‘Generasi Ke-III Dari Raja M.D. Kansil’ – Jordi Amat Terima Gelaran Pangeran

Bintang terbaru Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat telah dianugerahkan dengan gelaran Pangeran pada hari ini dari kerajaan negaranya, Indonesia.

Dewan Kerajaan Kesultanan Adat Nusantara telah menganugerahkan gelaran Pangeran kepada Jordi Amat dan turut mengesahkan yang bekas bintang Espanyol itu merupakan generasi ke-III dari Raja M.D. Kansil, Kerajaan Siau, Sulawesi Utara.

“Dengan ini menyampaikan dasar perhatian dan penghargaan terhadap Trah Keluarga Besar Raja & Sultan Nusatara Indonesia dalam hal ini perkumpulan Dewan Kerajaan Kesultanan Adat Nusantara menyambut dengan penghormatan kepada YM Pangeran Jordi Amat Maas, generasi ketiga dari Raja M.D Kansil, kerajaan Riau, Sulawesi Utara,”

Tulis satu kenyataan dari Dewan Kerajaan Kesultanan Adat Nusantara.

Jordi Amat turut berkongsi tentang hal tersebut di laman instagram miliknya dan hal itu sebenarnya turut mengejutkan ramai pihak.

Selepas menerima gelaran tersebut, beliau kini akan lebih dikenali sebagai YM Pangeran Jordi Amat.

Apa itu Pangeran?

Gelaran Pangeran sebenarnya diberikan kepada seseorang yang menjadi putera raja kepada mana-mana kesultanan yang lebih kecil daripada satu-satu kesultanan.

Perkataan Pangeran itu sendiri sebenarnya berasal dari bahasa Jawa Muno iaitu ngher yang juga membawa maksud ‘melindungi’.

Sementara Pangeran pula membawa maksud sebagai ‘Pelindung’ dan ia dikaitkan dengan tugas sesebuah Kesultanan untuk melindungi rakyat mereka.

Sebelum ini para netizen Indonesia pernah mendesak PSSI supaya menarik semula kerakyatan Jordi Amat kerana bengang melihat beliau menyertai JDT.

Walau bagaimanapun, selepas mengetahui keturunan sebenar Jordi Amat, sepertinya tidak ada penyokong yang akan mendesak agar kerakyatan beliau ditarik semula.

Siapa sebenarnya Jordi Amat?

Jordi Amat Maas nama penuhnya dilahirkan pada 21 Mac 1992 menyertai akademi dan sistem pembangunan pemain muda Espanyol pada umur 7 tahun pada tahun 1999 sehingga 2009.

Pemain pertahanan ini membuat kemunculan sebagai pemain senior bersama pasukan B di Segunda Division B pada tahun 2009 dan 2010.

Pada 24 Januari 2010 di usia 18 tahun, Jordi Amat telah bermain perlawanan La Liga pertamanya bersama skuad utama dan menamatkan musim pertama dengan 26 penampilan di La Liga dan Espanyol berada ditangga kelapan.

Kemudian Jordi Amat telah dipinjamkan ke Rayo Vellacona pada musim 2012/13 dan menjadi pilihan untuk kesebelasan utama sepanjang musim.

Pada Jun 2013 Jordi Amat menyertai Swansea dan melanjut kontrak selama setahun pada 2015 untuk terus kekal bersama Swansea sehingga 2018 dan pernah dipinjamkan ke Real Betis selama semusim.

Jordi Amat telah kembali ke Rayo Vellecano pada 2018 dan dipinjam ke K.A.S Eupen selama setahun sebelum diikat secara tetap pada penghujung musim.

Bersama Eupen dari 2019 kini sudah tiba penamatnya dan Jordi Amat mahu meneruskan kariernya bersama JDT.

Jordi Amat pernah mewakili pasukan kebangsaan Sepanyol bawah 16, 17, 18, 19, 20 dan 21 dan pernah membuat dua penampilan bersama skuad kebangsaan Catalonia.

Sepanjang kariernya di La Liga bersama Espanyol, Real Betis dan Rayo Vellecano, Jordi Amat pernah bermain menentang Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Sergio Aguero.

Ketika bersama Swansea di Premier League lawan Jordi Amat adalah pemain seperti Wayne Rooney, Harry Kane dan sekali lagi Sergio Aguiro.

Amat baru saja menyertai JDT selepas menerima tarat kerakyatan Indonesia. Beliau mengisi kouta pemain import ASEAN bagi Harimau Selatan.

Perkongsian Jordi Amat di story Instagram miliknya untuk memberitahu yang beliau kini sudah sah menerima gelaran Pangeran

Dengan usianya 30 tahun dan pengalamannya bermain menentang pemain bola sepak terbaik dunia, kehadiran Jordi Amat amat besar maknanya buat JDT.

BACA:  Kenali Pemain JDT, Jordi Amat Yang Pernah Bertarung Dengan Messi dan Ronaldo