Wartawan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano menolak laporan dan perkhabaran Man Utd sebenarnya sudah melakukan bidaan bernilai €35 juta untuk Rasmus Højlund dan tawaran itu telah ditolak oleh Atalanta.
Nilai tersebut dianggap tidak masuk akal kerana Atalanta dikhabarkan mahukan tawaran sekitar €60- €70 juta untuk melepaskan pemain itu.
Seperti semua sedia maklum, kelab Manchester itu kini sedang memburu seorang pemain penyerang di jendela perpindahan musim panas ini.
Sehingga kini United hanya berjaya mengesahkan ketibaan pemain tengah kreatif, Mason Mount daripada Chelsea setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan tanda harga £55 juta + £5 juta di dalam bentuk bayaran bonus.
Manchester United haven’t bid €35m for Rasmus Højlund — it’d make no sense as Atalanta want €60/70m at least but Man United won’t overpay. 🔴 #MUFC
Højlund remains high on Man United list as talks took place.
Rasmus, super keen on the move — he’d love to join United. pic.twitter.com/0CR8Er3pHW
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 3, 2023
Selain itu United turut masih berada di dalam pasaran pemain untuk mencari seorang penjaga gol untuk menggantikan David de Gea yang kini menjadi ejen bebas setelah kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan perkara berkaitan kontrak.
Posisi penyerang bukannya masalah baharu di United kerana sudah tidak mempunyai seorang penyerang No.9 untuk beberapa musim sejak posisi itu diisi oleh Romelu Lukaku.
Penyerang Tottenham, Harry Kane dan penyerang Napoli, Viktor Osimhen adalah antara dua penyerang yang disasarkan oleh United sebelum ini.
Namun demikian tanda harga kedua-dua pemain yang melangkaui nilai £100 juta juga bermakna United tidak akan mampu untuk mendapatkan kedua-duanya.
Talks are ongoing between Manchester United and Atalanta over the signing of 20-year-old forward Rasmus Højlund 🇩🇰🔴 pic.twitter.com/5rMVNL7n1Q
— Sky Sports News (@SkySportsNews) July 3, 2023
Ini menyebabkan United berusaha mencari pemain lain sebagai alternatif dan antara pemain yang dilihat sesuai untuk dibawa masuk adalah bintang Atalanta dan pemain antarabangsa Denmark, Rasmus Højlund.
Højlund tiba dari Stum Graz pada musim panas lalu dengan nilai £15 juta. Sepanjang semusim di Serie A, penyerang berusia 20 tahun itu melakukan 32 penampilan dan menjaringkan 9 gol untuk Atalanta.
Menurut Romano lagi, walaupun berminat untuk mendapatkan pemain itu kelab tersebut kini enggan menawarkan nilai yang tidak munasabah untuk Hojlund.
Wartawan yang terkenal dengan berita terkini bola sepak antarabangsa itu juga mengesahkan perbincangan masih lagi diteruskan oleh United dan Atalanta sebelum bidaan sebenar dilakukan.
Højlund juga yakin perbincangan itu akan mencapai kata sepakat dan turut bersemangat untuk menyertai United.