Manchester United turun untuk perlawanan kedua Europa League peringkat 32 terbaik selepas sekadar seri 1-1 menentang pasukan dari Belgium, Club Brugge.
Beraksi di Old Trafford, Manchester United membawa bekalan satu gol tempat lawan hasil jaringan nasib Anthony Martial dalam perlawanan pertama.
Ole Gunnar Solskjaer menyalahkan kondisi bola dan padang mengakibatkan Manchester United tidak mampu mempamerkan aksi sebenar hanya sekadar mampu mencatatkan keputusan seri sahaja menentang Brugge.
“Kami agak kelam kabut, keadaan bola dan padang menjadikannya sukar. Anda boleh bertanya kepada mana-mana pemain, bola itu tidak membantu apabila anda ingin bermain bola sepak.”
“Bola ini sangat berbeza dan sukar untuk dimainkan, tetapi tentu saja situasi ini sama untuk kedua-dua pasukan.”
Pertembungan antara Manchester United menentang kelab daripada Belgium jika dilihat di atas kertas maka tiada masalah untuk Setan Merah menang. Masalahnya di atas padang.
Club Brugge bermain dengan acah-acah garang dan power apabila cuba menekan Setan Merah di Old Trafford.
Namun Manchester United tenang-tenang saja menyerap asakan yang biasa-biasa. Titik tolak kedukaan dan mimpi ngeri Club Brugge bermula pada minit ke-23.
2012 – Bruno Fernandes is the first Portuguese to net in consecutive appearances for Manchester United in all competitions since Nani April 2012. Arrived. #UEFAEuropaLeague pic.twitter.com/B2W8vLTTA2
— OptaJoe (@OptaJoe) February 27, 2020
Simon Deli dilayangkan kad merah selepas dengan sengaja menggunakan tangan menepis percubaan Daniel James di dalam kotak penalti sendiri.
Dari sinilah satu pesta gol terjadi dan mempamerkan betapa kelakarnya bekas penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet yang dibolosi.
3 – Manchester United are three goals ahead at half-time at Old Trafford for the first time since December 2018 under José Mourinho (3-0 v Fulham in the Premier League). Dominant. #UEFAEuropaLeague pic.twitter.com/z143b3EcpW
— OptaJoe (@OptaJoe) February 27, 2020
VAR menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh satu sepakan yang aneh lagi unik daripada Bruno Fernandes.
Odion Ighalo membuka akaun jaringan bersama Manchester United dan memilih pentas Eropah sebagai tempat gol pertama dijaringkan.
Gerakan bermula daripada Bruno Fernandes yang mencari Juan Mata yang kemudiannya menghantar kepada Ighalo untuk ditolak masuk.
5 – Manchester United have won a European game by a five-goal margin for the first time since November 2013 (5-0 v Bayer Leverkusen in the Champions League group stages. Thumping. pic.twitter.com/fb28RxxPy2
— OptaJoe (@OptaJoe) February 27, 2020
Scott McTominay terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga sebelum tamat separuh masa pertama. Cantik rembatan terus McTominay.
Bersambung babak kedua Fred menambah lagi dua gol selepas mencipta bantuan gol untuk McTominay.
Jesse Lingard dan Tahith Chong telah membuat assist untuk kedua-dua gol Fred.
MAN UTD (4-2-3-1): Romero 5.5; Wan-Bissaka 6.5, Bailly 7, Maguire 7, Shaw 6; Fred 7, McTominay 7 (Greenwood 72, 6); Mata 7, Fernandes 8 (Lingard 65, 6), James 7 (Chong 46, 7); Ighalo 7.
Subs: De Gea, Lindelof, Williams, Lingard, Matic, Greenwood.
CLUB BRUGGE (3-5-2): Mignolet 6.5; Mata 6 (Mitrovic 62, 6), Mechele 6, Deli 3; Kossounou 4.5, Ricca 6.5, Rits 5.5 (De Ketelaere 79, 6), Vanaken 6.5, De Cuyperv6; Tau 6 (Diatta 62, 6), Okereke 6.5.
Subs: Horvath, Sobol, Krmencik, Schrijvers.
Europa League 2019/20: Club Brugge 1-1 Manchester United
Sebanyak 48 pasukan berentap di saingan Europa League untuk peringkat kumpulan, selepas enam perlawanan maka siapa yang layak sudah diketahui.
Pasukan yang muncul juara dan naib juara sebanyak 24 pasukan sudah diketahui dan lapan pasukan tempat ketiga terbaik Champions League akan meneruskan saingan di Europa League.
Maka 32 pasukan akan berentap untuk dipusingan kalah mati untuk terus hidup dan mencari kejuaraan.
Dengan kehadiran Manchester United di Europa League maka kejohanan kelas kedua Eropah seolah-olah menjadi kejohanan paling agung di Eropah.
10 – Manchester United are unbeaten in their last 10 Europa League knockout stage games (W6 D4), since a 0-2 loss at Liverpool in March 2016. Indeed, they won the competition the last time they were in it in 2016-17. Conquerors. pic.twitter.com/WXrgxnlJRp
— OptaJoe (@OptaJoe) February 20, 2020
Manchester United telah diundi bertemu kelab daripada Belgium, Club Brugge yang boleh dianggap sebagai pasukan pelengkap jadual sahaja.
Ini merupakan perlawanan pertama antara Club Brugge dan Manchester United di pusingan 32 terbaik.
Manchester United merehatkan beberapa pemain utama termasuklah Bruno Fernandes dan Fred dan ini memberi impak kepada prestasi di padang.
Perlawanan 10 minit pertama kelihatan seimbang dengan aksi huru-hara dan masih berbaloi dilihat kerana bermain pada jam 2.00 pagi.
Sepakan terus daripada penjaga gol Club Brugge, Simon Mignolet berjaya mencari Emmanuel Denis yang berlari seperti lipas kudung.
Club Brugge's Emmanuel Dennis has scored three goals in European competition this season:
⚽ Real Madrid
⚽ Real Madrid
⚽ Manchester UnitedA man for the big occasion. 😎 pic.twitter.com/dh1F381BRg
— Squawka Football (@Squawka) February 20, 2020
Brandon William cuba mencabar dengan kejaran yang tidak seberapa, Sergio Romero juga tidak mahu kalah apabila keluar untuk menghalang.
Harry Maguire? Dengar cerita sebatu kena tinggal.
Emmanuel Denis dengan jahat dan bijaknya melambungkan bola melihat Romero keluar dan melemaskan sesiapa saja yang terkena.
Bola jatuh ke tanah dan meleleh sambil mengekek gelak pergi menuju ke gawang yang tebuka tanpa pengawal.
Ketika melihat bola meleleh menuju ke gawang para penyokong Setan Merah sudah pasti berdoa supaya bola tidak masuk. Tolong la jangan masuk!
1 – Simon Mignolet is the first goalkeeper to provide an assist in the Europa League since Guilherme for Lokomotiv Moscow against Sporting Lisbon in September 2015. Launch. pic.twitter.com/lM0cNfpTmh
— OptaJoe (@OptaJoe) February 20, 2020
Pada minit ke-15 Club Brugge sudah di depan dan Simon Mignolet bekas penjaga gol Liverpool melakukan bantuan gol.
Selepas jaringan tersebut pertahanan Manchester United terus barai dan barai dan barai, terbelah sana-sini.
Kiri, kanan bahagian pertahan Setan Merah bocor, mujur pemain Club Brugge tidak mempunyai sentuhan penyudah yang mantap.
Anthony Martial's top-scoring seasons for Manchester United:
2015-16: 17 goals
2019-20: 14 goalsCommon theme? The No.9 shirt. 😉 pic.twitter.com/8F9Hf97VHD
— Squawka Football (@Squawka) February 20, 2020
Dalam kebaraian itu Manchester United berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 hasil bola lencongan rendah Anthony Martial.
Kesilapan bahagian pertahanan Club Brugge segera dihukum Anthony Martial untuk gol penyamaan.
Separuh masa kedua berlangsung agak hambar dan tiada apa yang menarik dengan kegopohan dan permainan caca marba daripada kedua-dua pasukan.
Bruno Fernandes had more shots than any other Man Utd player against Club Brugge (4).*
He came on in the 81st minute.
*All four were blocked. 😬 pic.twitter.com/xRpYjOkdeC
— Squawka Football (@Squawka) February 20, 2020
Ole telah memasukkan Odion Ighalo, Fred dan Bruno Fernandes namun tiada apa yang dapat merubah perlawanan kecuali bekalan gol tempat lawan.
Kemasukkan Fernandes pada minit ke-81 hanya berjaya merekodkan pertambahan percubaan dengan 4 percubaan dan kesemuanya berjaya dihadang.
Selepas kemenangan ke atas Chelsea beberapa hari lalu tiada yang positif ditampilkan Manchester United kecuali gol Martial.
CLUB BRUGES (3-5-2): Mignolet 6.5; C Mata 6, Mechele 6, Deli 6.5; Kossounou 6, Rits 7, Vanaken 6, Balanta 5.5 (Vormer 47), De Cuyper 6 (Schrijvers 73, 6); Dennis 8, Tau 6 (De Ketelaere 63, 6).
Subs: Horvath, Okereke, Mitrovic, Ricca.
MAN UTD (3-4-3): Romero 5; Maguire 6.5, Lindelof 6, Shaw 6.5; Dalot 6 (Fernandes 81), Pereira 4.5 (Fred 70, 6), Matic 6, Williams 5; Mata 6.5, Martial 6.5 (Ighalo 68), Lingard 5.
Subs: De Gea, Bailly, Fred, James, Wan-Bissaka.