Emre Can Beri Petunjuk Akan Terus Kekal Bersama Liverpool

Pemain tengah Liverpool, Emre Can memberi gambaran yang beliau akan terus menyambung kontraknya di Anfield walaupun dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus.

Pemain antarabangsa Jerman ini bakal tamat kontrak hujung musim nanti, dan Juventus dilaporkan telah meletakkan Can sebagai sasaran utama mereka bagi musim hadapan.

Liverpool power !

Can beraksi cemerlang ketika membantu Liverpool menewaskan pendahulu liga, Manchester City 4-3 di Anfield hujung minggu lalu, sekaligus meranapkan impian Pep Guardiola untuk mengekalkan rekod tanpa tewas mereka sepanjang musim.

Kontrak Can hanya berbaki 6 bulan sahaja lagi dan ini bermakna beliau boleh mengadakan perbincangan dengan mana-mana kelab dari luar England. Penyandang juara Serie A dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan ejen Can dalam usaha mereka meyakinkan pemain tersebut supaya menandatangani pra-kontrak dengan Juventus.

Can masih lagi belum mengesahkan di mana beliau bakal bermain musim hadapan. Walaubagaimanapun, Can berkata ejennya sedang mengadakan perbincangan dengan Liverpool ketika ini dan mungkin kekal bersama Liverpool.

Belum tahu lagi destinasi seterusnya. Kekal atau ke Itali

“Ejen saya yang bertanggungjawab dalam urusan kontrak tetapi saya akan terus kekal bersama Liverpool sehingga musim panas nanti.”

“Saya masih lagi belum menandatangani kontrak dengan mana-mana pihak. Saya mengadakan perbincangan dengan semua pihak.”

“Sudah tentu saya ada berbincang dengan Liverpool. Kenapa tidak ? Saya masih lagi ada kontrak di sini. Liverpool adalah sebuah kelab yang menakjubkan.”

“Tiada apa lagi yang boleh saya perkatakan kerana ejen saya menguruskan perkara tersebut. Saya hanya menumpukan perhatian terhadap bolasepak dan prestasi. Saya akan memberikan segala-galanya kepada pasukan ini.”

Pasukan lawan takut melihat permainan Liverpool ketika menentang City

Dalam perlawanan Liverpool-City, 3 gol dalam masa 9 minit berjaya merentap semangat anak buah Guardiola sekali gus membantu Liverpool mencatatkan kemenangan ke-13 mereka musim ini. Kemenangan tersebut melonjakkan The Reds ke tangga ke-3 Liga Perdana Inggeris, dan memintas kedudukan Chelsea.

Melihat semangat dan permainan yang ditunjukkan Liverpool dalam perlawanan tersebut, Can merasakan tiada pasukan yang mahu bertemu dengan Liverpool pada masa sekarang.

“Saya masih lagi tidak percaya. Ia merupakan perlawanan terbaik yang pernah saya lihat. Lihatlah bagaimana kami menekan City. Kamu tidak boleh lupa yang kami berdepan pasukan Manchester City yang amat bagus.”

“Saya tidak tahu berapa kilometer kami berlari. Jika pasukan lain melihat kami bermain sebegitu, mereka pasti hormat dengan pasukan Liverpool. Pihak lawan mesti berkata Liverpool adalah pasukan yang kuat.”

BACA:  Para Pemain Liverpool Berlatih Menggunakan Teknologi Brain Sensors Sebagai Persiapan Bertemu Real Madrid