Fans Australia Salahkan Mathew Ryan Kerana Aksi Kelakarnya Argentina Menang Mudah

Peminat bola sepak Australia telah menyalahkan penjaga gol mereka, Mathew Ryan kerana aksi kelakar tidak masuk akalnya itu telah memberi kemenangan mudah kepada Argentina.

Lebih pedih lagi apabila gol hasil dari kesilapan dan blunder dari Mathew Ryan itu merupakan gol kemenangan Argentina dalam perlawanan ini dan pada ketika itu Australia sudah ketinggalan 1-0.

Julian Alvarez sememangnya tidak mempersia-siakan peluang terbuka dan mudah sebegitu dalam perlawanan penting pusingan kalah mati Piala Dunia.

Pada minti ke-56 selepas berjaya mematikan ancaman dari Argentina, Mathew Ryan cuba memulakan gerakan kembali dengan membaling bola kepada Aziz Behich.

Argentina pantas melakukan tekanan ke atas Aziz Behich melalui Rodrigo De Paul dan bola dihantar ke belakang semula mencari Kye Rowles.

Rodrigo De Paul sekali lagi pantas menekan Kye Rowles yang terus menghantar bola kepada Mathew Ryan, Rowles segera membuka ruang untuk menerima bola kembali.

Rodrigo De Paul hanya meneruskan larian untuk menekan Matthew Ryan pula, dengan tiba-tiba penjaga gol Australia itu seperti dirasuk Ronaldinho.

Disebalik beberapa pilihan terbaik seperti membuat clearance atau terus menghantar kembali bola ke kiri atau ke kanan, Ryan memilih untuk menahan bola lalu cuba menggelecek Rodrigo De Paul.

Sedar atau tidak Julian Alvarez pun sudah tiba, Ryan berjaya lepas Rodrigo yang terus menjauhkan diri dengan mengangkat tangan tanpa mahu melakukan sebarang sentuhan ke atas Ryan.

Ini kerana Rodrigo sedar Julian Alvarez sudah tiba dan terus merampas bola dari kaki Ryan, Alvarez terus melakukan pusingan separuh untuk menolak bola ke gawang terbuka.

Ternyata kesilapan Matthew Ryan itu telah memberi impak besar di mana Australia tersingkir dan Argentina bertemu Belanda di suku akhir.

Selepas itu Australia akhirnya berjaya memecahkan telur dan berjaya mengurangkan defisit walaupun pengulas menyatakan itu gol nasib selepas rembatan deras Craig Goodwin terkena Enzo Jeremias Fernandez dan biasan itu terus menerjah gawang.

Gol itu memberi semangat kepada Australia, Aziz Behich telah bertukar menjadi Lionel Messi dalam sejenak dengan satu gelecekkan solo memukau tetapi penyudahnya dinafikan dengan satu hadangan dari Lisandro Martinez.

Hadangan teramat penting dari Lisandro Martinez di mana percubaan itu jika masuk mungkin akan mengubah hala tuju perlawanan.

Australia terus melawan hingga ke wisel penamat dan hampir menyamakan kedudukan dengan rembatan deras Garang Kuol dan memaksa Emi Martinez meregangkan badan selebar mungkin.

Dan rembatang Garang Kuol yang garang itu terkena bahu. Pemain Argentina menzahirkan rasa lega dan terus Emi Martinez dipeluk kerana menafikan talian hayat Australia.

Disebalik aksi kelakar Mathew Ryan yang mengundang padah tidak dapat dinafikan lagi ini merupakan persembahan terbaik Australia sepanjang penyertaan mereka dalam Piala Dunia.

Australia berjaya menjaringkan gol dalam empat perlawanan mereka di Piala Dunia 2022 termasuklah ketika menentang Perancis dan mencatatkan clean sheet back to back di peringkat kumpulan ketika menumbangkan Denmark dan Tunisia.

Rakyat Australia juga bangga dengan setiap perlawanan mereka lalui di Piala Dunia ini dan salah menyalah selepas tewas adalah perkara biasa dalam bola sepak.

Yang terpaling keras mengutuk Mathew Ryan adalah rakan sepasukannya di Copenhagen FC, Kamil Grabara yang juga merupakan seorang penjaga gol.

Kedua-dua penjaga gol liga Denmark telah terlibat dalam pertelingkahan yang hangat sepanjang musim ketika mereka berjuang untuk menjadi penjaga gol utama kelab, dengan Kamil Grabara menghina Mathew Ryan beberapa kali.

Daripada menyokong rakan penjaganya, Grabara menggunakan Twitter untuk membidas Ryan kerana kecewa sentiasa menjadi penjaga gol nombor dua di Copenhagen FC.

‘Pastinya ada politik,’ Kamil menciap dengan emoji nakal, menyindir bahawa Ryan tidak dapat mengalahkannya sebagai penjaga gol utama jika berdasarkan kemahiran atau bakat.

Foxsports.com.au bertanya kepada Ryan tentang komen rakan sepasukannya selepas perlawanan Argentina.

Kapten Australia itu mengangkat bahu dan ketawa sebelum berkata:

“Saya tidak terkejut dengan anda sejujurnya tetapi, ya, pendapatnya tidak begitu membimbangkan saya.”

Kenyataan tidak cerdik Kamil Grabara ini sedikit sebanyak memesongkan perhatian peminat Australia yang menyalahkan Mathew Ryan datang untuk mengecamnya.

Baca Juga

Baca Juga