Steven Gerrard jelas sekali sedang berada dalam dilemma pada ketika ini kerana beliau bakal memikul tanggungjawab besar hujung minggu ini nanti.
Aston Villa akan turun beraksi bertemu Manchester City dalam aksi terakhir dalam saingan Premier League musim ini di Etihad.
Mereka pada ketika ini tidak begitu memperdulikan soal keputusan perlawanan tersebut kerana tiada apa yang harus dikejar oleh skuad kendalian Steven Gerrard itu.
If Man City win the league, Aston Villa will receive a £15m bonus due to a clause in Jack Grealish’s contract.📝 pic.twitter.com/LEPYRMPJR3
— PF | Transfer News (@PurelyFootball) May 18, 2022
Aston Villa kini berada di kedudukan ke-14 dalam carta saingan liga dan keputusan perlawanan bertemu Man City tidak akan sama sekali mengubah kedudukan mereka.
Mereka tidak akan tersingkir dan mereka juga tidak akan beraksi di pentas bola sepak Eropah.
Oleh yang demikian, sepertinya penyokong dan pimpinan kelab tidak begitu kisah tentang keputusan perlawanan mereka pada hari terakhir nanti.
Gerrard nak Liverpool Juara/ Villa nak duit dari klausa Grealish
Steven Gerrard seperti semua sedia maklum merupakan legenda terhebat sepanjang zaman Liverpool dan jelas sekali beliau sangat-sangat menyayangi bekas kelabnya itu.
Memandangkan Liverpool dan Man City kini sedang bersaing rapat untuk memburu gelaran Premier League musim ini, maka keputusan perlawanan antara The Citizens bertemu Aston Villa bakal menjadi sangat penting.
Aston Villa akan menerima keuntungan (bonus) sebesar €15juta jika Jack Grealish menangkan gelar Premier League musim 2021/2022 bersama Manchester City. pic.twitter.com/wx5qdPA0Jo
— Pantau Man City Indonesia (@PantauManCity) May 18, 2022
Ia akan jadi penentu siapa yang bakal menjuarai saingan Premier League musim ini, antara Liverpool dengan Manchester City.
Para penyokong Liverpool akan sangat berharap Gerrard akan mampu memimpin anak-anak buahnya untuk setidak-tidaknya mengikat City pada hari terakhir nanti.
Andai Liverpool berjaya menewaskan Wolverhampton Wanderers, maka keputusan seri antara City dan Villa sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan kepada skuad kendalian Jurgen Klopp itu.
Ditambah pula dengan barisan pemain Villa yang dibarisi oleh bekas pemain Liverpool seperti Philippe Coutinho dan Danny Ings, jelas sekali para penyokong sangat berharap kedua-dua mereka akan lakukan sesuatu untuk hukum City.
Walau bagaimanapun, sepertinya Gerrard tidak mungkin akan sewenang-wenangnya menyuruh anak-anak buahnya bermain ultra defensive atau menyerang tanpa henti dalam perlawanan itu semata-mata untuk bantu Liverpool.
Hal ini kerana pimpinan kelab sangat berharap agar Manchester City yang akan muncul sebagai Juara, kerana mereka akan dapat bonus tambahan andai hal itu berlaku.
Jürgen Klopp said that Liverpool deserve to be Premier League champions as he looks to Steven Gerrard to do them a favour and take points off Manchester City on Sunday https://t.co/jusxxXOfFi
— Times Sport (@TimesSport) May 18, 2022
Mengikut klausa dalam kontrak Jack Grealish, seandainya Man City berjaya memenangi gelaran Premier League musim ini, Aston Villa bakal menerima imbuhan bernilai £15 juta dari The Citizens.
Duit atau bekas kelab? Yang mana Gerrard harus utamakan?
Liverpool sementara itu sedang dalam usaha mereka untuk memburu gelaran quadruple musim ini, selepas kejayaan mereka menewaskan Southampton semalam.
Comeback bertemu Southampton bantu hidupkan harapan Liverpool memenangi gelaran quadruple
Liverpool berjaya memastikan harapan mereka untuk memenangi gelaran quadruple akan terus hidup hingga ke hari terakhir saingan Premier League musim ini.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya melakukan comeback untuk menewaskan Southampton 2-1 di St Mary Stadium awal pagi semalam.
The Saints terlebih dahulu membuka tirai jaringan mereka dalam perlawanan ini menerusi Nathan Redmond pada minit ke-13 permainan.
Title race status: Still alive ✅@johncrossmirror was at St Mary's to see a rotated Liverpool take it to the wire
Report:https://t.co/XLGScmy3bO
— Mirror Football (@MirrorFootball) May 17, 2022
Jurgen Klopp membuat sembilan pertukaran dalam skuadnya hari ini berbanding skuad ketika aksi perlawanan akhir saingan FA Cup bertemu Chelsea kemarin.
Salah seorang muka baru yang diberi kepercayaan untuk beraksi, Takumi Minamino berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-27 permainan.
Takumi Minamino berjaya menjaringkan gol bertemu kelab yang meminjam beliau pada musim lalu dengan satu jaringan yang menakjubkan.
Skuad The Reds turun dengan misi wajib menang untuk memastikan mereka terus memberi cabaran kepada Man City dalam perebutan gelaran liga musim ini.
Pendahulu saingan Premier League pada ketika ini, Manchester City memiliki kelebihan empat mata dan turut mempunyai rekod jaringan yang jauh lebih baik.
A big three points on the road. We keep going 👊🔴 pic.twitter.com/Eml9oCcNfG
— Liverpool FC (@LFC) May 17, 2022
Maka, seandainya Liverpool tewas mereka akan sah dinobatkan sebagai Juara dan andai The Reds seri Man City sepertinya sudah hampir pasti bakal bergelar Juara.
Liverpool kehilangan Joe Gomez kerana dibelenggu masalah kecederaan pada aksi babak kedua dan dengan ketiadaan Trent Alexander Arnold dalam skuad, tempat beliau telah digantikan oleh ketua pasukan, Jordan Henderson.
Southampton terus menerus mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka pada aksi babak kedua permainan.
The Saints walau bagaimanapun terpaksa akur dihukum oleh Liverpool menerusi Joel Matip yang menanduk masuk bola yang cuba dikeluarkan oleh Mohammed Elyounoussi.
Ia merupakan gol kemenangan untuk Liverpool comeback menewaskan Southampton 2-1 selepas mereka awalnya ketinggalan 1-0.
If Manchester City lose 6-0 vs. Aston Villa and Liverpool draw 5-5 vs. Wolves then the title will go to a playoff match 🤯 pic.twitter.com/bTERz69Uuy
— B/R Football (@brfootball) May 17, 2022
Kemenangan itu bermaksud Liverpool berjaya untuk setidak-tidaknya menangguhkan kejuaraan Man City dan berpotensi untuk menjuarai saingan musim ini pada hari terakhir liga.
Liverpool hanya perlu memastikan mereka akan mampu menewaskan Wolverhampton Wanderers di Anfield pada hujung minggu ini, dan turut berharap agar Aston Villa akan mampu menewaskan Man City di Etihad.
Liverpool kini sudah berjaya mengesahkan kejuaraan Carabao Cup dan FA Cup pada musim ini, dan mereka bakal turun beraksi dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League bertemu Real Madrid hujung bulan nanti.
Klopp baru-baru ini turut tampil menghentam jadual padat skuadnya pada ketika ini.
“Kami bermain 120 minit pada hari Sabtu, kemudiannya kami perlu bermain pada hari Selasa. Come on.”
Jelas Klopp yang bengang dengan jadual padat yang perlu dilalui oleh anak-anak buahnya.
“Kita tak boleh bermain pada hari Rabu kerana perlawanan akhir Europa League bukan?”
The Premier League title will be decided on the final matchday.
Liverpool will hope for help from old friends at Aston Villa who play City 🤞 pic.twitter.com/DHmd5r7fgz
— B/R Football (@brfootball) May 17, 2022
“Ahhh, UEFA, sahabatku! Kami patut bermain hari Khamis?! Saya perlu duduk di sini dan katakan ini.”
“Tak ada sesiapa fikirkan tentang itu kecuali saya.”
Seandainya Liverpool berjaya menjulang gelaran Premier League pada hujung minggu ini, dan turut berjaya membawa pulang gelaran Champions League pada hujung bulan nanti, maka tidak syak lagi mereka layak dianggap skuad terhebat dalam sejarah bola sepak Inggeris.
Untuk mara ke perlawanan akhir semua pertandingan yang disertai oleh mereka saja sebenarnya sudah boleh dianggap sebagai pencapaian yang sungguh menakjubkan, apa lagi andai mereka berjaya memenangi kesemua Piala tersebut.
15 wins and 3 draws
Liverpool are the only team that haven't lost a Premier League match in 2022 💪 pic.twitter.com/GY3XCNiz4k
— B/R Football (@brfootball) May 17, 2022
Para penyokong jelas sekali akan sangat berharap magis akan berlaku pada hujung minggu ini agar mereka akan mampu meraikan kejayaan skuad menjulang gelaran Premier League kedua di bawah kendalian Jurgen Klopp.