Erling Haaland sebelum ini dilaporkan beliau sudah hampir pasti untuk menyertai Manchester City pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Beliau juga dikatakan telah meminta mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya pada musim panas ini agar memasukkan klausa perlepasan dalam kontraknya.
Mesin pencetak gol dari Norway itu dijangka bakal meninggalkan Borussia Dortmund pada jendela perpindahan musim panas ini.
Erling Haaland reportedly wants to include a release clause in his next club contract, with #ManCity in pole position. Thoughts? 🤔🔵
— City Report (@cityreport_) March 15, 2022
Sejak menyertai gergasi Bundesliga itu, Erling Haaland sepertinya nampak semakin berkembang menjadi antara penyerang paling merbahaya dalam dunia bola sepak.
Walaupun masih belum berusia 22 tahun, Haaland sudah berjaya menjaringkan 80 gol dari 80 perlawanan untuk Borussia Dortmund sejak dari awal beliau ditandatangani pada Disember 2019.
Borussia Dortmund hanya membayar €20 juta sahaja untuk mendapatkan khidmatnya dan jelas sekali ia merupakan pelaburan yang sangat berbaloi.
Beliau turut dianggap sebagai pemain terpenting untuk gergasi Bundesliga itu dan jelas sekali pihak kelab sangat berat sebenarnya untuk melepaskan Haaland pada penghujung musim ini.
Menurut sumber laporan Martin Blackburn, Manchester City merupakan pasukan kegemaran yang dijangka akan menandatangani Erling Haaland pada musim panas nanti.
Gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona juga dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani Erling Haaland pada musim panas ini nanti.
Erling Haaland expected to demand release clause in Man City contract if summer transfer comes off | @SunMartinB https://t.co/4gO70HVZfB
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) March 15, 2022
Namun dalam situasi lain, Haaland dilaporkan mahu ada klausa perlepasan yang akan dimasukkan dalam kontraknya selepas ini.
Hal ini kerana beliau mahu ada pilihan untuknya di masa hadapan dan tidak mahu masa depannya ditentukan oleh bakal majikan barunya.
Dalam kontraknya bersama Borussia Dortmund, Haaland turut menandatangani klausa perlepasan bernilai £63 juta dan klausa tersebut juga akan diaktifkan pada musim panas ini.
Atas alasan sama juga beliau sebelum ini menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama Borussia Dortmund, kerana pihak kelab mahu menaikkan lagi klausa tersebut.
Laporan sama turut mendedahkan yang Manchester City berkemungkinan akan membayar £100 juta untuk mendapatkan Haaland, termasuk kos ejen serta bonus penandatanganan.
Erling Haaland is expected to ask for a release clause to be written into his contract if he moves clubs this summer.
[via @SunMartinB]
— City Xtra (@City_Xtra) March 15, 2022
Haaland sudah hampir pasti sertai Manchester City
Manchester City dilaporkan sudah mencapai kata sepakat untuk menandatangani Erling Haaland dari Borussia Dortmund pada musim panas ini.
Haaland merupakan antara pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, dengan banyak pasukan gergasi Eropah yang berusaha mendapatkan khidmatnya.
Real Madrid, Barcelona, Paris Saint Germain, Manchester United, Chelsea dan Liverpool merupakan antara pasukan yang benar-benar berminat untuk mendapatkan khidmat Haaland.
What does Pep think of Erling Haaland?#MCFC https://t.co/Az8lYK7yWw
— Stuart Brennan (@StuBrennanMEN) March 13, 2022
The Daily Mail melaporkan yang Haaland dijangka akan menyertai Manchester City dengan sumber terdekat mengatakan yang pemain berusia 21 tahun itu akan mendesak agar beliau akan dilepaskan ke Etihad.
Syarat peribadi telah dirundingkan antara wakil Man City dan wakil Erling Haaland sendiri dan kini Juara bertahan saingan Premier League itu bersedia untuk menawarkan kontrak kepada bintang Norway itu.
Haaland memiliki klausa perlepasan bernilai £63 juta dalam kontraknya bersama Borussia Dortmund dengan City dilaporkan perlu membayar sekitar £100 juta untuk membawanya ke Etihad.
Nilai £100 juta itu termasuklah yuran perpindahan, bayaran kepada ejen, bonus kontrak dan segala kos-kos lain untuk melengkapkan urusan penandatanganan tersebut.
Nilai tersebut jelas sekali tidak ada masalah untuk Man City dengan mereka juga turut meletakkan Haaland sebagai pemain sasaran utama kelab pada musim panas ini.
Manchester City have reportedly got a deal in place to sign Erling Haaland in the summer!
Personal terms have been discussed and framework ready to be signed off.
WOW. 😳 pic.twitter.com/ScINml4lKp
— SPORTbible (@sportbible) March 11, 2022
Pengurus Man City, Pep Guardiola dilaporkan sudah lama mendesak pihak kelab untuk mendapatkan pemain penyerang terbaru selepas pemergian Sergio Aguero.
Musim panas lalu mereka berusaha keras mahu mendapatkan Harry Kane, namun usaha Man City itu berakhir dengan kegagalan.
Man City bahkan telah menawarkan £150 juta kepada Tottenham Hotspur untuk mendapatkan Harry Kane, namun tawaran mereka diabaikan oleh Daniel Levy.
Harry Kane sendiri sebenarnya turut berminat untuk melengkapkan perpindahan menyertai Man City namun beliau akhirnya terpaksa akur dengan keputusan kelab.
Ayah kepada Haaland, Alf-Inge pernah tiga tahun beraksi bersama Manchester City sebelum ini dan keluarganya dikatakan masih mempunyai hubungan yang baik dengan kelab.
Menurut sumber pelbagai media di Eropah, Haaland kini dikatakan kuat mahu menyertai Manchester City berbanding pasukan lain yang mahu mendapatkan khidmatnya.
🚨 Manchester City have a deal in place to secure the signing of Erling Haaland. Personal terms have already been discussed and the Norwegian striker is now expected to join the Premier League champions.
(Source: Daily Mail) pic.twitter.com/MRZoYxrwjQ
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) March 11, 2022
Erling Haaland pada ketika ini terpaksa diketepikan dari skuad utama Borussia Dortmund kerana sedang dibelenggu masalah kecederaan.
Beliau walau bagaimanapun dikatakan sudah semakin hampir untuk kembali sertai skuad utama selepas kecederaan ototnya beransur pulih.
Haaland telah berjaya menjaringkan 80 gol dari 79 perlawanan untuk Borussia Dortmund, sejak dari awal ketibaannya ke Signal Iduna Park dari Red Bull Salzburg pada tahun 2020 yang lalu.
🚨 BREAKING NEWS 🚨
Personal terms have been discussed and the framework of Haaland's transfer is ready to be signed off by Manchester City officials. The £63M release clause, agent fees, plus a signing-on bonus, are likely to take the total outlay towards £100M. pic.twitter.com/77hZGJ0PDP
— mcfc lads (@mcfc_lads) March 11, 2022
Man City jelas sekali bakal tampil lebih garang dengan kehadiran Erling Haaland, apa lagi selepas mereka memiliki barisan pemain berkelas dunia yang lain dalam skuad mereka.
Walau tanpa pemain penyerang utama, Man City tetap mampu mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka sepanjang musim ini.
Pemain seperti Kevin De Bruyne, Bernardo Silva, Riyad Mahrez, Raheem Sterling dan kesemua pemain lain memainkan peranan penting sebagai penjaring gol utama.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu tetap berjaya mencatatkan kemenangan besar walau mereka tidak memiliki pemain penyerang utama.
Bayangkan saja bagaimana hebatnya mereka andai mereka mampu memiliki pemain penyerang berkualiti tinggi seperti Erling Haaland.
❗️🎙Lluis Carrasco: Haaland’s father, prefers Manchester City, it is true, but Erling prefers to play and live in Barcelona.
• Carrasco was Laporta’s campaign manager in the last election. pic.twitter.com/jf3e8vpjL3
— +Barça (@plusbarca_) March 9, 2022
Pemain muda Norway itu sudah membuktikan kemampuan sebenar beliau di pelbagai pentas terutama dalam saingan Champions League.
Beliau dijamin boleh menjadi mesin peledak gol utama Man City dan The Citizens akan sangat beruntung andai mereka benar-benar berjaya mendapatkan khidmat bintang Norway itu.
Sumber: SPORTbible