Guardiola: Manchester City Akan Bertambah Kuat Musim Depan

Manchester City diambang untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali ke-2 berturut-turut dimana mereka memerlukan 3 mata penuh apabila berhadapan dengan Brighton dalam aksi terakhir liga malam nanti.

Walau bagaimanapun, pengurus pasukan Pep Guardiola enggan berasa selesa dengan pencapaian tersebut dan sudah meletakkan sasaran untuk memenangi Liga Perdana Inggeris buat kali ke-3 berturut-turut musim hadapan.

Guardiola masih dambakan trofi EPL walaupun pasukannya semakin hampir untuk mencipta sejarah

Manchester City berada dalam landasan tepat untuk meraih ‘Treble’ musim ini dimana mereka bakal berdepan Watford dalam perlawanan akhir Piala FA di Wembley hujung minggu hadapan. Terdahulu, The Citizens mengecewakan Chelsea menerusi sepakan penalti untuk menjulang trofi Piala Carabao musim ini.

Bagi kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Manchester City akan berkunjung ke Brighton manakala pencabar utama, Liverpool akan melayan kunjungan Wolves di halaman sendiri.

Manchester City berpeluang mencipta sejarah baru menjadi pasukan pertama meraih ‘Treble’ domestik sekiranya mereka mampu bergelar juara liga dan juara Piala FA musim ini.

Guardiola nyata masih dahagakan trofi dan menyasarkan pasukannya akan menjadi lebih kuat pada musim hadapan.

“Musim depan kami akan menjadi pasukan yang lebih kuat, itu saya pasti. Kami akan lebih kuat dan menjadi pasukan yang lebih baik.” Ujar Guardiola dalam sidang media menjelang perlawaan terakhir Liga Perdana Inggeris malam ini.

Pasukan ini akan menjadi lebih kuat musim depan. Siapa yang akan dibawa masuk ?

“Musim ini kami sedar perkara yang kami ingin lakukan dengan lebih cepat, berbanding musim lepas. Kami tidak terlalu mengubah corak permainan dan cara kami bermain. Sebab itu para pemain selesa dengan apa yang kami sedang lakukan sekarang, termasuk cara kami bertahan.”

“Saya rasa jentera serangan kami bertambah baik. Pasukan yang dihadapi kami yang bermain dengan corak bertahan, iaitu meletakkan 11 pemain di dalam kotak. Kami tidak melepaskan terlalu banyak serangan balas dan kami juga bertahan dengan baik ketika sepakan percuma.”

“Secara umumnya, dalam Liga Perdana Inggeris kami sangat konsisten. Dalam Liga Juara-Juara Eropah pula, kami lebih terdedah kerana kualiti pasukan lawan dan keinginan untuk bermain dengan baik. Tetapi itu semua proses pembelajaran.”

“Kami melakukan perkara yang sama musim lepas, dan mengulanginya setiap 3 hari. Penghujungnya, kami melakukan banyak perkara dengan lebih baik.”

Mengenai persaingan sengit dengan Liverpool dalam perebutan kejuaraan liga, Guardiola mendakwa beliau tidak berasa berdebar menjelang pertemuan terakhir malam ini.

Liverpool lawan paling sukar dalam liga pernah ditentang Guardiola

“Saya berasa sangat gembira. Tidak berdebar langsung. Saya agak gementar sebelum bertemu Liverpool dulu dimana pada ketika itu kami ketinggalan 7 mata dan mungkin menjadi 10 mata jika kalah.”

“Tetapi sekarang saya tidak gementar lagi. Saya tidur macam budak kecik sekarang.”

BACA:  Roy Hodgson Mengekek Ketawakan Guardiola Selepas Palace Ikat City Pada Masa Kecederaan