Percubaan Manchester United untuk mendapatkan pengurus baharu hampir pasti akan disekat oleh keluarga Glazer.
The Times melalui laporannya pada minggu ini berkata masa depan Erik ten Hag di Old Trafford kini semakin menuju ke penghujung selepas permulaan terburuk sejak 61 tahun lalu.
Di dalam tempoh seminggu ini, United tewas kepada seteru setempat Manchester City dan kemudian tersingkir daripada pertandingan Piala Carabao yang dimenangi musim lalu kepada Newcastle.
Menurut sumber dalaman kepada The Times, dua calon utama yang berpotensi menggantikan Ten Hag adalah pengurus Sporting Ruben Amorim dan bekas pengendali Real Madrid Zinedine Zidane.
United bagaimanapun mengeluarkan satu kenyataan untuk menafikan perkhabaran tersebut.
🚨 Manchester United view Sporting's Rúben Amorim and Zinédine Zidane as potential replacements for Erik ten Hag.
(Source: @TimesSport) pic.twitter.com/v9uPuBZM3e
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 2, 2023
Situasi tersebut bagaimanapun dikatakan berlaku disebabkan situasi sulit pemilikan di Old Trafford, yang berpunca daripada penangguhan yang disebabkan oleh keluarga Glazer.
Setahun sejak keluarga Glazer mengumumkan akan menjual kelab itu, kini pengasas INEOS Sir Jum Ratcliffe berada di ambang untuk melengkapkan 25% pemilikan kelab.
Ratcliffe dilaporkan akan mengendalikan perihal bola sepak di Old Trafford termasuk mengenai posisi Ten Hag.
🚨🔴 Manchester United deny any idea or contact to replace Erik ten Hag with new head coach.
Club sources guarantee stories on new manager are ‘categorically false’. pic.twitter.com/gy0uOQkKC4
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 2, 2023
Perjanjian untuk Rarcliffe melengkapkan pemilikan United boleh dipersetujui seawal minggu hadapan, namun ia akan mengambil masa sehingga selepas tahun baharu untuk dilengkapkan.
Sehingga tempoh itu, Glazer enggan keputusan mengenai masa depan Ten Hag boleh dibuat oleh mana-mana pihak.
🚨 BREAKING: Sir Jim Ratcliffe will commit $300m (£245m) from his multibillion pound fortune to Manchester United ageing physical infrastructure as part of a deal – expected to be sealed this month – that will see INEOS buying a 25% stake in United! #MUFC [Sky] pic.twitter.com/NnPgKSXjJA
— mufcmpb (@mufcMPB) November 3, 2023
Tambahan pada masa ini masa depan CEO kelab, Richard Arnold juga kurang jelas. Arnold sebelum ini dilaporkan akan melepaskan jawatannya sebaik sahaja pemilikan oleh Ratcliffe dilengkapkan.
Buat masa ini United sememangnya melaungkan komitmen mereka untuk mengekalkan Ten Hag. Namun ia boleh berubah di bawah pemilikan Ratcliffe.
Buat masa ini Glazer yang jelas akan mengekalkan kepentingan mereka di dalam kelab enggan Arnold ataupun mana-mana pihak lain melakukan keputusan drastik mengenai kedudukan Ten Hag.