Liga Malaysia Penyumbang Tertinggi Pemain Asing Beraksi Di Piala Asia

Liga Super Malaysia (MSL) menjadi pertandingan domestik tertinggi menyumbang pemain asing yang akan beraksi di Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar.

Kejohanan yang bermula dari 12 Januari sehingga 10 Februari itu menyaksikan penyertaan 24 pasukan buat kali pertama dalam sejarah pertandingan setelah edisi sebelumnya hanya menyaksikan penyertaan 16 pasukan.

Ini bermakna seramai 624 pemain kini berada di Qatar untuk kejohanan tersebut dengan setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftar maksimum 26 pemain.

Berdasarkan statistik yang dikongsi Paul Williams oleh pertandingan Piala Asia kali ini menampilkan pemain-pemain yang beraksi daripada 18 liga bola sepak utama dari merata benua.

Liga Malaysia menjadi penyumbang tertinggi kepada pemain asing yang berada di Qatar dengan 8 pemain.

Selain daripada 24 pemain yang menganggotai skuad Harimau Malaya (tidak termasuk Dion Cools yang beraksi di Thailand dan Junior Edstal di Indonesia), Liga Malaysia turut menyumbang lapan pemain lain yang beraksi sebagai pemain import.

Antara pemain import yang beraksi di Piala Asia edisi kali ini dan beraksi di Liga Malaysia adalah seperti Jordi Amat (JDT/Indonesia),, Saddil Ramdani (Sabah/Indonesia), Sonny Saad (Penang/Lebanon), Amirbek Juraboev (Kedah/Tajikistan), Jalil Elias (JDT/Syria), Fadi Awad (PDRM/Jordan), Noot Al-Rawabdeh (Selangor/Jordan) dan Moses Atede (Kedah/Bahrain).

Ini membuktikan Liga Malaysia mendapat perhatian pemain di rantau ini untuk memperagakan aksi mereka dan ini bermakna Liga Malaysia berpotensi menjadi salah satu daripada liga utama di Asia sekiranya diurus dengan betul.

Skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Korea Selatan Kim Pan-gon akan memulakan cabaran di Qatar menentang Jordan pada16 Januari sebelum Bahrain menanti di perlawanan kedua pada 20 Januari.

Selang lima hari kemudian Malaysia akan menentang Korea Selatan yang memiliki barisan pemain berkelana di Eropah seperti Son Heung-min (Tottenham Hotpsur) dan Kim Min-jae (Napoli).

BACA:  Indonesia Gagal Cipta Kejutan Ke Atas Jepun