Terdapat laporan menyebut bahawa pemilik Manchester United, keluar Glazers telah meletakkan harga setinggi $6 bilion atau RM26.81 bilion untuk membolehkan kelab itu dijual kepada pemilik baru.
Penyokong di Old Trafford tidak berpuas hati dengan pemilikan itu sejak ketibaan keluarga Glazers pada 2005, di mana ramai yang mempersoalkan bagaimana pengambilalihan dibenarkan sejak awal lagi.
Beberapa pinjaman telah dilakukan untuk membeli Manchester United dan terlalu kurang pelaburan yang besar dilakukan Glazes dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Bukan sahaja tidak menyuntik pelaburan ke kelab dengan dana sendiri malahan keluarga Glazers tenang sahaja mengeluarkan dividen dari keuntungan kelab. Dia kan pemilik.
It would take around £6bn to buy #mufc #mulive [@jamesalanrobson]
— utdreport (@utdreport) August 17, 2022
Lapan tahun pertama tempoh perkhidmatan Glazers diliputi oleh kejayaan Sir Alex Ferguson di atas padang, tetapi sejak gelaran terakhir Liga Perdana Inggeris dan persaraan pada 2013, Manchester United telah mundur ke keadaan terburuk mereka sejak 1970-an.
Sejak persaraan Sir Alex Ferguson, Manchester United semakin ketandusan kejuaraan dan hampir hilang taringnya mereka serta boleh terkeluar dari senarai enam pasukan teratas.
Namun dari segi pendapatan dan nilai komersil, Manchester United masih lagi antara kelab terkaya dan bernilai tinggi dalam sejarah bola sepak.
Mereka hanya memfokuskan kepada keuntungan dan penajaan berbanding tujuan asal kewujudan kelab bola sepak untuk meraih keunggulan.
🚨 At least three consortiums are readying for formal bid for Manchester United and there is a belief that the Glazers would sell for around $6bn.
The biggest takeover in global sports history is a strong possibility within the 12-24 months.
(Source: @MiguelDelaney) pic.twitter.com/sDFS8ayo4z
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 17, 2022
Keuntungan yang diraih kelab sepatutnya dilaburkan kembali kepada pasukan untuk mengembalikan kegemilangan namun itu tidak terjadi.
Bantahan terhadap keluarga Glazer telah berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan berikutan permulaan yang suram bantahan semakin hangat.
Bekas ahli lembaga United, Michael Knighton baru-baru ini mendakwa dia sedang menyusun gerak kerja dan rancangan ‘pengambilalihan’ dengan sebuah konsortium.
Apabila cerita ini timbul maka semua orang bertanya soalan yang sama. Berapa banyak yang diperlukan untuk membeli Manchester United?
I’ve been told it would take around £6bn to buy United. Chelsea were £4.25bn with vastly smaller stadium & commercial appeal.
Can the MK Consortium seriously come up with that? #mufc https://t.co/WJ0HtIdkiX— James Robson (@jamesalanrobson) August 17, 2022
James Robson dari Goal telah dimaklumkan bahawa bayarannya mungkin melebihi $6 bilion yang akan menjadikan penjualan sebagai yang paling mahal dalam sejarah sebuah kelab.
Rekod pembelian paling mahal pada masa ini milik Chelsea, yang dijual oleh Roman Abramovich kepada ahli perniagaan Amerika, Todd Boehly dengan harga $5.2 bilion pada bulan Mei lalu.
Manchester United kini berada di tangga terbawah Liga Perdana selepas tewas dua perlawanan pembukaan musim ini kepada Brighton dan Brentford.
Michael Knighton merupakan seorang ahli perniagaan yang pernah cuba membeli Manchester United pada tahun 80-an tetapi tidak berlaku kini dia sekali lagi mencuba.
Michael Knighton pernah mendapat kemasyhuran selama lima minit di atas padang pada penghujung musim panas pada tahun 1989 kerana dia mahu membeli Manchester United dengan jumlah yang tidak seberapa iaitu £10 juta ($12 juta).
Michael Knighton reveals truth about Manchester United takeover bid with financial admission #mufchttps://t.co/ACtnpdif17
— Man United News (@ManUtdMEN) August 17, 2022
Kini Michael Knighton yang mempunyai kekayaan sebanyak £5.8 juta ($7 juta) dikatakan sedang berjuang membebaskan Setan Merah dari cengkaman keluarga Glazers.
Michael Knighton dilaporkan sedang berusaha keras mengambilalih Manchester United dengan kerjasama dari konsortium misteri yang digelar MK Konsortium.
Adakah benar Michael Knighton cuba untuk membuat pembelian atau hanya sekadar satu lagi gurau senda dan jenaka seperti mana dilakukan oleh lelaki terkaya dunia, Elon Musk.
Also, I’m buying Manchester United ur welcome
— Elon Musk (@elonmusk) August 17, 2022
Lelaki terkaya di muka bumi itu telah mengejutkan dunia bola sepak apabila mengumumkan akan membeli Manchester United melalui laman Twitter rasminya.
“Dan satu lagi, saya sedang membeli Manchester United, sama sama,” kata Musk dalam tweet.
Namun harapan mereka tidak lama apabila hancur berkecai, harapan untuk melihat Harry Maguire dihantar ke Marikh juga lebur kerana Elon Mask hanya bergurau dan main-main sahaja.
Musk mempunyai sejarah membuat tweet yang tidak sopan dan gemar menimbulkan spekulasi serta kontroversi di Twitter dan menimbulkan harapan palsu yang menyebabkan berdepan tindakan mahkamah.