Gaji Pemain Arsenal Akan Ditolak Jika Gagal Layak Ke Pertandingan Eropah

Pihak pengurusan tertinggi Arsenal sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mungkin akan memotong gaji para pemain.

Mereka akan memotong 12.5% daripada gaji asal pemain sekiranya Arsenal gagal untuk layak ke pertandingan Eropah musim hadapan.

Namun cadangan itu sekeras-kerasnya ditolak oleh para pemain Arsenal yang merasakan situasi itu akan memberikan impak yang besar kepada mereka.

Pasukan Arsenal dilaporkan sudah menyerahkan kertas cadangan itu kepada Hector Bellerin yang merupakan wakil pemain Arsenal di Kesatuan Pemain Profesional (PFA).

Menurut para pemain Arsenal, nilai yang mahu dipotong itu terlalu tinggi untuk mereka.

Malah terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa, sekiranya Arsenal sekadar beraksi di Europa League, gaji mereka akan dipotong 7.5%.

Tetapi sekiranya Arsenal tidak mendapat slot untuk beraksi di mana-mana kejuaraan Eropah, gaji mereka akan dipotong 12.5%.

Jadi bagaimana untuk mengelak dari gaji mereka dipotong? Satu-satunya cara yang ada, Arsenal perlu beraksi dalam saingan Liga Juara-juara untuk mengelak gaji mereka dipotong.

Pihak pengurusan mengeluarkan cadangan itu ekoran dari masalah ekonomi kelab yang terjejas kerana krisis wabak Covid-19.

Penularan virus Covid-19 menyebabkan liga bola sepak digantung dan kesan dari penggantungan liga sememangnya memberi impak kepada pengurusan pasukan.

Selain Arsenal sendiri, pasukan lain turut terkesan dengan impak dari penularan wabak Covid-19 ini dengan kehilangan pendapatan dari segi kutipan pada hari perlawanan.

Kertas cadangan itu akan diserahkan kepada PFA dan para pemain secara rasmi dalam minggu ini.

Menurut para pemain Arsenal, sebelum kertas cadangan itu sampai ke PFA, adalah lebih baik untuk mereka membincangkan segera perkara itu.

Para pemain Arsenal sebelum ini dilaporkan terpaksa menangguhkan dahulu pesetujuan untuk pemotongan gaji mereka sebanyak 30%.

Mereka masih mahu berunding dengan pihak pengurusan kelab terlebih dahulu sebelum mempersetujui sebarang cadangan.

Ini kerana mereka terpaksa berhadapan dengan pemotongan gaji yang banyak sekiranya gagal layak ke saingan Liga Juara-juara atau Europa League.

Untuk mendapat kesepakatan dan menemui jalan terbaik berkaitan isu ini, para pemain Arsenal mahu perkara ini dibincangkan secara lebih serius antara mereka dengan pihak pengurusan.

Menurut John Cross, para pemain Arsenal ketika ini lebih rela dan mahu gaji mereka dipotong 30% kerana sebahagian daripadanya akan disumbangkan ke badan kebajikkan dan membantu petugas perubatan/ NHS.

Namun buat masa ini, mereka sukar untuk bersetuju dengan keputusan itu ekoran dari keluarnya satu lagi klausa pemotongan gaji yang menanti mereka jika gagal layak ke pertandingan Eropah.

Selain daripada itu, bonus yang terdapat di dalam kontrak mereka seperti bonus persembahan dan lain-lain, sudah pastinya terjejas kerana ketika ini tiada aksi bola sepak yang berjalan.

Perbincangan secara tertutup antara pemain dan pengurusan kini sedang berlangsung dan keputusan dari pertemuan itu akan diumumkan selepas mendapat kesepakatan.

Dalam kontrak semasa para pemain Arsenal, sudah termasuk dengan banyak sekali klausa bonus. Oleh sebab itu kelab sangat risau Arsenal gagal layak ke UCL untuk kali keempat berturut-turut.

Kerana ia akan memberikan impak yang sangat besar kepada kelab dari segi kewangan.

Para pemain Arsenal risau dengan polisi seperti ini, pasukan berkemungkinan akan kehilangan beberapa nama besar mereka musim hadapan.

Terutama sekali Pierre Emerick Aubameyang yang sering dikaitkan dengan beberapa pasukan dan bakal meninggalkan Arsenal musim depan.

Arsenal kini berada dikedudukan ke sembilan dalam saingan liga dan mereka mungkin sukar untuk mendapatkan slot layak ke pertandingan Eropah.

BACA:  Empat Bintang Arsenal Menjadi Pemain Terbaru Melanggar Perintah Lockdown