bakal kembali berada di dalam senarai ranking FIFA selepas ini apabila American Samoa dijadualkan berhadapan Samoa pada 20 November dan Tonga akan menentang New Caledonia pada 18 November.
Untuk memastikan sesebuah pasukan sentiasa berada di dalam senarai ranking FIFA, sesebuah pasukan harus beraksi sekurang-kurangnya satu perlawanan di dalam tempoh 48 bulan. Pasukan akan terus disingkarkan daripada senarai selepas 4 tahun tanpa sebarang aksi.
πΈπ² The new men's FIFA Rankings are out and San Marino remain bottom despite their heroic 2-1 loss to Denmark.
While San Marino are labelled ' the worst team in the world', 4 teams have no Ranking at all through inactivity.
π¦πΈ American Samoa
πΉπ΄ Tonga
πΌπΈ Samoa
πͺπ· Eritrea pic.twitter.com/RxIBS2jmxxβ The Sweeper (@SweeperPod) October 26, 2023
Tidak dapat dipastikan dimanakah American Samoa, Tonga dan Samoa akan berada di dalam senarai ranking FIFA selepas ini, namun ketiga-tiga pasukan berkemungkinan akan berada bersama San Marino yang tidak pernah menang sebarang perlawanan kompetitif.
San Marino memiliki rekod terburuk di perlawanan antarabangsa apabila tewas 194 perlawanan dan seri sembilan kali. Satu-satunya kemenangan direkodkan pasukan itu adalah pada 2004, ketika menewaskan Liechtenstein 1-0.
Senarai ranking terakhir yang dikeluarkan FIFA pada 26 Oktober lalu menyaksikan San Marino berada di kedudukan ke-207 dunia, dibawah Anguilla, US Virgin Islands dan British Virgin Islands.
Eritrea juga tidak berada di dalam ranking FIFA namun akan berhadapan Maghribi dan Congo di pusingan kelayakan Piala Dunia pada bulan ini.