Assist daripada GOAT Cristiano Ronaldo untuk gol kemenangan Alejandro Garnacho dalam perlawanan Real Sociedad vs Man United tidak cukup untuk Man United mencapai misi mereka mahu menang dengan kelebihan 2 gol untuk menjuarai kumpulan.
Ianya bagi mengelakkan kelab paling popular di dunia itu beraksi di pusingan play off berdepan dengan pasukan buangan dari UCL.
Manchester United menang 1-0 ke atas Real Sociedad hasil kerjasama Cristiano Ronaldo dan Alejandro Garnacho. Garnacho meraikan gol dengan gaya keraian baharu idolanya Cristiano Ronaldo.
Malangnya keputusan itu masih gagal menjadikan Man United juara kumpulan. Ini kerana Red Devils gagal menang dengan kelebihan 2 gol di Anoeta.
Justeru, Manchester United masih menamatkan saingan di tempat kedua dan terpaksa memasuki play-off terlebih dahulu untuk mara ke pusingan 16 terakhir Liga Europa.
Sementara itu, Real Sociedad layak secara automatik sebagai pemenang kumpulan berdasarkan perbezaan gol ke atas Man United.
Manchester United mesti menang sekurang-kurangnya 2-0 untuk menebus kekalahan 0-1 kepada Sociedad dalam pertemuan pertama. Ini kerana rekod head to head akan dijadikan tie breaker pertama jika dua pasukan terikat mata.
Kedua dua pasukan masing masing menang 1-0 ke atas sesama mereka. Maka rekod perbezaan jaringan menjadi pertimbangan kedua. Maka di sinilah Manchester United kalah.
Manchester United cuma ada +7 berbanding Sociedad yang ada +8.
Manchester United will go into the Europa League play-off round 😬 pic.twitter.com/7msS2iVG0T
— GOAL (@goal) November 3, 2022
Ronaldo sebelum ini sangat bencikan UEL. Dia kini berjaya untuk memastikan dirinya semakin hampir menamatkan kesengsaraan bermain dalam pertandingan kasta kelas rendah Eropah itu.
Misi 2 gol
Misi itu awalnya kelihatan mudah dicapai apabila anak buah Erik ten Hag mendahului 1-0 pada separuh masa.
Alejandro Garnacho menjaringkan gol pertama dengan sentuhan berbisanya. Ronaldo yang merupakan idola Garnacho, walaupun budak Argentina lain mengidolakan Messi.
Dan ianya adalah ibarat gol impian yang tidak dapat dibayangkan oleh pemain berusia 18 tahun itu. Apabila idolanya sendiri yang mencipta assist untuknya.
Garnacho meraikan gol dengan gaya tenang sambil meletakkan tangan di dadanya, keraian terbaru ciptaan Ronaldo yang menjadi kegilaan baharu masyarakat dunia.
Itu adalah gol pertama Garnacho sejak memasuki pasukan senior Manchester United yang dicipta pada aksi keduanya sebagai kesebelasan utama.
Garnacho, born July 2004, wasn't even born when Cristiano Ronaldo won his first trophy for Man Utd in May 2004.
18 years later, Garnacho's first goal for Utd was assisted by Ronaldo, and he celebrated it with Ronaldo's new celebration.
A stuff of dreams ❤️ pic.twitter.com/vA0IsmDdn7
— UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) November 3, 2022
Sepuluh minit kemudian, Garnacho mempunyai peluang lagi untuk menjaringkan gol kedua.
Bagaimanapun, kali ini sepakannya tersasar.
Pada minit ke-42, Cristiano Ronaldo mempunyai peluang cerah untuk menggandakan kelebihan apabila hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol.
Malangnya, rembatan lob pemain veteran itu melambung tinggi melepasi palang gol.
Sociedad hanya mempunyai peluang yang baik seminit sebelum rehat.
Percubaan berturut-turut Andoni Gorosabel dan Pablo Marin dinafikan dengan cemerlang oleh penyelamatan berganda David De Gea yang terus cemerlang selepas diketepikan pasukan kebangsaan Sepanyol dalam senari 55 pemain saringan ke Piala Dunia.
Penjaga gol Sepanyol itu menepis rembatan jarak jauh Gorosabel dengan tangan kanannya, kemudian menghalang percubaan melantun Marin berhampiran jaring.
Manchester United masuk ke separuh masa dengan kelebihan satu gol. Namun dari segi ciptaan peluang, Sociedad lebih baik.
Cuma kebanyakan penyudah akhir mereka adalah tersasar dan diselamatkan De Gea.
Separuh masa kedua, Real Sociedad tak main serius pulak
Pada separuh masa kedua, Ten Hag mengarahkan anak anak buahnya terus berusaha mencari gol kedua.
Malangnya mereka terus dihampakan penyudah akhir mereka.
Sociedad kemudian terhegeh hegeh cuba melengahkan perlawanan, kerana misi mereka mahu kalah 1 gol saja di tangan United untuk memastikan pasukan yang diwakili bintang bertaraf dunia, Harry Maguire itu terhumban ke play off.
— jose f. martínez (@nOvoldirnO) November 3, 2022
Dengan ketiadaan aksi tayar bas berpusing pusing oleh Antony, ternyata United sukar untuk mencari gol sepanjang hari….
Tamat perlawanan, Real Celup 0 Manchester Sebenar 1. Keputusan yang menyaksikan mereka terpaksa bermain di play off untuk ke pusingan 16 akhir.
Ini kerana, kedua dua pasukan mempunyai 15 mata, tetapi Manchester United cuma ada pervezaan jaringan +7 berbanding Sociedad yang ada +8.
Memang kalau bertanding hal perbezaan jaringan Man United akan kalah. Mereka baru sahaja keluar daripada perbezaan jaringan negatif baru baru ini di EPL. Cuba suruh lawan pertandingan berpusing pusing dengan bola? Baru Real Sociedad tahu langit tu tinggi ke rendah.
Justeru, Sociedad mempunyai hak untuk layak secara automatik ke pusingan 16 terakhir Liga Europa.
Sementara itu, Manchester United mesti melepasi halangan dalam play-off sebelum memasuki fasa yang sama.
Ia adalah kerja yang sukar kerana terdapat kelab-kelab terkemuka seperti Barcelona, Juventus, atau Sevilla dan Ajax menjadi barang reject dari Liga Juara-Juara Eropah,
Manchester United finished 2nd in the Europa League Group stage , that means they’ll play the Europa League play-off round
The possible teams are from the UCL
➖Barcelona
➖Juventus
➖Ajax
➖Bayer Leverkusen
➖Porto
➖Sporting CP
➖RB Salzburg
➖Sevilla
➖ Shakhtar Donetsk pic.twitter.com/0GIJ1GzBuj— ImmediateCR7 (@RonaldoVibezzz) November 3, 2022
Skor: Real Sociedad 0-1 Manchester United (Alejandro Garnacho 17′)
Senarai pemain
Sociedad (4-3-1-2): 1-Alex Remiro; 18-Andoni Gorosabel (Aritz Elustondo 58′), 24-Robin Le Normand, 20-Jon Pacheco, 15-Diego Rico; 23-Brais Mendez (Igor Zubeldia 82′), 3-Martin Zubimendi, 8-Mikel Merino; 42-Pablo Marin (Robert Navarro 59′); 19-Alexander Sorloth (Jon Magundazelaia 82′), 9-Carlos Fernandez (Ander Guevara 73′).
Jurulatih: Imanol Alguacil
Man United (4-2-3-1): 1-David De Gea; 20-Diogo Dalot, 2-Victor Lindelof (Scott McTominay 58′), 6-Lisandro Martinez, 23-Luke Shaw; 18-Casemiro, 14-Christian Eriksen (Fred 82′); 8-Bruno Fernandes, 34-Donny van de Beek (Marcus Rashford 58′), 49-Alejandro Garnacho (Harry Maguire 82′); 7-Cristiano Ronaldo.
Jurulaitih: Datuk Seri Erik ten Hag