Salt Bae Akhirnya Buka Mulut Mengenai Kontroversi Dirinya Di Piala Dunia

Chef terkenal dunia, Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce akhirnya membuka mulut mengenai kontroversi berkaitan dirinya di Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar pada Disember lalu.

Sebelum ini Salt Bae dikritik oleh ramai peminat bola sepak di seluruh dunia selepas dilihat ‘mengada-ngada’ meraikan kejuaran Piala Dunia bersama pemain Argentina.

Keberadaan Salt Bae di podium juga turut mengundang persoalan bagaimana chef terkenal dengan masakan steak dan tomahawk itu dengan mudah mendapat akses berada di podium.

Salt Bae kemudiannya turut dilihat memegang dan mencium trofi selepas Argentina menewaskan Perancis pada final di Qatar.

Selepas enam bulan kejohanan tamat, dan mungkin merasa masin kerana dikritik ramai, Salt Bae akhirnya tampil membuka mulut mengenai perkara tersebut.

“Ia adalah ekspresi kegembiraan dan rasa sayang saya untuk Argentina. Saya sangat sayangkan Argentina kerana pernah menetap di sana,” kata Salt Bae.

“Selama ini ramai pemain Argentina pernah berkunjung ke kediaman dan kedai saya.

“Saya tidak melihat diri sebagai orang asing di kalangan pemain. Ia adalah momen istimewa tetapi saya tidak akan mengulanginya lagi.

“Dua billion manusia menyaksikan kejohanan tersebut, tetapi ada 5 billion…. setiap pelusuk dunia mengenali saya, dan hanya mereka yang bercakap mengenai saya,” kata Chef dari Turki itu lagi.

“Bukannya saya turun ke padang untuk membuat iklan. Saya bukan jenis manusia yang gemar menarik perhatian. Saya juga bukannya memaksa sesiapa untuk mencuri.”

Jelas sekali Salt Bae tidak berpendapat tindakannya meraikan kejuaraan Piala Dunia Argentina itu tidak salah.

Menurut kenyataan badan bola sepak dunia, FIFA sebelum ini tindakan Salt Bae itu tidak sepatutnya berlaku. Hanya pemenang dan pemimpin dunia dibenarkan untuk menyentuh trofi.

Pada Mei lalu Salt Bae turut melakukan penampilan di venue perlawanan akhir Champions League membabitkan Man City dan Inter Milan.

Kehadiran tukang masak itu menyebabkan perhatian penyokong tertumpu kepadanya – untuk melihat sama ada dia akan sekali lagi turun ke padang untuk meraikan kejuaraan bersama pemain Man City dan Pep Guardiola.

Mujurlah ia tidak berlaku.

BACA:  Messi Ditahan Pihak Berkuasa China Kerana Isu Dokumen Perjalanan