Jurulatih baharu Manchester United, Erik Ten Hag akhirnya rasmi memulakan tugas di kelab terkemuka di dunia iaitu Manchester United.
Manchester United musim 2021/22 menamatkan saingan di tangga keenam. Walaupun pada awal musim selalu menganjing Arsenal, namun akhirnya mereka menamatkan kedudukan di bawah Arsenal.
Lebih perit, walaupun memiliki pertahanan termahal dunia, Harry Maguire dan pertahanan paling banyak UCL, Varane, memiliki pemain tengah terbaik dunia, Bruno Fernandes, pemain penyerang terbaik dunia, Cristiano Ronaldo dan pemain muda terbaik di dunia, Mason Greenwoon, Man United masih menamatkan saingan dengan 0 perbezaan jaringan.
Dibezakan 35 mata daripada Manchester City yang merupakan juara liga. Dan 11 mata di belakang Trust The Process FC.
Kini Ten Hag sudah tak sabar untuk menamatkan dominasi Klopp dan Guardiola. Dalam sidang media rasminya yang pertama sahaja, dia sudah melaungkan amaran. Ini adalah amaran pertama daripada Ten Hag kepada Klopp dan Guardiola.
Seperti biasa akan lebih banyak amaran yang bakal menyusul selepas ini.
Ten Hag mengakui dia kagum dengan Guardiola dengan Kopp. Dan menganggap 2 pengurus itu sebagai memiliki falsafah bola sepak mengujakan, sama dengan apa dia lakukan di Ajax.
Bukan itu sahaja malah dia sudah tak sabar sabar untuk menjadi pencabar kepada 2 pengurus tersebut pada musim akan datang.
Bercakap dengan wajahnya yang bengis, Ten Hag berkata:
(nota editor: sila baca dengan nada serius, ini bukan benda kelakar)
“Pada masa ini, saya mengagumi kedua-dua mereka.”
“Mereka bermain perlawanan bola sepak yang hebat, kedua-dua Liverpool dan Man City. Tetapi kita semua sentiasa melihat sebelum ini bahawa setiap era akan berakhir dan saya tidak sabar untuk menentang mereka.”
“Dan saya percaya semua kelab dalam Liga Perdana Inggeris mahu melakukannya [menamatkan era penguasaan Guardiola dan Klopp],” kata Ten Hag.
Erik Ten Hag talking about ending the Klopp + Guardiola era at Manchester United pic.twitter.com/cMYQoE0clr
— MC (@UtdMicah) May 23, 2022
Ditanya adakah dia yakin akan dapat menamatkan dominasi Guardiola dan Klopp, pengurus baru Manchester United itu berkata: “YA!”
“Saya tidak melihatnya sebagai satu risiko. Kelab ini mempunyai sejarah yang hebat dan sekarang mari kita membina masa depan. Ia akan menjadi menarik untuk melakukannya.”
Hanya dengan memberikan amaran kepada Klopp dan Guardiola, penyokong Manchester United sudah mengiktiraf Ten Hag sebagai pengurus terbaik di dunia ketika ini.
Already best manager in the world
— Utd max (@Pessi_Grandpa) May 23, 2022
Ditanya berapakah masa yang dia perlukan untuk menjadikan Manchester United sebagai kuasa bola sepak dunia sekali lagi, Ten Hag menyatakan dia tidak pasti. Apa yang pasti dia dan Manchester United mahu memenangi setiap perlawanan selepas ini.
“Saya tidak memikirkan perkara itu pada masa ini,” katanya. “Apa yang kami fikirkan ialah, ‘Ini adalah projek dan ia memerlukan masa’, tetapi saya juga tahu di kelab ini dan di kelab lain, seperti Ajax dan Bayern Munich, bahawa kelab kela ini tidak pernah ada masa tetapi kami mahu menang setiap perlawanan jadi kami pergi dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan kemudian kami akan lihat.”
Dalam wawancara yang jarang berlaku tetapi ringkas pada hari Isnin, Avram Glazer, pengerusi bersama United, menyatakan sebab kenapa mereka menyokong Ten Hag. Mereka berkata, Ten Hag seorang yang hebat seperti mana yang dapat dilihat dalam sidang medianya.
Avram Glazer berkata: “Itulah sebabnya kami mengupahnya, kami tahu dia akan melakukan kerja yang hebat.”
Glazer, bercakap dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, mengakui bahawa musim United telah mengecewakan.
“Ia adalah musim yang mengecewakan untuk semua orang dan kami akan bekerja keras untuk menjadikan musim depan sebagai musim yang lebih baik,” katanya.
Ditanya sama ada United akan melabur dalam skuad musim panas ini, Glazer menambah: “Kami sentiasa membelanjakan wang yang diperlukan untuk membeli pemain baharu.”
Dengan City telah menandatangani penyerang prolifik Norway Erling Haaland – sasaran lama Old Trafford – dengan harga £51 juta daripada Borussia Dortmund, cabaran yang dihadapi United semakin bertambah.
Ten Hag berharap United dapat menyelesaikan urusan perpindahan mereka lebih awal, dengan pemain tengah, penyerang dan bek tengah berada di atas senarai keutamaannya.
Ten Hag dinasihatkan supaya tidak mengambil jawatan di Old Trafford oleh bekas pengurus United dan rakan senegaranya dari Belanda, Louis van Gaal, yang mencadangkan dia “lebih baik pergi ke kelab bola sepak” daripada “kelab komersial” seperti United.
Tetapi bekas jurulatih Ajax itu – yang telah berjanji untuk memberikan bola sepak menyerang, menghiburkan dan memberi tekanan tinggi – berkata dia telah diberi jaminan bahawa bola sepak adalah keutamaan nombor satu di Old Trafford.
“Saya telah mendengar [tentang kenyataan Van Gaal], tetapi saya membuat garis saya sendiri,” katanya.
“Saya pasti perkara ini tidak akan berlaku. Saya bercakap dengan pengarah kelab mengenainya. Bola sepak adalah nombor satu, nombor dua dan nombor tiga di kelab ini dan setiap kelab hari ini adalah komersial.”
“Setiap kelab memerlukannya, memerlukan pendapatan untuk berada di atas, untuk melakukannya adalah perlu tetapi bola sepak adalah satu, dua, tiga di kelab ini.”
“Saya bercakap dengan lebih ramai orang yang ada pengalaman dengan kelab ini, dengan pakar, tetapi saya akan membuat garis saya sendiri. Saya bercakap dengan Louis. Saya berada di tayangan perdana filemnya.”
Bilik persalinan United telah dibelenggu oleh perpecahan dan pergolakan musim ini dan Ten Hag berkata adalah penting mereka semua bersatu untuk maju.
“Di mana-mana saya berada dalam kerjaya saya, saya mempunyai permintaan yang tinggi terhadap pemain saya. Saya mengharapkan mereka berjuang dan memberi 100 peratus. Hanya yang baik sahaja [tidak] cukup baik. Kami perlu melakukan yang lebih baik dan mereka perlu memberi kerjasama. ”
“Mereka perlu bersatu, membentuk pasukan, dan melawan lawan.”
Erik ten Hag: I can break Pep Guardiola and Jurgen Klopp's stranglehold on English football / @TelegraphDucker reports from the new Manchester United manager's first press conference with the club #MUFC https://t.co/zYwMFPYnTg
— Telegraph Football (@TeleFootball) May 23, 2022
Ralf Rangnick, yang telah mengendalikan sementara sejak enam bulan lalu, berminat untuk membentangkan hasil analisisnya mengenai skuad kepada Ten Hag pada masa akan datang.
Ten Hag berkata, dia ada analisisnya sendiri. Dan bekerja atas analisis sendiri, dan menegaskan bahawa Rangnick berkerja hanya untuk kelab dan tidak ada kaitan dengan prestasinya. Dalam erti kata lain dia nak cakap dia dan Rangnick sama sama makan gaji la tu. Buat kerja sendiri. Tak perlu sibuk nak analisis prestasi dia.
Ten Hag berkata: “Saya menganalisis sendiri dan bercakap dengan ramai orang. Tetapi akhirnya saya akan membuat garis saya sendiri.”
Ditanya sama ada dia menyokong peranan perunding yang akan diambil oleh Rangnick, Ten Hag menambah: “Itu untuk kelab.”
Erik ten Hag on plans with Ralf Rangnick: "I analyse by myself, I observe around and speak with a lot of people… but I will draw my own line. Rangnick's consultancy role? That is on the club". 🔴 #MUFC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 23, 2022
Man City dan Liverpool jauh mengatasi kelab lain dari segi mata musim ini. Man City mengakhiri musim dengan 93 mata, satu mata di depan Liverpool.
Sebagai perbandingan, Chelsea yang berada di tempat ketiga hanya mengumpul 74 mata, berada 18 mata di belakang Liverpool.
Sementara untuk Sepuluh Hag ehh Ten Hag, tugasnya di Man Utd bukanlah mudah. ‘Red Devils’ mendapat tamparan hebat musim ini kerana mereka hanya menduduki tempat keenam. Mujur West Ham tidak menang dalam perlawanan terakhir.
Biarpun pada awal musim Man Utd dipercayai akan menjadi calon juara dan mampu bersaing untuk merebut trofi kejuaraan selepas Man Utd menandatangani beberapa bintang seperti Cristiano Ronaldo, Raphael Varane, dan Jadon Sancho.
Namun sayangnya mereka tidak dapat menunjukkan persaingan yang sebenar.
Kenyataan pengurus baru itu dipuji penyokong Manchester United yang menganggap Ten Hag memiliki mentaliti raksasa.
"I want to achieve success" – Ten Hag
Mentality Monster!
No rest.#MUFC pic.twitter.com/4mGO8uBN3s
— ManUtd Analytics ⚽ (@Utd_Analytics) May 16, 2022