Gareth Bale Mungkin Digantung 12 Perlawanan Gara-Gara Keraian Gol Yang Kontroversi

Penyerang Real Madrid, Gareth Bale berdepan hukuman penggantungan sebanyak 12 perlawanan gara-gara keraian gol yang kontroversi ketika perlawanan La Liga menentang Atletico Madrid minggu lalu.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Wanda Metropolitano, Real Madrid berjaya menewaskan musuh setempat 3-1 untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu, Barcelona.

Bale mengikut jejak langkah Safawi Rashid dengan melakukan provokasi terhadap peminat tuan rumah selepas menjaringkan gol.

Bale yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua berjaya meletakkan Real Madrid terus selesa di hadapan dengan gol ke-3 pada minit ke-74. Beliau merembat bola dengan kencang dari penjuru kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Atletico, Jan Oblak.

Ketika meraikan gol jaringannya, Bale menaikkan tangan kanannya ke atas dan melambai-lambai. Perbuatan Bale itu menarik perhatian ramai dan kes ini akan dibawa kepada Persatuan Bola Sepak Sepanyol bagi menentukan sama ada Bale patut dihukum atau pon tidak.

Satu kenyataan juga telah dikeluarkan untuk mengesahkan siasatan yang akan dijalankan terhadap keraian gol Bale. Kenyataan itu menyebut Bale menaikkan tangan kanan untuk melakukan provokasi terhadap penyokong tuan rumah yang mana ia dilihat sebagai satu bentuk penghinaan.

12 perlawanan terus. Memang tegas. Kalau kt Malaysia, boleh kawtim dengan MFL

Jika badan disiplin menentukan Bale bersalah menyebabkan keadaan menjadi ‘panas’ dalam kalangan penyokong Atletico Madrid, beliau mungkin akan digantung 4 hingga 12 perlawanan.

Walau bagaimanapun, Bale mungkin hanya akan menerima 1 atau 3 penggantungan perlawanan sekiranya keraian gol beliau sekadar provokasi terhadap penyokong tanpa menyebabkan keadaan bertukar menjadi ganas.

BACA:  Athletic Bilbao Umumkan 'Release Clause' Kepa Bernilai £71 Juta Berjaya Dipenuhi