Griezmann, Ronaldo Dan Messi 3 Calon Akhir ‘The Best FIFA Men’s Player’

Tiga calon akhir untuk anugerah ‘The Best FIFA Men’s Player’ telah diketahui, Antoine Griezmann mengiringi Cristiano Ronaldo dan Lione Messi yang sudah pasti mendapat tempat yang sudah sebati dengan mereka.

ronaldo-messi-griezmann

Penulis mengharapkan El Pistolero berada dalam 3 terbaik tetapi sayang Suarez tidak terpilih mungkin di sebabkan oleh prestasi pasukan kebangsaannya atau kerana Suarez tidak hensem dan gigi tubek.

Baca juga : Luis Suarez : Saya Tiada Nilai Komersil Untuk Memenangi Anugerah Pemain Terbaik/

Antoine Griezmann

Sejak beberapa tahun lepas Griezmann telah menunjukkan peningkatan yang baik dan tahun ini beliau telah meletakkan dirinya sebagai 3 terbaik dunia. Tahun yang agak cemerlang untuk Griezmann bersama Perancis dan Atletico Madrid.

Bersama Perancis, Griezmann telah membantu Perancis untuk mara ke final EURO 2016 sebelum tewas kepada Portugal. Di Atletico Madrid pula, Griezmann telah memacu kelab berkenaan ke final Champion League dan muncul naib juara.

Griezmann telah menamatkan musim 2015/16 sebagai penjaring terbanyak kelab dan membantu Atletico berada di tempat ke-3 La Liga. Griezmann telah dinobatkan sebagai pemain terbaik La Liga musim lalu dengan menyingkirkan Messi dan Ronaldo.

Adakah Griezman bakal membuat kejutan lagi?

Lione Messi

Tahun yang agak baik buat Messi selepas membantu Barcelona meraih gelaran liga dengan menjaringkan 26 gol dalam perebutan takhta liga yang agak sengit. Messi juga telah menjadi Kapten Argentina untuk mara ke final Copa Amerika Centenario sekali lagi.

Dan sekali Argentina tewas kepada Chile dalam penentuan sepakan penalti di mana Messi gagal menyempurnakan sepakannya. Lantaran itu Messi mengambil keputusan untuk bersara sebelum menarik balik keputusannya itu.

Semasa kejohanan Copa Amerika Centenario, Messi telah memintas Gabriel Batitusta sebagai penjaring terbanyak Argentina.

Cristiano Ronaldo

Tahun yang penuh gemilang buat Ronaldo bersama kelab dan negara. Merangkul kejuaraan Champion League kedua bersama Real Madrid dan dalam perjalanan ke final Ronaldo muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan 16 gol.

Bersama Portugal, Ronaldo mengetuai pasukan negaranya untuk muncul sebagai juara EURO 2016 sekaligus membawa trofi utama ke bumi Portugal walaupun tidak diberikan harapan untuk menjadi Juara.

Baca Juga

Baca Juga