Fabio Carvalho Berhenti Bermain Untuk Portugal dan Mungkin Akan Pilih England

Persatuan bola sepak Portugal telah mengumumkan bahawa pemain bintang Liverpool, Fabio Carvalho telah mengumumkan keputusannya untuk berhenti bermain bersama pasukan kebangsaan Portugal bawah 21 tahun.

Fabio Carvalho memaklumkan perkara tersebut kepada Persatuan bola sepak Portugal melalui pesanan teks atau SMS sahaja dan adakah England akan menjadi pilihan Carvalho?

Pada awal bulan ini, pemain berusia 20 tahun itu disenaraikan dalam skuad awal 55 pemain Portugal untuk Piala Dunia, tetapi tidak menyertai skuad akhir.

Dan kini dia telah membuat keputusan untuk menolak daripada bermain untuk pasukan U21 Portugal.

Dalam satu kenyataan di laman web persatuan bola sepak Portugal mengesahkan keputusan Carvalho untuk ‘berputus asa’ mewakili Portugal di peringkat remaja.

Kenyataan rasmi itu menyebut:

“Fábio Carvalho tidak muncul di Lagos”

“Fabio Carvalho memaklumkan Persekutuan Bola Sepak Portugis, melalui beberapa pesanan SMS, bahawa dia tidak berhasrat untuk terus mewakili Portugal di peringkat bawah 21 tahun.”

“Keputusan oleh pemain itu dimaklumkan selepas panggilan untuk perlawanan persiapan dengan Republik Czech dan Jepun diketahui.”

Fabio Carvalho pernah mewakili Portugal U21 sebelum ini, menerima empat caps dan menjaringkan dua gol. Tetapi dia juga mewakili England di peringkat U16, U17 dan U18.

Dia masih layak bermain untuk pasukan senior Gareth Southgate, kerana pemain muda yang bermain untuk negara di peringkat remaja tidak terikat sehingga mereka bermain di peringkat senior.

Carvalho dilahirkan di Portugal, sebelum berpindah ke England bersama keluarganya pada 2013. Dia ditandatangani oleh Fulham pada 2015.

Pada bulan Mac, Southgate berkata bahawa dia tidak boleh dipanggil oleh England U21 pada ketika itu kerana ‘masalah pasport’, khususnya berkaitan ujian pasport yang perlu dia lalui untuk mendapatkan pasport Inggeris.

Bos England itu berkata (petik melalui The Athletic):

“Dengan Fabio Carvalho, kami menyukainya. Kami ingin dia berada di bawah 21 tahun, tetapi dia tidak mempunyai pasport Inggeris.”

“Dia boleh bermain dalam kumpulan umur kami yang lebih muda tanpa pasport, tetapi dia perlu lulus ujian untuk mendapatkan pasport, jadi kami tidak dapat memilihnya untuk skuad 21 tahun. Kami ingin melakukannya. ”

Pemain muda Portugal ini mempamerkan aksi memberangsangkan bersama Liverpool musim ini dan telah membuat 11 penampilan di Premier League dengan dua gol dihasilkan.

Musim ini menyaksikan pemain sayap itu menikmati bola sepak tahap tertingg di Liga Perdana buat pertama kali dalam kariern, setelah hanya membuat empat penampilan untuk Fulham pada musim 2020/21.

Tetapi dalam musim berikutnya, di Liga Kejohanan, Carvalho menyerlahkan bakatnya. Dia membintangi pasukan Marco Silva, menjaringkan 10 gol dan memberikan lapan bantuan ketika The Cottagers naik ke Liga Perdana sebagai juara.

Liverpool cuba menandatanganinya pada hari terakhir pada jendela perpidahan januari tetapi kesuntukan masa.

Tetapi Liverpool terus mengekalkan minat merekadan Carvalho bersetuju menurunkan tandatangan untuk bersama pasukan Jurgen Klopp pada bulan Mei.

Di latihan pra musim dalam siri jelajah Liverpool ke Asia, Bekas pertahanan Liverpool, Jason McAteer percaya yang Fabio Carvalho memiliki corak permainan seperti Philippe Coutinho ketika kemuncak kariernya.

Carvalho mempunyai kelebihan untuk menjaringkan gol dengan beliau bijak dalam mencari ruang serta mempunyai kualiti penyudah yang menakjubkan.

Perpindahan bernilai £7.7 juta itu membuktikan yang dia diangkat bakal menjadi pembelian paling berbaloi pada jendela perpindahan musim panas.

Jurgen Klopp melihat Carvalho sebagai pemain berpotensi dan mahu pemain itu terus belajar dan berkembang dengan penuh sabar untuk menjadi pemain bintang.

BACA:  Fabio Carvalho Dianggap Jelmaan Semula Coutinho Ketika Kemuncak Kariernya