5 Oktober 2021 menandakan genap setahun kejadian dua pasukan gergasi Premier League iaitu Manchester United dan Liverpool telah selamat dibelasah lawan masing-masing.
Kekalahan yang menimpa Manchester United dan Liverpool pada hari yang sama secara back-to-back yang bertarikah 5 Oktober 2020, moleklah kejadian ini dianggap sebagai Tragedi Oktober.
Manchester United telah dahulu mengejutkan dunia bola sepak apabila telah dibelasah Tottenham Hotspur 6-1 tanpa mampu mengangkat muka di Old Trafford pula itu.
Bukan sahaja dilanyak dipadang, Setan Merah selepas itu lunyai di troll di media sosial dengan kekalahan yang amat memalukan itu dan penyokong Liverpool gembira besar dengan keputusan ini.
Beberapa jam berselang dunia bola sepak sekali lagi menyaksikan Liverpool pula di belasah Aston Villa ditempat lawan dengan keputusan 7 gol berbalas 2 sahaja.
Penyokong Liverpool mula mencari alasan untuk menutup kemaluan sendiri selepas sedap membahan pasukan orang lain dan ada yang terus lenyap dari muka bumi tidak dapat menerima hakikat.
Pada musim 2020/21 Liverpool memegang reputasi besar selaku penyandang juara dan adalah sesuatu yang mengaibkan apabila pasukan yang dicanang sebagai terbaik dunia dibelasah sebegitu sahaja.
Marilah kita mengimbau kembali dua tragedi Oktober tersebut.
Manchester United 1-6 Tottenham Hotspur
Tottenham Hotspur terus garang walaupun dihimpit dengan masalah jadual perlawanan yang sangat padat apabila terpaksa mengarungi 4 perlawanan dalam tempoh 8 hari.
Dua tiga hari lalu, Spurs baru sahaja membelasah kelab Israel, Maccabi Haifa dalam pusingan kelayakan Europa League dan Spurs berjaya tembus ke peringkat kumpulan.
Entah apa yang telah dilakukan oleh Spurs yang semakin nampak yakin dan dengan keyakinan itu telah menghasilkan prestasi yang mengagumkan di padang bola sepak.
Mungkin Mourinho menghantar pemainnya ke kelas motivasi sifu-sifu yang bertebaran di muka buku.
5 – Jose Mourinho is the first manager to face a side he's formerly managed in the @PremierLeague away from home and score five goals since Ole Gunnar Solskjaer vs Cardiff in Dec 2018 (5-1). Medicine. pic.twitter.com/0eevr2xQ2i
— OptaJoe (@OptaJoe) October 4, 2020
Kejutan terbesar terjadi dalam perlawanan minggu ke-4 Premier League apabila Manchester United telah dibelasah teruk oleh Spurs di gelanggang keramat mereka, Old Trafford.
Bukan satu, bukan dua, bukan tiga, bukan empat, bukan lima tetapi 6 gol telah dijaringkan oleh Spurs dalam aksi kebangkitan penuh sensasi dan padu.
Manchester United memulakan perlawanan dengan terus pacak tegak kelangit apabila mendahului seawal minit kedua perlawanan melalui sepakan penalti Bruno Fernandes.
01:37 – Bruno Fernandes has scored the earliest penalty goal in a Premier League match (01:37) since Sergio Aguero against Newcastle in February 2015 (01:12). Blocks #MUNTOT pic.twitter.com/UoGSEjF956
— OptaJoe (@OptaJoe) October 4, 2020
Terlalu awal Setan Merah mendahului dan mendapat sokongan penalti, dalam 30 saat permainan penalti diberikan selepas Anthony Martial dijatuhakan namun gol itu tidak bertahan lama apabila Spurs pantas bangkit.
Pada minit ke-4 Tanguy Ndombele telah mengimbangi keputusan perlawanan dan pada minit ke-7 Spurs telah mendahului perlawanan memberi sentakan kepada permulaan baik Setan Merah.
Sangat menarik gol penyamaan Tanguy Ndombele ini kerana hadir tanpa ancaman merbahaya dan terhasil kerana tindakan Harry Maguire menarik Luke Shaw yang mehu mengeluarkan bola.
28 – Anthony Martial's red card against Tottenham within 28 minutes is the earliest any Manchester United player has been sent off in the Premier League at Old Trafford, with this their 16th such dismissal in the competition. Nightmare. pic.twitter.com/1uwIsrw6Zd
— OptaJoe (@OptaJoe) October 4, 2020
Tandukan ke belakang yang lemah dari Maguire tidak sampai kepada David De Gea dan terus dikejar pemain Spurs namun Luke Shaw berjaya melindungi bola dengan baik.
Ketika Luke Shaw mahu mengeluarkan bola entah kenapa Maguire telah menarik dan menjatuhkan Shaw, mudah buat Tanguy Ndomebele menjaringkan gol.
Hanya lima minit diperlukan Spurs untuk bangkit dan mendahului 2-1 hasil jaringan Son Heung-Min yang deras mebuat larian melihat hantaran cantik Harry Kane.
3 – Manchester United have conceded six goals in a single Premier League game for only the third time – with each coming in October (1996 v Southampton, 2011 v Man City, today v Spurs). Scary. #MUNTOT pic.twitter.com/w8bFgFpt5c
— OptaJoe (@OptaJoe) October 4, 2020
Malang bertimpa buat Setan Merah apabila Anthony Martial dilayangkan kad merah kerana membuat tamparan tanpa perasaan ke muka Erik Lamela selepas mudah diprovoke.
Padah menimpa apabila cuba memulakan dari bawah dengan hantaran pendek berjaya dihidu Kane dengan satu pintasan dengan serta merta penuh Spurs di gawang United.
Son Heung-Min menghantar bola kembali kepada Harry Kane untuk gol ketiga sebelum Son teruk menjarakkan kelebihan gol kepada 4-1 tamat separuh masa pertama.
9 – Harry Kane has been directly involved in nine goals in the Premier League this season (three goals and six assists); only Thierry Henry in 2004/05 has had a hand in more in the opening four games of a campaign (10). Flying. #MUNTOT pic.twitter.com/3tW6VX3Tmg
— OptaJoe (@OptaJoe) October 4, 2020
Serge Aurier telah menghantar bola kepada Son melalui celahan kaki Maguire sebelum penyudah Son pula melepasi kangkang De Gea. Penembusan ganda dua.
Enam minit perlawanan kembali bersambung, Serge Aurier mencetak nama selaku penjaring dengan satu rembatan yang mudah menewaskan De Gea buat kali kelima.
Kesilapan Paul Pogba melakukan satu terjahan dengan menggunakan badan mengundang penalti yang juga mudah disempurnakan oleh Harry Kane.
5 – Jose Mourinho's Tottenham side have equalled the biggest ever margin of victory (6-1) for a manager vs a former club in the @PremierLeague and the biggest since Brendan Rodgers' Liverpool beat Swansea 5-0 in February 2013. Destroyed. pic.twitter.com/v0DDy0sUT0
— OptaJoe (@OptaJoe) October 4, 2020
Segalanya mudah buat Spurs Yang bangkit dari ketinggalan satu gol dan membalas dengan enam gol.
Kebocoran teruk bahagian pertahanan Manchester United bukan benda baru dan berlakuk sejak musim lalu namun tidak dihukum sekeras ini.
Musim lalu walaupun terlalu mudah dibocori tetapi hanya 30 lebih sahaja bolos dicatatkan sepanjang musim di Premier League dan tiada tanda pemain pertahanan baru akan dibawa masuk.
Manchester United sibuk mendapatkan pemain dibahagian yang tidak kritikal dan pemain pertahanan baru masih bermain tarik tali.
Manchester United: De Gea; Wan-Bissaka, Bailly, Maguire, Shaw, Pogba, Matic, Greenwood, Fernandes, Rashford, Martial.
Subs: Lindelöf, Mata, Lingard, Fred, Henderson, Can de Beek, McTominay
Tottenham: Lloris; Aurier, Sanchez, Dier, Reguilon, Sissoko, Hojbjerg, Ndombele, Lamela, Kane, Son.
Subs: Doherty, Alderweireld, Winks, Hart, Alli, Lucas Moura, Davies.
Aston Villa 7-2 Liverpool
Pasukan paling power dan padu di muka bumi yang hanya pinjaman sementara, Liverpool telah diaibkan dan dimalukan dengan begitu saja dengan pasukan Aston Vilaa yang biasanya bergelut untuk kekal di liga.
Liverpool pasukan yang mempunyai deretan pemain terbaik dunia disegenap posisi termasuklah tukang bancuh air dan telah mengecap pelbagai gelaran sejak dua musim yang lalu. Benda dah lepas kira sejarah la kan?
Bagi peminat mereka yang cepat koyak dan tisu apabila dipersoalkan kehebatan pemain mereka maka berjela-jela senarai anugerah dan piala mereka menangi di persembahkan.
6 – For the first time in the two clubs' history, both Liverpool and Manchester United have conceded six goals in a match on the same day. Unbelievable. pic.twitter.com/42vsBHULeH
— OptaJoe (@OptaJoe) October 4, 2020
Aston Villa tiba-tiba menjadi pasukan yang bukan kaleng-kaleng apabila membenam Liverpool bersama peminat mereka dengan 7 kaki ke dalam. Maaf, 7 gol.
Peminat Liverpool bergembira dan mengejek sakan Manchester United selepas tewas 6-1 kepada Spurs pada perlawanan berlangsung lebih awal.
Ollie Watkins nyata menjadi apabila meletakkan Aston Villa dua gol dihadapan pada minit ke-22 melalui satu gol kelakar dan satu gol serius padu.
96% – Mo Salah has now scored against 25 of the 26 sides he has appeared against in the Premier League for Liverpool (96%) – the best ratio of any player in the competition for the club. Collection. #AVLLIV pic.twitter.com/5CRfeXg39v
— OptaJoe (@OptaJoe) October 4, 2020
Andrian cuba menghantar bola kepada Gomez tetapi tidak sampai dan Jack Grealish memintas dan menghantar kepada Ollie Watkins untuk gol pertama.
Mohamed Salah cuba memberi saingan dengan mengajar kedudukan pada minit ke-33 dan gol itu memberi harapan bahawa kebangkitan akan terjadi.
Dua minit kemudian John McGinn menjaringkan gol ketiga Aston Villa dengan satu rembatan kencang yang terbias kaki pemain pertahanan terbaik dunia membuatkan Adrian tewas lagi.
10 – Ollie Watkins is the 10th player to score a @premierleague hat-trick against Liverpool, and the first since Dimitar Berbatov in September 2010. Hero. #AVLLIV pic.twitter.com/5u1e3c8lve
— OptaJoe (@OptaJoe) October 4, 2020
Ollie Watkins mencipta hatrik pada minit ke-39 melalui satu sundulan untuk kedudukan separuh pertama memihak kepada Villa 4-1 dan pada ketika ramai sudah hilang.
Separuh masa kedua menyaksikan gol kelima terhasil melalui satu rembatan yang terbias dan bola cantik melencong ke penjuru gawang, tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan Adrian.
Setakat ini hanya 10 pemain sahaja yang berjaya menjaringkan hatrik ketika menentang Liverpool dan Ollie Watkins merupakan yang ke-10.
6 – Liverpool have conceded six goals in a Premier League game for only the second time, also shipping six in a 6-1 defeat to Stoke in May 2015. Bonkers. #AVLLIV pic.twitter.com/k2jRyGFEzj
— OptaJoe (@OptaJoe) October 4, 2020
Mohamed Salah menjaringkan gol kedua Liverpool ketika semangat kebangkitan hampir pudar dan penyokong Liverpool mula lenyap dari muka bumi.
Jack Grelish menjaringkan dua gol untuk melengkapkan kemenangan penuh kegilaan buat Aston Villa ke atas penyandang juara. Juara nasib ke ni?
Buat pertama kali dalam sejarah Premier League, penyandang juara dibelasah 7-1 yang begitu memalukan dan tidak bermaruah.
Aston Villa: Martínez, Cash, Konsa, Mings, Targett, McGinn, Douglas Luiz, Barkley, Trezeguet, Watkins, Grealish
Subs: Davis, Nakamba, Traoré, El Ghazi, Steer, Hourihane, Ahmed Elmohamady
Liverpool: Adrian, Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Robertson, Fabinho, Wijnaldum, Keita, Salah, Firmino, Jota
Subs: Kelleher, Milner, Henderson, Jones, Minamino, Origi, N. Williams.