Giggs: Gareth Bale Ada ‘DNA’ Manchester United

Legenda Manchester United, Ryan Giggs menggesa kelab lamanya membawa masuk Gareth Bale ke Old Trafford musim hadapan kerana Bale merupakan pemain yang amat sesuai dengan profile Manchester United.

Giggs kini dapat bekerjasama secara dekat dengan Bale selepas beliau dilantik menjadi pengurus Wales yang baru.

Giggs juga percaya Bale akan ‘mengujakan’ peminat Manchester United sekiranya Jose Mourinho berjaya mendapatkan khidmat pemain tersebut musim hadapan.

Bale digesa sertai Manchester United, kelab yang akan memberi lebih kasih sayang kepada beliau

Bale sering dikaitkan dengan kepulangan ke Liga Perdana Inggeris dengan Manchester United dilaporkan berminat untuk mendapatkan beliau.

Musim lalu menyaksikan Bale sering memanaskan bangku simpanan di samping bergelut dengan masalah kecederaan.

‘Saham’ Bale kembali meningkat selepas bekas pemain Tottenham Hotspurs itu mempamerkan prestasi yang menakjubkan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool hujung bulan lalu.

Beliau masuk sebagai pemain gantian dan berjaya mengubah keputusan perlawanan dengan dua jaringannya membantu Real Madrid menewaskan Liverpool 3-1.

Ketika bercakap selepas tamat perlawanan tersebut, Bale berkata beliau akan menilai pilihan yang ada sebelum membuat keputusan sama ada ingin kekal atau tidak di Santiago Bernabeu musim hadapan.

Bale ada DNA Manchester United

Seperti semua sedia maklum, Bale merupakan antara pemain menerima gaji paling mahal di Real Madrid dan hanya beberapa buah kelab sahaja di dunia ini yang mampu membayar gaji yang sama.

Sekiranya Bale mengambil keputusan untuk berpindah, Manchester United dilihat sebagai destinasi paling sesuai untuk beliau pilih kerana kemampuan kewangan yang dimiliki kelab tersebut. Giggs juga percaya perpindahan ke Manchester United akan menguntungkan banyak pihak.

“Saya akan berasa gembira jika Bale menyertai Manchester United. Saya percaya beliau merupakan pemain yang sesuai dengan Manchester United. Saya percaya peminat akan menyukai beliau.”

“Tetapi Bale kini berada di kelab yang telah memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut, jadi mengapa beliau berpindah ?”

Bale mempunyai masa yang panjang untuk memikirkan langkah beliau yang seterusnya. Dengan peletakan jawatan Zinedine Zidane, Bale perlu berbincang terlebih dahulu dengan pengurus baru Real Madrid, Julen Lopetegui bagi mengetahui status beliau dalam kesebelasan utama Los Blancos musim hadapan.

Tag rakan Liverpool anda

Perkembangan terbaru ini juga mungkin menyebabkan Bale mengubah pendiriannya untuk terus bersama Real Madrid sehingga kontrak beliau berkahir pada tahun 2022 nanti.

“Saya rasa sudah wujud spekulasi dalam 3 tahun terakhir ini mengenai perpindahan Bale. Beliau berada di kelab yang tepat tetapi sudah tentu beliau mahu bermain dengan lebih kerap.” Tambah Giggs lagi.

“Musim lalu beliau kecewa dan saya faham dengan situasi yang dihadapi pemain tersebut. Tetapi dengan ketibaan jurulatih baru di Real Madrid, Bale akan menunggu dan melihat keadaan terlebih dahulu sama ada beliau berada dalam perancangan jurulatih baru.”

BACA:  Pemain Sasaran Liverpool Ini Jaringkan Tujuh Gol Dalam Tempoh 34 Minit Untuk Fiorentina