Fabio Carvalho Dianggap Jelmaan Semula Coutinho Ketika Kemuncak Kariernya

Bekas pertahanan Liverpool yang juga seorang pundit, Jason McAteer percaya yang Fabio Carvalho memiliki corak permainan seperti Philippe Coutinho ketika kemuncak kariernya.

Beliau mengeluarkan dakwaan tersebut selepas melihat aksi bintang muda itu ketika sesi jelajah Asia pada minggu ini.

Carvalho menyertai The Reds dari Fulham pada jendela perpindahan musim panas ini selepas kejayaan beliau menjuarai saingan Championship.

Beliau menjaringkan 11 gol dan turut mencatatkan lapan assists dari 40 penampilan untuk skuad dari London itu.

“Dia ada bakat yang dasyat, kita lihat itu ketika dia bersama Fulham, prospect yang mempunyai potensi besar.”

Jelas McAteer kepada LFCTV.

“Dia datang ke kelab baru dan dia cuba untuk mengujakan rakan sepasukannya.”

“Sama ada dia dapat kerap bermain atau tidak masih perlu dilihat, dia berada di posisi yang tidak menjadi rebutan, kita bercakap tentang pemain seperti, Curtis Jones, Harvey Elliott dan Ox semuanya bermain di situ.”

“Saya tak rasa dia sudah betul-betul bersedia, tapi di mata saya dia nampak betul-betul macam Coutinho, dia main macam tu kan?”

Sama seperti bintang Brazil itu, pemain muda itu merupakan seorang pemain attacking midfielder yang sangat tricky yang kerap bergerak dengan bola.

Carvalho juga mempunyai kelebihan untuk menjaringkan gol dengan beliau bijak dalam mencari ruang serta mempunyai kualiti penyudah yang menakjubkan.

Beliau mungkin tidak mempunyai kualiti rembatan jauh seperti Coutinho, tapi jika mempunyai ruang dalam kotak penalti, Carvalho sememangnya mempunyai kualiti yang sungguh menakjubkan.

Perpindahan bernilai £7.7 juta itu membuktikan yang beliau bakal menjadi pembelian paling berbaloi pada jendela perpindahan musim panas ini.

Jurgen Klopp bercakap tentang potensi yang ada pada pemain muda itu.

“Ia tak perlu diperkatakan apa-apa lagi, tapi agak berbaloi untuk mengingatkan kepada semua orang yang dia tentunya perlu lebih bersabar.”

“Ia step up, tapi satu hal yang kita tahu adalah dia lebih dari mampu untuk lakukan sesuatu, sebab itulah Liverpool sudah lama mengintai peluang untuk menandatangani dia.”

“Dia ada persekitaran yang sangat sempurna di sini untuk terus belajar dan berkembang.”

“Di bilik persalinan sini dia ada ramai guru yang dianggap terhebat dalam dunia bola sepak yang boleh bantu dia untuk segera sesuaikan diri.”

“Bersama kami, pemain berbakat seperti Fabio memang akan ada kelebihan untuk terus lebih belajar serta berkembang.”

“Saya melihat ke depan untuk bekerjasama dengan dia dan melihat dia menyarung jersi merah.”

Jelas sekali bintang muda itu mempunyai potensi besar untuk menjadi antara pemain terpenting Liverpool dan akan menjadi antara bintang besar dalam dunia bola sepak.

Aksi beliau ketika bertemu Manchester United jelas sekali membuktikan yang Fabio Carvalho bakal menjadi pemain yang akan sering memberi masalah kepada barisan pertahanan dalam saingan Premier League.

Para peminat sudah tidak sabar mahu melihat Fabio Carvalho beraksi bersama barisan kesebelasan utama Liverpool dan tentunya gandingan mereka bakal menjadi gandingan yang menakjubkan.

Tidak akan mengejutkan sama sekali andai beliau bakal terus mendapat tempat dalam skuad utama Liverpool pada musim pertama beliau di Anfield musim hadapan.

Carvalho kini merupakan antara pemain yang lebih mencuri tumpuan berbanding pemain termahal kelab, Darwin Nunez yang sepertinya masih gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya bersama skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Adakah beliau akan lebih bersinar dari pemain termahal dunia itu? Atau beliau akan sekadar menjadi seperti Minamino yang akan sekadar memanaskan bangku simpanan sahaja? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Fabio Carvalho Berhenti Bermain Untuk Portugal dan Mungkin Akan Pilih England