Morata Salahkan Conte Sebagai Punca Prestasi Merudum Musim Lepas

Penyerang Chelsea, Alvaro Morata menyalahkan Antonio Conte sebagai punca beliau bergelut dengan masalah prestasi musim lepas dan mendakwa corak permainan ‘direct’ yang digunakan Conte tidak sesuai dengan beliau.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu berjaya mencatatkan permulaan yang baik dalam kariernya bersama Chelsea, dimana beliau menjaringkan 7 gol dari 7 perlawananan pertamanya.

Morata berjaya menamatkan kemarau gol ketika bertemu Arsenal dimana beliau tenang mengayamkan Shkodran Mustafi

Walau bagaimanapun, prestasi Morata merudum dengan teruk selepas Krismas dimana beliau hanya mampu menjaringkan 3 gol dari 23 perlawanan. Kemarau gol yang dihadapi Morata juga menyebabkan beliau kehilangan tempat dalam skuad Sepanyol yang berangkat ke Russia untuk menghadapi Piala Dunia 2018.

Walaupun baru semusim bersama Chelsea, Morata telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Chelsea dengan Juventus dilaporkan berminat untuk mendapatkan beliau kembali. Akan tetapi, Morata berazam untuk terus kekal di Stamford Bridge kerana beliau tidak mahu lari dari masalah yang dihadapinya.

“Bagi saya mudah sahaja. Saya boleh kembali beraksi di Sepanyol atau Itali, semua pihak percaya dengan kemampuan saya di sana tetapi saya mahu mengubah situasi sukar yang saya sedang hadapi sekarang.”

Corak permainan bola lambung dan direct Conte merupakan sesuatu yang tidak berapa digemari Morata

“Saya mahu melakukannya demi peminat Chelsea, dan bukan kepada haters. Chelsea memberikan saya segala-galanya yang saya perlukan  dan sekarang sudah tiba masanya untuk saya membalas jasa Chelsea.”

“Perkara paling penting bagi saya adalah bagaimana pasukan ini bermain. Musim lalu, kami bermain dengan corak permainan ‘direct’. Saya ditugaskan untuk mempertahankan bola di udara, dan ia bukan kualiti utama saya.”

“Sekarang, saya boleh menyerang ruang kosong yang ada. Saya boleh bermain one touch football dan masuk ke dalam kawasan gol untuk menerima hantaran. Keadaan sekarang lebih baik.”

Morata kembali mendapat kepercayaan jurulatih apabila diletakkan di dalam kesebelasan utama  untuk 3 perlawanan awal Chelsea. Morata membalas kepercayaan tersebut dengan menjaringkan satu gol ketika Chelsea menewaskan Arsenal 3-2 kelmarin di hadapan penyokong sendiri.

Morata berharap beliau mampu memecahkan rekod gol peribadi beliau musim lepas iaitu 15 gol.

“Sarri mahu kami merencana permainan dengan mempunyai bola di kaki. Apabila bola berada dalam penguasaan kami, penyerang akan mempunyai lebih banyak peluang.”

Prestasi buruk Morata musim lalu menyebabkan beliau ditgugurkan dari skuad Piala Dunia Sepanyol

“Saya mahu menjaringkan lebih dari 30 gol, tetapi saya lebih suka jika saya menjaringkan 15 atau 20 gol dan memenangi Liga Perdana Inggeris.”

Chelsea kini menduduki tangga ke-2 dalam carta Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 6 mata, di bawah Manchester City yang mempunyai kelebihan gol yang lebih besar. The Blues akan berkunjung ke St. James Park minggu hadapan untuk bertemu Newcastle dan keringat Morata sudah tentu akan ditagih sekali lagi untuk merobek gawang gol pihak lawan.

BACA:  Pochettino Beri Bayangan Penggempur Berbisa Bakal Lakukan Debut Untuk Chelsea Lawan Brighton