Piala Dunia 2022: Magis Messi Bawa Argentina Ke Suku Akhir, Hantar Australia Pulang

Perlawanan kedua pusingan 16 Piala Dunia terakhir telah pun tiba menemukan Argentina dan Australia dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ahmed Bin Ali.

Pemenang perlawanan ini akan bertemu Belanda yang sudah menanti di suku akhir apabila lebih awal turun untuk menundukkan USA 1-3.

Kemampuan Australia di Piala Dunia 2022 tidak boleh dipandang rendah, walaupun tidaklah mempamerkan permainan yang meyakinkan mereka bermain dengan penuh semangat.

Dan yang paling bahaya tentang Australia ini adalah kemampuan mereka untuk menjaringkan gol namun Argentina antara pasukan kegemaran untuk muncul juara.

Perjalanan Argentina ke Pusingan 16:

Argentina berada dalam kumpulan C bersama Arab Saudi, Mexico dan Polans. Argentina bangkit selepas tewas kepada Arab Saudi untuk menang dalam baki dua perlawanan dan menjadi juara kumpulan.

1. Argentina 1-2 Arab Saudi
2. Argentina 2-0 Mexico
3. Poland 0-2 Argentina

Perjalanan Australia ke Pusingan 16:

Australia telah diundi berada dalam kumpulan D yang turut dihuni oleh juara bertahan Perancis, Tunisia dan Denmark. Australia kental mencipta kejutan untuk menyingkir Denmark yang dilihat sebagai pilihan untuk mengiringi Perancis.

1. Perancis 4-1 Australia
2. Tunisia 0-1 Australia
3. Australia 1-0 Denmark

Argentina bermula baik dan terus mengatur gerak serangan untuk memberi tekanan kepada kubu Australia dan sepertinya mahu mencari gol seawal mungkin.

Australia masih tenang untuk menyerap tekanan daripada Argentina dan melancarkan serangan apabila berpeluang dan tidak hanya bertahan sahaja.

Walaupun nampak seperti saling menyerang tapi percubaan kurang terhasil di mana Australia tidak mencatatkan sebarang percubaan.

Lionel Messi akhirnya memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35 dengan satu lencongan yang leret.

Pada awalnya sepakan percuma cantik Messi telah ditepis keluar oleh penjaga gol Australi, Mathew Ryan dan bola berjaya di rampas semula.

Sentuhan kurang kemas Nicolas Otamendi terus disambar Lionel Messi yang terus menghasilkan gol. Assist diberikan kepada sentuhan terus Otamendi.

Gol kesembilan Messi di Piala Dunia dan ini merupakan gol pertama Messi untuk Argentina di pusingan kalah mati dalam penampilan ke-1000 kariernya.

Selain jaringan daripada Lionel Messi itu tiada aksi menarik yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini dengan Argentina melakukan dua percubaan dan Australia hanya satu.

Selepas 12 minit separuh masa kedua bersambung, Julian Alvarez menggandakan kedudukan sekaligus menghukum kesilapan penjaga gol Australia, Mathew Ryan.

Entah apa yang merasuka Matthew Ryan yang cukup melakukan gelecekkan selepas menerima hantaran ke belakang ketika dua pemain Argentina datang menekan.

Akibatnya Ryan telah kehilangan bola dan gol Alvarez terus menampakkan kebodohan Ryan yang cuba menyalahkan rakan sepasukan.

Australia akhirnya berjaya memecahkan telur dan pengulas menyatakan itu gol nasib selepas rembatan deras Craig Goodwin terkena Enzo Jeremias Fernandez dan biasan itu terus menerjah gawang.

Pemain Australia gol terus nasib, bila Messi dapat bola terus magic, magic, lawan Australia je kot.

Aziz Behich telah bertukar menjadi Lionel Messi dalam sejenak dengan satu gelecekkan solo memukau tetapi penyudahnya dinafikan dengan satu hadangan.

Lautaro Martinez yang masuk menggantikan Julian Alvarez gagal untuk membunuh perlawanan selepas melepaskan beberapa peluang ketika dalam situasi satu lawan satu.

Australia terus melawan hingga ke wisel penamat dan hampir menyamakan kedudukan dengan rembatan deras Garang Kuol dan memaksa Emi Martinez meregangkan badan selebar mungkin.

Dan rembatang Garang Kuol yang garang itu terkena bahu. Pemain Argentina menzahirkan rasa lega dan terus Emi Martinez dipeluk.

Lionel Messi kini telah memenangi lebih banyak anugerah FIFA Man of the Match rasmi (8) berbanding pemain lain dalam sejarah pertandingan.

Dengan kemenangan ini Argentina akan bertemu Belanda di suku akhir.

Kesebelasan Utama Argentina (4-3-3): E Martinez; Molina, Romero, Otamendi, Acuna; De Paul, Fernandez, Mac Allister; Alvarez, Messi, Gomez.

Pemain Simpanan: Armani, Foyth, Tagliafico, Montiel, Paredes, Pezzella, Di Maria, Rulli, Palacios, Correa, Almada, Rodriguez, Dybala, Lautaro Martinez, Lisandro Martinez.

Kesebelasan Utama Australia (4-3-3): Ryan; Degenek, Souttar, Rowles, Behich; Baccus, Mooy, Irvine; Leckie, Duke, McGree.

Pemain Simpanan: Atkinson, Karacic, Tilio, Wright, Maclaren, Hrustic, Mabil, Redmayne, Devlin, Vukovic, Deng, Kuol, King, Cummings.

BACA:  Erling Haaland Dinasihatkan Boikot Ballon d'Or Jika Messi Menang Lagi