Europa League Quarter Final 2019/20: Manchester United 1-0 FC Copenhagen

Di atas kertas lawan Manchester United di suku akhir, FC Copenhagen boleh menjadi makanan dan santapan namun di atas padang menceritakan segala-galanya.

Perlawanan ini tidak menjadi mudah ditangan Ole Gunnar Solskjaer dan beberapa gol Setan Merah telah dibatalkan kerana offside dan begitu juga sepakan penalti.

Tiada perlawanan ulangan dan tiada format timbal balik dalam musim yang penuh istimewa ini lantaran jadual kejohanan yang beberapa bulan telah tergendala.

Ole Gunnar Solskjaer mahukan kemenangan dan menurunkan barisan terkuat dan seperti biasa sejak beberapa musim lalu posisi penjaga gol menjadi milik Sergio Romero.

Kali terakhir ManchesteR United mara ke suku akhir Europa League pada tahun 2017 di mana Setan Merah telah muncul juara.

Manakala ini merupakan kali pertama dalam sejarah FC Copenhagen mereka mara ke suku akhir kejohanan utama Eropah.

Seperti biasa perlawanan Europa League membabitkan Setan Merah sudah pasti akan berlangsung dengan penuh kebosanan dan hambar, tidak terkecuali perlawnan ini.

Manchester United bermain dengan penuh kesenduan dan huru-hara menyaksikan tiada gol terhasil selepas 90 minit perlawanan. Penentuan pemenang perlawanan ini di bawa ke masa tambahan.

Karl-Johan Johnsson nyata menjadi duri dalam daging Setan Merah apabila terlalu cemerlang digawang dan telah melakukan 13 penjimatan(save).

Penjimatan terbanyak yang dilakukan oleh penjaga dalam satu perlawanan Champions League atau Europa League sejak musim 2016/17.

Mason Greenwood telah menjaringkan gol pada separuh masa pertama tetapi telah dibatalkan oleh VAR kerana offside.

Pengadil perlawanan telah mengeluarkan isyarat sepakan penalti pada mulanya buat Setan Merah tetapi sekali lagi dibatalkan kerana offside.

Jaringan Marcus Rashford berjaya menjaringkan gol juga dibatalkan kerana jelas sekali sudah offside.

FC Copenhagen juga bukanlah lawan yang lemah dan mampu mencetuskan bahaya di depan gawang Setan Merah tetapi Sergio Romero terlalu mantul.

Sergio Romero terus melebarkan rekodnya yang cantik di Europa League dengan mencatatkan dua sahaja bola musim ini dengan 8 clean sheet dalam 9 perlawanan.

Dalam 21 perlawanan sejak musim 2016/17, Romera hanya melepaskan 6 gol dan merekodkan 18 clean sheet.

Akhirnya di masa tambahan, VAR memihak kepada Manchester United apabila Anthony Martial telah dijatuhkan dan sepakan penalti hadir seperti kebanyakkan perlawanan.

Bruno Fernandes tiada masalah menyempurnakan sepakan penalti yang ke-21 yang berjaya diraih Manchester United musim ini dalam semua kejohanan.

Sejak musim 107/18, Bruno Fernandes telah mengambil 21 tendangan penalti di kejoahanan liga dan juga Eropah. Paling padu kesemuanya masuk

Man United XI: Sergio Romero, Aaron Wan-Bissaka, Harry Maguire, Ericv Bailly, Brandon Williams, Fred, Paul Pogba, Bruno Fernandes, Anthony Martial, Mason Greenwood, Marcus Rashford.

Subs: David De Gea, Fosu-Mensah, Viktor Lindelof, Mengi, Andreas, James, Jesse Lingard, Juan Mata, Namenja Matic, Scott McTonimay, Chong, Odion Ighalo.

Copenhagen XI: Johnsson, Varela, Nelsson, Bjelland, Boilesen, Zeca, Stage, Biel, Wind, Falk, Daramy.

BACA:  Ronaldo Sempat Melawat Ferguson Selepas Juventus Tumpaskan Manchester United