Mourinho Kritik Persembahan Pemain Simpanan United Selepas Tumpas Di Tangan Brighton

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengkritik persembahan pemain simpanan United ketika mereka tewas 1-0 di tangan Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Mourinho berkata persembahan mereka dalam perlawanan tersebut menjadi punca utama mengapa mereka tidak dipilih bermain setiap minggu. Kritikan pedas dari Mourinho itu ditujukan kepada Anthony Martial dan Marcus Rashford yang mengetuai jentera serangan Red Devils, mengambil tempat Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez yang direhatkan.

Kemenangan yang menyaksikan Brighton akan terus bermain di Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

Di atas kertas, Manchester United dianggap pasukan pilihan untuk mencatatkan kemenangan ke atas Brighton tetapi lain pula yang berlaku dengan United dikejutkan Brighton melalui jaringan tunggal daripada Pascal Gross.

Rashford dan Martial gagal menyerlah dalam perlawanan yang sepatutnya dimenangi United dengan mudah. Pogba juga gagal bermain dengan baik tetapi kritikan Mourinho lebih tertumpu kepada jentera serangan yang tumpul walaupun beliau enggan menamakan pemain yang tidak bermain baik.

Sebelum ini, terdapat gerakan dari media England untuk menekan Mourinho supaya menurunkan Rashford dengan lebih kerap. Waktu permainan Rashford menurun dengan ketara selepas United membawa masuk Sanchez dari Arsenal pada jendela perpindahan pemain Januari lalu.

Musim ini menyaksikan Rashford hanya berada dalam kesebelasan utama sebanyak 17 kali sahaja dengan Mourinho lebih gemar menurunkan gandingan Sanchez-Lukaku di bahagian serangan United.

Rashford yang tamak

Ketika bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Mourinho jelas kecewa dengan persembahan segelintir pemainnya.

“Persembahan ini tidak cukup bagus kerana pemain yang dimasukkan untuk menggantikan pemain lain tidak bermain pada tahap yang baik. Jika mereka ini tidak bermain dengan baik, amat sukar untuk seluruh pasukan bermain dengan baik.”

“Jadi sekarang mungkin anda [pihak media] sudah faham mengapa saya menurunkan segelintir pemain bermain lebih kerap berbanding pemain lain. Saya harap anda tidak akan tanya lagi mengapa pemain A, B dan C tidak bermain dengan kerap.”

Apabila ditanya adakah beliau kecewa dengan persembahan pemainnya, ini jawapan Mourinho.

“Saya tidak akan kata saya kecewa dengan persembahan mereka kerana saya tahu kemampuan pemain saya. Tetapi saya fikir saya perlu menurunkan segelintir pemain yang kurang bermain dalam pasukan utama bagi membuktikan kepada pihak yang mengkritik pemilihan pemain yang dilakukan oleh saya sepanjang musim.”

Martial mempersiakan peluang untuk menambat hati Mourinho

“Mengapa Lukaku sering bermain? Mengapa Lukaku sering bermain? Mengapa Lukaku sering bermain? Sekarang anda sudah ada jawapan mengapa saya selalu turunkan Lukaku !”

“Dari segi individu, mungkin pasukan ini tidak cukup bagus dari apa yang difikirkan banyak pihak. Saya sering berkata jika kami berjaya meraih tempat ke-2, ia adalah pencapaian yang baik. Tetapi sekarang kami memerlukan 4 mata untuk mendapatkan tempat ke-2 dan kami perlu berusaha untuk mencapai sasaran tersebut.”

FT Brighton & Hove Albion 1-0 Manchester United

Manchester United yang telah mengesahkan tempat ke Champions League sengaja tewas kepada Brighton and Hove Albion.

Kekalahan ini membuatkan perebutan tempat kedua sengit dan hidup kembali.

Manchester United memerlukan 4 mata dari 2 perlawanan untuk mengesahakan tempat kedua.

Dari awal lagi jelas kelihatan Manchester United bermain untuk kalah.

Brighton memperoleh 40 mata dengan penuh bergaya menewaskan pasukan yang menanv semua perlawanan menentang pasukan top 6 dalam tempoh 2 bulan.

Mata ke-40 nombor ajaib yang dicari pasukan Premier League bagi terus kekal di liga.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Pascal Gross pada minit ke-57.

Brighton XI: Ryan; Bruno, Duffy, Dunk, Bong; Stephens, Propper; Knockaert, Gross, Izquierdo; Murray

Man United XI: De Gea; Darmian, Smalling, Rojo, Young; Matic, Fellaini, Pogba; Mata, Rashford, Martial

BACA:  Fabrizio Romano Dedah De Jong Berkeras Tak Mahu Ke Old Trafford