Ethan Nwaneri: Bintang Muda Arsenal Yang Hampir Menyamai Rekod Owen & Rooney

Apa persamaan antara Michael Owen, Wayne Rooney dan Ethan Nwaneri? Jawapannya mudah – gol.

Sepanjang minggu lalu Nwaneri telah menjaringkan 2 gol dalam 2 perlawanan. Ia meletakkannya semakin hampir dengan rekod yang dipegang oleh 2 penyerang legenda dibawah.

Owen dan Rooney menjaringkan 9 gol dalam semua kejohanan sebelum usia 18 tahun (3 gol Rooney dicetak ketika dia berumur 16 tahun). Tiada pemain lain yang mencapai jumlah itu untuk kelab Liga Perdana sebelum berumur 18 tahun.

Kini dengan 7 gol musim ini, Nwaneri hanya memerlukan 2 gol lagi untuk menyamai rekod itu. Hari lahirnya yang ke-18 Nwaneri adalah pada 21 Mac, kira-kira 6 minggu dari sekarang.


Statistik Owen, Rooney & Nwaneri Sebelum 18 Tahun

Gol Liga Perdana, Gol Piala Domestik, Gol Eropah, Minit, Penampilan, Kesebelasan Utama (Sub) dan Pemain’

  • 5, 3, 1, 1732, 23, 19 (04); Michael Owen
  • 7, 2, 0, 2029, 47, 23 (24); Wayney Rooney
  • 3, 3, 1, 0714, 25, 07 (18); Ethan Nwaneri

Perjalanan Awal Nwaneri

Nwaneri membuat penampilan pertama ketika berusia 15 tahun pada September 2022. Namun dia hanya bermain sekali untuk pasukan utama pada musim 2023-24. Menurut Mikel Arteta, kesabaran dan pengurusan jangkaan adalah penting. Hasil daripada kerja keras selama beberapa tahun akhirnya membuahkan hasil musim ini.

Pada Disember lalu, Arteta mengatakan bahawa Nwaneri, yang secara semula jadi bermain sebagai pemain tengah berpotensi berkembang menjadi penyerang tengah. Keupayaannya menjaringkan gol sudah pun dilihat di peringkat senior. Contohnya pada Oktober, dia meledak melalui satu rembatan melengkung dari luar kotak penalti ketika menentang Preston North End. Gol yang sama seperti itu dilakukan sekali lagi ketika menentang Girona dalam Liga Juara-Juara dan Manchester City.

Bagi Nwaneri, gol sebegitu bukan lah perkara baru. Dia sudah biasa menjaringkan gol dari sudut itu semasa bermain di peringkat belia untuk kelab dan negara. Pada musim lepas dia menjaringkan gol melalui kaki kiri ke penjuru gol ketika menentang Itali B19, Perancis B19, New Caledonia B17 dan Stoke City B21. Dia juga menjaringkan satu gol dari rembatan melengkung melalui kaki kanan dari luar kotak penalti menentang Ireland Utara B17.

Menurut rakan sepasukan, Mikel Merino gol-gol seperti ini bukan nasib semata-mata tetapi hasil latihan yang berterusan. “Dia selalu mencuba teknik ini dalam latihan. Dia sangat berbakat tetapi tiada kejayaan yang datang tanpa kerja keras,” katanya.

Nwaneri kini berkongsi rekod sebagai pemain Arsenal yang paling banyak menjaringkan gol dari luar kotak penalti bersama Declan Rice dan Thomas Partey dengan masing-masing mempunyai 3 gol.


Jaringan-jaringan Awal Nwaneri

Gol pertama Nwaneri di peringkat senior mungkin tidak begitu menarik tetapi ia tetap menunjukkan kebiasaan dan kepakaran dalam penyudahnya. Gol pertamanya adalah satu tolakan mudah hasil hantaran rendah dsei Raheem Sterling ketika menentang Bolton Wanderers. Namun larian bijaknya dari bahagian tengah menunjukkan sesuatu yang sudah dilatih dengan baik.

Corak ini juga jelas ketika dia menjaringkan hatrik dalam kemenangan 4-1 ke atas Leicester City B21 pada Ogos 2023. Ketiga-tiga golnya hampir serupa – rembatan dari pinggir kotak penalti.

Pada November lepas dia mengulangi corak sama untuk gol Liga Perdana pertamanya ketika menentang Nottingham Forest. Selepas menghantar bola kepada Sterling di sebelah kanan, dia terus berlari masuk ke kotak penalti dan menyempurnakan hantaran dengan satu sentuhan ke penjuru bawah gol.

Selain itu, 2 jaringannya ketika menentang Bolton dan Brighton menunjukkan dia cukup yakin dengan dirinya. Kebiasaannya, pemain muda mungkin akan menghantar bola kepada rakan sepasukan yang lebih senior tetapi Nwaneri memilih untuk mengambil peluang dan melakukan percubaan dan dia mendapat ganjaran.

Menurut Arteta, Nwaneri “agresif dan sangat yakin apabila menguasai bola,” seperti yang ditunjukkannya dalam perlawanan menentang Manchester City.


Perbandingan Dengan Owen & Rooney

Nwaneri kin berada dalam kelompok pemain berbakat yang istimewa, walaupun hanya bermain kurang daripada 8 perlawanan penuh.

Michael Owen

Owen menjadi penjaring paling muda Liverpool iaitu pada usia 17 tahun 143 hari. Owen menjaringkan gol pertama ketika menentang Wimbledon pada Mei 1997. Musim itu, dia berkongsi Kasut Emas melalui 18 gol. Dia menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan. Dia dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik PFA dan menyertai skuad England ke Piala Dunia 1998.

Sebagai seorang penyerang, kelebihannya adalah larian pantas menewaskan pertahanan lawan. Kekuatan itu membantunya menjaringkan 5 daripada 9 gol sebelum berumur 18 tahun. Dalam autobiografinya, Owen menyebut bahawa kebanyakan golnya ketika muda datang daripada corak yang sama. Menerima bola hantaran jauh dengan larian pantas dan penyudah tepat.

Owen juga satu-satunya antara 3 pemain ini yang menjaringkan hatrik pada usia 17 tahun. Dia melakukannya dalam Piala Liga (kini Piala Carabao) menentang Grimsby Town.

Wayne Rooney

Rooney mula mencipta nama pada 2002, 5 tahun selepas Owen. Gol pertamanya di Liga Perdana hasil dari rembatan jarak jauh ketika menentang Arsenal. Ia mengejutkan dunia kerana menamatkan rekod 30 perlawanan tanpa kalah Arsenal. Arsène Wenger menyifatkannya sebagai “bakat terbesar England sejak saya tiba di sini.”

Sebelum itu, dia sudah menjaringkan 2 gol dalam 6 minit selepas dimasukkan dalam perlawanan Piala Liga menentang Wrexham.

Rooney menunjukkan keupayaan menjaringkan gol dari pelbagai situasi. 5 daripada 9 gol awalnya datang dari sudut kanan dalam kotak penalti. Namun gol ke-8 dan ke-8 menunjukkan tahap yang lebih tinggi, satu voli ke penjuru bawah menentang Aston Villa dan satu rembatan padu ke penjuru atas menentang Charlton Athletic.

Selepas berumur 18 tahun, Rooney terus meningkat. Dia menyertai Manchester United dengan harga £27 juta (2004) dan menjadi pemain utama England di Euro 2004.


Bolehkah Nwaneri Samai Rekod Owen & Rooney?

Dalam tempoh 6 minggu, sebelum Nwaneri berusia 18 tahun, Arsenal mempunyai 7 perlawanan. 5 perlawanan Liga Juara-Juara.

Melihat kepada ketajaman penyudahnya pada musim ini, menambah 2 gol lagi bukan lah sesuatu yang mustahil. Jika Nwaneri gagal menyamai rekod Owen dan Rooney, hakikatnya dia sudah hampir dengan pencapaian mereka. Nwaneri bermain lebih sedikit minit berbanding Owen dan Rooney dan ia sudah cukup membuktikan kehebatannya.

Mengenai rekod itu, Arteta berkata:

“Saya tidak tahu tentang rekod itu. Saya hanya mahu dia terus bermain dengan kebebasan, semangat dan keyakinan. Dia mempunyai keupayaan untuk melakukanny, dan sama ada dia berjaya atau tidak, ia cuma soal masa.”

BACA:  Arsenal Lancar Bidaan Berjumlah £40 Juta Untuk Dapatkan Zaha