Hansi Flick Mahu Barcelona Kurangkan Sikit Permainan ‘Passing’

Hansi Flick bertekad mahu mengubah cara permainan Barcelona yang menurutnya terlalu banyak membuat hantaran namun lambat untuk sampai ke kotak gol.

Hansi Flick sudah memulakan tugasannya di Barca sebagai pengurus baharu kelab itu. Dia menyertai Barcelona selepas kelab memecat Xavi Hernandez pada akhir musim lalu.

Flick yang ketika itu masih tiada kelab telah menunggu Barcelona datang dengan tawaran mereka. Kerana dia sangat minat dengan budaya bola sepak di kelab berpangkalan di Catalonia itu.

Bertunjangkan bakat muda yang luar biasa seperti Lamine Yamal, Hansi Flick kini sudah sedia mengubah DNA Barcelona supaya lebih tajam di hadapan gol.

Pendekatan yang digunakan Xavi Hernandez sebelum ini dianggap tidak cukup garang di hadapan gol. Namun itu bukan bermakna Hansi Flick akan meninggalkan falsafah hantaran bola ala Barcelona.

Dia cuma mahu memperbaiki sistem serangan pasukan itu. Terutama sekali dengan adanya Robert Lewandowski di hadapan gol.

Hansi Flick memberitahu wartawan: “Di sini, di kelab FC Barcelona, tradisi permainan bola sepak di sini adalah bermain hantaran bola. Dan saya juga mahu mereka untuk lebih cepat sampai ke depan gol secara terus (straight).

“Pasukan ini harus lebih fokus untuk mencetak gol. Saya tak rasa perubahan dan gaya bola sepak yang saya mahukan ini akan memberikan perubahan besar kepada cara pasukan ini bermain.”

Barcelona kini dikaitkan dengan bintang Athletic Bilbao, Nico Williams yang cemerlang bergandingan dengan Lamine Yamal pada Euro 2024 lalu.

Namun kelab masih perlu menyelesaikan isu berkaitan dengan imbangan akaun mereka. Barcelona masih bergelut dengan bebanan hutang yang tinggi dalam akaun mereka.

Barcelona masih berusaha untuk mendapatkan beberapa lagi pemain lain pada harga mampu milik. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kelab seringkali mendapatkan pemain ejen bebas atau secara pinjaman.

Xavi sebelum ini berterus terang menyatakan bahawa, kekangan dari segi kewangan inilah yang membuatkan dia tidak berani menjanjikan trofi buat Barcelona. Sambil menyatakan bahawa situasi semasa Barcelona membuatkan kelab itu jauh di belakang Real Madrid.

Komen itu kurang disenangi Laporta yang membuatkan Xavi dipecat selepas ini.

BACA:  Inkues Jerman: Skuad Berpecah Kerana Sikap Pilih Kasih Hansi Flick Terhadap Pemain Bayern