Premier League 2021/22: Tottenham Hotspurs 0-3 Manchester United

Minggu yang panjang dan penuh drama buat pasukan Manchester United selepas dimalukan sebegitu teruk oleh musuh tradisi zaman berzaman dari segala aspek, Liverpool power this is our year.

Tekanan memuncak buat Ole Gunnars Solskjaer namun hieraki kelab cepat meredakan ketegangan dengan memberi peluang tiga perlawanan lagi kepada pengurus dari Norway.

Cerita ketidakharmoninya bilik persalinan Manchester United tular di media massa pendedahan demi pendedahan tiba-tiba muncul termasuklah berita palsu yang direka-reka.

Pemain Manchester United dengan pantas menutup cerita ini dengan berikrar terus memberikan sokongan penuh kepada Ole Gunnar Solskjaer dan kembali fokus kepada perlawanan menentang Tottenham Hotspur.

Ole Gunnar Solskjaer tampak ceria sebelum perlawanan apabila kelihatan berbual mesra bersama pembantunya Michael Carrick dan Ole juga sempat dirakam melemparkan satu senyuman yang sangat manis.

Dalam perlawanan ini Ole menggunakan formasi 3-5-2 dengan membariskan Harry Maguire, Raphael Varane dan Victor Lindelof dibelakang dan gandingan McFred terus dikekalkan.

Paling menarik apabila Ole menggunakan dua penyerang menggandingkan dua pemain veteran, Edison Cavani dan Cristiano Ronaldo.

Manchester United jelas bermain dengan penuh berhati-hati dan lebih berdisiplin berbanding beberapa perlawanan yang lalu dan membibitkan tanda-tanda positif untuk #OleStay.

Son Heung Min tampak berseorangan dalam perlawanan ini dan gagal menyudahkan beberapa peluang untuk meletakkan Spurs di hadapan. Harry Kane bermain namun seakan tidak wujud.

Cristian Romero membuka tirai jaringan Spurs pada minit ke-27 melalui satu tolakan jarak dekat yang berpunca dari sepakan penjuru tapi gol tersebut dibatalkan kerana offside.

Fred telah melakukan satu percubaan yang mengejutkan dunia bola sepak. Percubaan luar kotak penalti Fred meliar perginya namun menuju tepat ke sasaran.

Penjaga gol Spurs, Hugo Lloris telah melakukan satu tepisan mengeluarkan bola yang sungguh bahaya itu. Jelas kelihatan wajah pucat Lloris selepas menyelamatkan percubaan Fred.

Son Heung Min berjaya meloloskan diri dan terlepas dari perangkap offside melakukan larian deras dan hanya David De Gea sahaja untuk ditewaskan.

Namun Aaron Wan Bissaka telah melakukan satu aksi pertahanan bertaraf dunia apabila melakukan tackle penting menafikan percubaan Son Heung Min.

Akhirnya Manchester United kembali bersiu siu siu, apabila Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Hantaran bijaksana dari Bruno Fernandes berjaya menemui Cristiano Ronaldo yang menyudahkan dengan satu teknik bertaraf dunia, satu voli dari sudut sukar.Great ball, great finish.

Tiada keraian siu siu siu dari Ronaldo yang meraikan gol itu dengan satu gelungsuran ke rumput dengan penuh bergaya.

“Di mana Harry Kane? Adakah Harry Kane bermain? Saya tak lihat Harry Kane melakukan apa-apa untuk pasukan.” Ujar pengulas di studio.

Cristiano Ronaldo menggandakan kedudukan pada awal separuh masa kedua dengan rembatan yang bapak padu, ketika Ronaldo seronok berlari meraikan gol barulah Ronaldo sedar penjaga garisan sudah mengangkat bendera.

Mujur tak sempat bersiu siu. Pengadil merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) untuk pengesahan akhir dan keputusan kekal, gol batal.

Separuh masa kedua menyaksikan Tottenham Hotspur memperkemaskan permainan dengan mula melancarkan serangan dan menekan Manchester United sehabis daya, mungkin mahu memaksa Harry Maguire melakukan kesilapan.

Machester United menggandakan kedudukan melalui gandingan dua pemain veteran, Edison Cavani dan Cristiano Ronaldo diadun dengan tenaga muda Bruno Fernandes.

Hantaran lolos meleleh Cristiano Ronaldo berjaya sampai kepada Edison Cavani yang hanya berdepan dengan Hugo Lloris dan tiada masalah untuk Cavani membuat sentuhan penyudah.

Kesilapan Edison Cavani yang kehilangan bola hampir dihukum namun mujur bola sampai kepada Harry Kane yang sudah kehilangan jiwa dengan sambil lewanya mensia-siakan peluang.

Minit ke-76 Ole menggunakan lapan pemain bermentaliti bertahan dengan memasukkan Nemanja Matic dan mengeluarkan Bruno Fernades dan sebelum itu menggantikan Ronaldo dengan Marcus Rashford.

Kemudian Cavani pula digantikan dengan Jesse Lingard. Marcus Rashford menjaringkan gol ketiga dan mengesahkan Ole kekal lagi untuk perlawanan menentang Atalanta.

Hantaran Nemanja Matic merobek pertahanan Spurs yang mewujudkan situasi satu lawan satu dengan Hugo Lloris dan tiada masalah untuk Rashford melencongkan leret bola ke kanan gawang.

Kemenangan yang penting untuk menyelamatkan Ole yang dapat menggunakan talian hayat yang kedua untuk terus membimbing Manchester United bertemu Atalanta di Champions League.

Kesebelasan Utama Tottenham Hotspur: Lloris, Emerson, Romero, Dier, Davies, Hojbjerg, Skipp, Lucas Moura, Lo Celso, Son, Kane.

Pemain Simpanan: Doherty, Reguilon, Sanchez, Rodon, Alli, Gollini, Bergwijn, Tanganga, Ndombele.

Kesebelasan Utama Manchester United: de Gea, Lindelof, Varane, Maguire, Wan Bissaka, McTominay, Fred, Shaw, Bruno Fernandes, Cavani, Ronaldo.

Pemain Simpanan: Bailly, Rashford, Greenwood, Lingard, Dalot, Sancho, Henderson, Matic, van de Beek.

Pengadil Perlawanan: Stuart Attwell (Warwickshire).

BACA:  Ralf Rangnick Bengang Para Pemain United Terlalu Lemah Dan Lembik