Semalam pasukan dari England, Manchester United telah menewaskan wakil Portugal, Benfica 2-0 di laman sendiri. Dalam perlawanan tersebut, United dianugerahkan dua tendangan penalti.
Penalti yang pertama gagal disudahkan oleh Martial apabila penjaga gol muda Benfica, Mile Svilar telah menyelamatkan tendangan lemah pemain antarabangsa Perancis tersebut.
Kejayaan Svilar tersebut telah menjadikannya penjaga gol paling muda yang pernah menyelamatkan tendangan penalti.
? Benfica starlet Mile Svilar denies Anthony Martial & becomes the youngest goalkeeper to save a penalty in the #UCL! pic.twitter.com/plXfWLhFn8
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 31, 2017
Walaubagaimanapun Svilar gagal menyelamatkan penalti kedua apabila Daley Blind dengan memejam mata menolak bola ke tengah-tengah gol tatkala Svilar terbang melayang ke tepi.
Walaubagaimanapun, kejayaan United mendapat dua penalti dalam satu perlawanan tidak menjadi bualan ramai memandangkan pasukan tersebut memang selalu dianugerahkan penalti dan apa yang menarik perhatian warga atas talian ialah gol pertama United.
Pemain tengah yang dibeli dari Chelsea, Nemanja Matic telah merembat bola leret tepat ke bahagian dalam tiang gol yang dijaga Svilar dan nasibnya agak malang. Ketika dia melayangkan badan, bola yang tertampan dari tiang terkena bahagian belakang badannya lalu bergolek masuk ke gawang.
Gol itu menyebabkan Svilar sekali lagi memecahkan rekod apabila muncul penjaga gol paling muda yang menjaringkan gol sendiri!
Meskipun berjaya menjaringkan gol, pemain United dilihat tidak berapa bersungguh meraikan jaringan tersebut mungkin kerana malu terpaksa mengharapkan gol sendiri.
Seperti biasa, apabila satu-satu gol dianggap ajaib, maka gol tersebut menjadi bahan bualan warga atas talian yang tidak mengenal erti penat lelah dan online sepanjang masa.
Ada yang kasihankan penjaga gol muda Belgium yang mana dua minggu lalu telah memecahkan rekod penampilan paling muda penjaga gol dalam Liga Juara-juara. Tetapi pada masa yang sama, ramai juga yang mencuit Svilar.
Berikut adalah antara tweet menarik daripada aksi tersebut.
Poor old Mile Svilar again. Such a good young keeper, such wretched luck as Matic strike hits post and rebounds in off him. 1-0 #mufc
— Henry Winter (@henrywinter) October 31, 2017
Honestly, what can you do about that? How unlucky can a young kid get?
— David Preece (@davidpreece12) October 31, 2017
https://twitter.com/UNILADFooty/status/925460428402159617
❌ Costs Benfica the game with a mistake
✅ Saves Martial's penalty
❌ Scores an own goalAn eventful game and a half for Mile Svilar. pic.twitter.com/EfE3f7TOnH
— Football Tweet (@Football__Tweet) October 31, 2017
https://twitter.com/TrollFootball/status/925462147869507584
https://twitter.com/ZubairAhsan22/status/925460370386444288
https://twitter.com/kaiderKJ/status/925703699401281537
Harsh for the #Benfica keeper #MUBEN #UCL pic.twitter.com/ysyazBwOmT
— Roland Wyn Jones ???????&??&??in? (@JonesRoly) October 31, 2017
Kesilapan Benfica dua minggu lalu dikatakan hasil rancangan Mourinho. Gol sendiri ni nak claim tak? Tanya je.
Mile Svilar pecah rekod Casillas
Iker Casillas adalah satu nama yang cukup besar dalam arena bola sepak dunia di mana dia telah menjadi penjaga gol utama gergasi La Liga, Real Madrid selama 16 tahun. Di samping itu, dia juga telah menggondol kesemua piala utama yang disertainya – La Liga, Copa Del Rey, Liga Juara-juara, Kejohanan Eropah dan Piala Dunia.
Casillas juga turut memegang rekod sebagai penjaga gol paling muda melakukan debut di Liga Juara-juara iaitu pada tahun 1999 ketika dia berusia 18 tahun 117 hari – dalam perlawanan Real Madrid menentang Olympiakos.
Walaubagaimanapun, dua minggu lalu rekod Casillas berusia hampir 18 tahun ini telah dipecahkan oleh penjaga gol muda kelab Benfica, Mile Svilar.
Dalam perlawanan menentang Manchester United dua minggu lalu, Mile Svilar baru berusia 18 tahun 52 hari diturunkan dalam kesebelasan utama Benfica menentang Manchester United.
18y 52d – Mile Svilar will tonight become the youngest ever goalkeeper to start a Champions League game. Exuberance. pic.twitter.com/Veg6DObtI0
— OptaJoe (@OptaJoe) October 18, 2017
Svilar beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut sebelum melakukan kesilapan dengan membenarkan bola tendangan Marcus Rashford melepasi garisan golnya pada separuh masa kedua.
?- Rashford's Goal! ? #MUFC https://t.co/vVftoUtZBo
— United Zone (@ManUnitedZone_) October 18, 2017
Svilar diturunkan selepas penjaga gol veteran dari Brazil, Julio Cesar mengalami kecederaan.
Pemain muda ini dilahirkan di Antwerp, sebuah bandar di Belgium dan dia kini mewakili pasukan kebangsaan bawah-19 negara tersebut. Dia menyertai Benfica pada musim panas lalu selepas dibeli dari Anderlecht.
Untuk rekod, penjaga gol ketiga termua melakukan debut dalam liga Juara-juara adalah Nikolay Mihaylov pada tahun 2006 di mana dia bermain untuk Levski Sofia menentang Werder Bremen ketika berusia 18 tahun 124 hari.
Berikut adalah rekod 10 penjaga gol termuda melakukan debut dalam Liga Juara-juara.
Engkau masa berumur 18 buat apa? Layan MiRC?