Graham Potter Bawa Pemain Chelsea Ke Kem Tentera Untuk Bangkitkan Semangat Cintakan Chelsea

Bagi mengisi kekosongan jadual kerana telah tersingkir dari Piala FA, Graham Potter telah membawa pemain Chelsea ke kem askar untuk bangkitkan semangat cintakan Chelsea dan kekitaan.

Chelsea kini dalam kedudukan goyah teramat teruk apabila berada ditangga ke-10 Premier League dan hanya mencatatkan satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir.

Keputusan yang buruk di padang tidak menghalang Chelsea untuk terus mendapatkan pemain baru di jendela perpindahan dan kemasukan pemain baru juga tidak memberi sebarang perubahan setakat ini.

Graham Potter sendiri mengakui Chelsea dalam situasi bergelut dengan peralihan dan perubahan pengurusan selepas diambil alih oleh Todd Boehly dan konsortiumnya, situasi ini turut memberi kesan kepada prestasi Chelsea.

Tanpa aksi Premier League yang memberi laluan kepada Piala FA satu kem bina semangat telah diatur oleh Graham Potter bagi memperkukuh ikatan serta ukhwan di antara ahli pasukan.

Graham Potter telah memilih Kem Tentera Bordon dan Longmoor berhampiran Liss, sebuah bandar kecil di Hampshire sebagai tempat untuk kem bina semangat pasukan bagi membina kebersamaan dan membantu pemain baru menyesuaikan diri dalam pasukan dengan lebih cepat.

Para pemain Chelsea dilaporkan mengambil bahagian dalam satu siri ‘latihan mental’ yang direka khas untuk membuat mereka berfikir dan bekerjasama sebagai satu pasukan.

Ia datang dalam minggu yang jarang berlaku untuk The Blues, kerana kekalahan mereka kepada Manchester City pada pusingan ketiga Piala FA bermakna mereka tidak akan beraksi sehingga Jumaat.

Potter berminat untuk pemain skuadnya memanfaatkan sepenuhnya masa rehat mereka daripada bola sepak kompetitif minggu lalu, sambil berkata:

“Akan ada elemen ikatan dalam pasukan, kami perlu cuba menyatukan kumpulan itu. Terdapat beberapa muka baharu, kami mempunyai sedikit masa sekarang.”

“Ia bukan hanya tentang rumput, ia tentang cara anda berinteraksi sebagai satu pasukan dan sebagai satu kumpulan.”

“Ada beberapa perkara yang boleh kami lakukan dan kami akan menggunakan dua minggu itu untuk cuba melakukannya sebaik mungkin.”

Kebersamaan dan kesefahaman adalan penting dalam pasukan selepas disiplin di mana banyak pasukan mengarahkan pemain dan staf untuk makan bersama-sama ketika hari latihan untuk mewujudkan ikatan.

“Kami mempunyai peluang untuk melakukannya dan dengan ramai pemain di sini, kami perlu membina beberapa kebersamaan, sedikit persefahaman, dan kami perlu kreatif dengan cara kami melakukannya.”

Chelsea seterusnya akan beraksi apabila mereka menentang Fulham, yang menewaskan mereka 2-1 dalam perlawanan awal bulan ini, di Stamford Bridge pada hari Jumaat.

Pada tahun 2017, Gareth Southgate pernah melakukan perkara yang sama apabila membawa pemain skuad kebangsaan England menyertai latihan ketenteraan di Royal Marines Commando Training Centre.

Latihan mental ini sebagai persedian England untuk kelayakan Piala Dunia 2018 dan mereka layak malah berjaya mara ke separuh akhir dan kecemerlangan ini diteruskan di EURO 2020.

Mungkin, Graham Potter akan mewajibkan para pemainnya menghafal lagu ‘Anak kecil main api’ sepertimana yang dilakukan oleh Gareth Southgate bersama skuad England.

BACA:  Eden Hazard Hanya Akan Tandatangan Kontrak Baru Dengan Satu Syarat