Gol minit akhir jaringan Danny Welbeck seolah-olah menyukarkan lagi Chelsea untuk terus bersaing dalam merebut gelaran liga musim ini.
Brighton berjaya memperoleh gol penyamaan pada masa kecederaan permainan, dalam perlawanan yang cukup dramatik bertemu Chelsea awal pagi tadi.
Keputusan seri di Stamford Bridge ini sudah cukup untuk membawa skuad kendalian Graham Potter itu untuk mendaki ke kedudukan ke-10 dalam carta saingan liga.
FULL TIME
Chelsea 1-1 Brighton
The Blues have dropped points again after Danny Welbeck's last-gasp header.
Is the Premier League title race now over? https://t.co/lLlLecOzZZ pic.twitter.com/zh5WhT8qbX
โ MailOnline Sport (@MailSport) December 29, 2021
Welbeck dibawa masuk pada minit ke-80 permainan, untuk menggantikan Alexis Mac Allister.
Keputusan Graham Potter memasukkan Danny Welbeck ternyata membuahkan hasil selepas bekas bintang Manchester United itu cemerlang meledak gol penyamaan untuk mengikat Chelsea 1-1.
Welbeck berjaya menyempurnakan bola hantaran cantik dari Marc Cucurella untuk Brighton setidak-tidaknya membawa pulang satu mata dari Stamford Bridge.
Keputusan seri ini juga menyebabkan skuad Chelsea di bawah kendalian Thomas Tuchel, kini lapan mata dipisahkan dari Manchester City yang sedang selesa memimpin carta liga.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu mencatatkan kemenangan tipis 1-0 menewaskan Brentford awal pagi tadi, dan misi mereka untuk terus mengutip tiga mata penuh tercapai.
A late, late header from Danny Welbeck shares the spoils at Stamford Bridge ๐#CHEBHA pic.twitter.com/PdPsHG3JRr
โ Premier League (@premierleague) December 29, 2021
Agak sayang untuk Chelsea kerana hanya mampu mencatatkan keputusan seri sahaja dalam perlawanan di halaman mereka sendiri itu.
Gol kontroversi jaringan Romelu Lukaku pada minit ke-28 permainan sepertinya bakal membantu Chelsea untuk pulang dengan mengutip tiga mata penuh.
Mengapa gol itu dianggap gol kontroversi? Ia kerana ramai yang percaya jaringan Lukaku itu sepatutnya dibatalkan oleh pengadil perlawanan.
Kebanyakan peminat mendakwa yang Lukaku telah menggunakan siku beliau ke atas Neal Maupay sebelum beliau meledak gol tersebut.
Brighton dilihat sukar untuk beri cabaran dan mereka sepertinya bakal memberikan Chelsea ruang untuk mengutip tiga mata penuh dari perlawanan ini.
Night out at The Bridge ๐ซ pic.twitter.com/0cl24WjnTs
โ Danny Welbeck (@DannyWelbeck) December 29, 2021
Namun Welbeck berjaya memastikan hal itu tidak akan berlaku, dengan beliau cemerlang meledak gol penyamaan untuk memastikan kedua-dua pasukan pulang dengan mengutip satu mata sahaja.
Dari kedudukan ke-11 sebelum ini, The Seagulls berjaya melonjak ke kedudukan ke-10 dalam carta saingan liga, selepas kemarin mereka berjaya merekodkan kemenangan pertama dari 12 perlawanan terakhir liga bertemu Brentford.
Keputusan ini juga turut mengubah situasi di puncak saingan liga dengan Manchester City pada ketika ini semakin selesa mendahului pasukan-pasukan lain.
Di tambah pula dengan Liverpool yang baru sahaja mencatatkan kekalahan 1-0 bertemu Leeds United awal pagi semalam, maka makin selesa lah Man City di puncak saingan Premier League.
Ini membuktikan yang Manchester City sememangnya sedang berada di landasan terbaik untuk muncul sebagai Juara saingan Premier League pada musim ini.
For the first time in the club's history, Brighton have scored a goal against Chelsea at Stamford Bridge.
Danny Welbeck ends the drought in injury time! ๐ฎ#BHAFC pic.twitter.com/885Jueq1MS
โ William Hill (@WilliamHill) December 29, 2021
Ketika pasukan lain sibuk dengan keciciran mata bertemu pasukan yang sepatutnya boleh memberi mereka tiga mata, City tenang catat kemenangan demi kemenangan untuk terus memimpin liga.
Chelsea dan Liverpool selepas ini bakal bertemu sesama sendiri, dan sudah tentu Manchester City yang bakal dapat keuntungan dari keputusan dalam perlawanan tersebut.
Seandainya ada pemenang dalam perlawanan tersebut, maka sudah tentu akan ada pasukan yang bakal semakin jauh ditinggalkan.
Lebih menarik lagi, seandainya perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri, maka Manchester City akan lebih selesa di depan selepas kedua-dua pencabar terdekat mereka keciciran mata.
Seandainya Manchester City konsisten, dan kedua-dua Liverpool dan Chelsea kerap melakukan kesilapan dengan kehilangan mata ketika bertemu pasukan bawahan, maka mereka mungkin akan dinobatkan sebagai Juara lebih awal dari yang dijangkakan.
Sumber: SPORTbible