Europa League 2019/20: LASK 0-5 Manchester United

Pasukan paling agung dalam peradaban sejarah bola sepak dunia, Manchester United mudah mara kepusingan 16 terbaik selepas menewaskan Club Brugge.

Lawan yang menanti Manchester United untuk ke suku akhir adalah pasukan LASK, pernah dengar nama ini tapi tak tau dari mana kan?

LASK merupakan naib juara liga Austria, Bundesliga Championship musim lalu dibelakang RB Salzburg, bekas kelab Erling Haaland dan Takumi Minamino.

Kini LASK sedang mendahului Bundesliga Championship dengan kelebihan tiga mata di depan RB Salzburg, selepas 22 perlawanan.

Di atas kertas LASK boleh dikatakan lauk dan santapan buat Setan Merah, namun dalam bola sepak, aksi di padang menjadi penentu.

LASK Berjaya mara ke pusingan yang sama dengan Setan Merah, ini bermakna mereka mempunyai kekuatan tersendiri.

Ekoran penularan Coronavirus yang telah di wartakan sebagai Pandemic, perlawanan antara Manchester United dan LASK di Linzer Stadion dimainkan secara tertutup.

Manchester United telah mengumumkan saguhati buat penyokong mereka yang telah membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan ini.

Sebanyak £350 akan diberikan untuk menampung kerugian kos perjalanan dan penginapan yang telah dikeluarkan.

Sejak wisel permulaan permainan ditiup oleh pengadil perlawanan dari Portugal, Artur Diaz, Manchester United terus menguasai perlawanan.

Serangan demi serangan dilancarkan Manchester United, selepas 25 minit permainan tiada gol yang didambakan terhasil.

Pada minit ke-28 akhirnya kebuntuan telah dipecahkan dengan satu kejadian yang dipanggil jaringan. Satu perkara yang diinginkan oleh pasukan bola sepak.

Hantaran cantik dan genius Bruno Fernandes berjaya di hidu oleh pemain yang mula menjadi kesayangan peminat Manchester United, Odion Ighalo.

Odion Ighalo telah mengawal bola dengan begitu cantik, kiri kanan kiri kanan melarikan bola daripada terkaman pemain LASK.

Kemudian satu rembatan dilepaskan dan cantik menerjah masuk ke kiri gawang menewaskan penjaga gol LASK, Alexander Schlager.

LASK bukan biasa-biasa, masakan tidak mampu mara sejauh ini. Serangan mereka rencanakan tidak boleh dipandang rendah.

Namun mati kutu selepas masuk ke kotak penalti. Sepanjang 45 minit permainan hanya satu percubaan hadir itu pun percubaan tidak tepat.

Pada awal separuh masa kedua, Luke Shaw telah dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan pemain LASK, betul-betul di luar kotak penalti.

Namun sepakan percuma LASK dari pakar sepakan percuma mereka mudah dipatahkan.

Pada minit ke-58, Daniel James menerima satu hantaran cantik dan melepasi perangkap offside dan meloloskan diri.

Secara solo Daniel James melarikan bola sambil Bruno Fernandes datang memberi sokongan.

Daniel James menggelecek seorang pemain LASK sebelum melepaskan leret yang sekali lagi masuk melalui kiri gawang, kali ini di bahagian bawah.

James menamatkan kemarau gol dalam 33 perlawanan bersamaan 2527 minit bersama Manchester United sejak 31 Ogos 2019.

Bimbang jaringan lebih banyak terhasil, Ole Gunnar Solskjaer mengeluarkan Bruno Fernandes pada minit ke-78 dan memasukkan Andreas Pereira.

Tanpa Bruno Fernandes di padang Manchester United masih mampu menyetan dengan tambahan tiga gol ketika permainan berbaki 10 minit.

Juan Mata menjaringkan gol ketiga melalui satu sentuhan penyudah yang sangat manis pada minit ke-82.

Ketika permainan menuju ke penghujung Mason Greenwood menjaringkan gol keempat melalui satu rembatan padu.

Mason Greenwood menjadi pemain remaja pertama menjaringkan lima gol di kejohanan Eropah dalam semusim untuk Manchester United

Andreas Pereira melengkapkan kemenangan penuh bergaya Manchester United dengan gol kelima dengan satu rembatan jarak jauh.

Entah apa yang dibuat penjaga gol LASK boleh terkena dengan bola macam tu.

Pasukan LASK dicanangkan hebat kerana menewaskan RB Salzburg yang pernah menentang Liverpool di Chmapions League.

Lawan Liverpool je cakap hebat, gila.

LASK (3-4-3): Schlager 4.5; Ramsebner 5.5, Trauner 4.5, Ranftl 6; Reiter 6, Holland 5.5 (Haudum 76, 6), Michorl 5, Renner 6; Tetteh (Raguz 61, 6), Klauss 5.5, Frieser 7 (Balic 71, 6)

Pemain Gantian tidak digunakan: Gebauer, Muller, Wostry, Sabitzer

Man Utd (4-2-3-1): Romero 6.5; Williams 6.5, Bailly 6, Maguire 6, Shaw 6; Fred 6.5, McTominay 7; Mata 7, Fernandes 7.5 (Pereira 78, 6.5); James 7 (Chong 71, 6); Ighalo 8 (Greenwood 85)

Pemain Gantian tidak digunakan: De Gea, Lindelof, Matic, Tuanzebe

BACA:  Ben Foster Yakin Manchester United Memang Lubuk Dapatkan Mata