Fabinho Dijangka Ganti Tempat Virgil Van Dijk Yang Digantung Perlawanan

Masalah kecederaan yang membelenggu kem Liverpool menjelang pertemuan penting Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich awal pagi nanti mungkin memaksa Jurgen Klopp meletakkan Fabinho bermain sebagai bek tengah.

Bahagian pertahanan merupakan masalah terbesar buat Liverpool ketika ini dimana mereka hanya mempunyai Joel Matip sebagai satu-satunya bek tengah yang boleh diturunkan dalam kesebelasan utama awal pagi nanti.

No Van Dijk, No problem. We got Super Fabinho ! YNWA

Pemain antarabangsa Belanda, Virgil van Dijk yang menjadi nadi utama buat The Reds musim ini hanya mampu melihat rakan-rakanya dari tepi padang kerana menjalani penggantungan perlawanan.

Pemain muda, Joe Gomez masih lagi menerima rawatan akibat kecederaan kaki dan tidak akan dapat beraksi dalam waktu terdekat ini. Manakalah pemain pertahanan terbaik dunia, Dejan Lovren masih lagi belum menjalani latihan kerana mengalami satu lagi masalah hamstring.

Ramalan lineup Liverpool vs Bayern Munchen

Kecederaan Lovren masih lagi dalam perhatian pasukan perubatan Liverpool tetapi beliau dijangka tidak akan dapat diturunkan.

Ini bermakna satu-satunya pilihan buat Klopp ketika ini adalah dengan meletakkan Fabinho di posisi pertahanan tengah.

https://twitter.com/Oliver__Bond/status/1097397421523550208

Terdapat juga keraguan mengenai tahap kecergasan Roberto Firmino selepas pemain tersebut diserang virus dan ia menyebkan beliau tidak menjalani latihan pada hari Isnin.

Sekiranya Firmino tidak sempat sembuh, Klopp masih mempunyai pilihan untuk menurunkan Daniel Sturridge dan Divock Origi.  Selain itu Shaqiri juga boleh diturunkan beraksi sebagai penyerang.

Sedikit berita gembira buat peminat Liverpool apabila Klopp mengesahkan pemain tengah, Gini Wijnaldum sudah turun menjalani latihan dan kelihatan sangat cergas selepas sembuh dari demam.

Bakal juara Liga Perdana Inggeris 2018/2019 dan Liga Juara-Juara Eropah

Xherdan Shaqiri juga cergas dan telah menjalani latihan bersama skuad utama selepas tidak dapat diturunkan ketika menentang Bournemouth kerana mengalami kecederaan.

Dalam perkembangan lain pula, kapten pasukan Jordan Henderson dijangka kembali mengisi satu slot di bahagian tengah, terutamanya dengan Fabinho yang dijangka bermain sebagai pemain pertahanan.

Trent Alexander-Arnold juga sudah boleh beraksi dan dijangka diturunkan di posisi kegemarannya iaitu bek kanan manakala Naby Keita kemungkinan besar juga akan diturunkan untuk menentang pasukan yang pernah ditentangnya ketika mewakili RB Leipzig.

BACA:  Klopp Tidak Menyangka Liverpool Mampu Bermain Lebih Baik Tanpa Coutinho