“Hanya Tunggu Pengumuman Rasmi”- Ten Hag Bakal Dilantik Menjadi Pengurus Manchester United

Manchester United dilaporkan sudah bersetuju untuk melantik Erik Ten Hag sebagai pengurus tetap kelab yang baharu bermula pada musim panas ini nanti.

Sumber dari ESPN telah melaporkan yang Manchester United sedang dalam fasa akhir untuk melengkapkan perlantikkan Ten Hag sebagai pengurus kelab.

Ten Hag dikatakan sudah bersedia untuk meninggalkan Ajax pada penghujung musim ini dan bakal ke Old Trafford untuk mengambil alih Manchester United.

Man Utd selepas memecat Ole Gunnar Solskjaer pada November lalu mereka masih gagal untuk mencari pengurus tetap yang baharu.

Pihak kelab memutuskan untuk melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim sehingga akhir musim ini dan kemudian pengurus dari Jerman itu akan bertindak sebagai penasihat kelab.

Kelab dari saingan Premier League itu berusaha gigih mencari calon pengganti Ole Gunnar Solskjaer dan kini mereka sepertinya sudah berjumpa dengan individu paling sesuai.

Selepas selesai sesi rundingan antara kedua-dua belah pihak pada bulan lalu, Manchester United dilaporkan sudah mengesahkan untuk melantik Ten Hag sebagai pengurus tetap yang baharu.

Pengurus berusia 52 tahun itu sebelum ini berada dalam senarai pendek bersama pengurus PSG, Mauricio Pochettino, pengurus Sepanyol, Luis Enrique dan pengurus Sevilla, Julen Lopetegui.

Football director United, John Murtough dan pengarah teknikal, Darren Fletcher bertanggungjawab untuk perlantikkan tersebut dengan mereka dilaporkan sudah menyampaikan hal tersebut kepada chief executive kelab, Richard Arnold.

Chairman kelab, Joel Glazer juga dilaporkan sudah memutuskan untuk melantik Erik Ten Hag sebagai pengurus kelab yang baharu.

Sumber dalaman kelab telah memberitahu ESPN bahawa walaupun ramai individu dalam kelab yang memilih Mauricio Pochettino, namun pimpinan serta pemilik kelab sudah memutuskan Ten Hag merupakan calon terbaik.

Laporan sama turut mendedahkan yang Rene Meulensteen, individu yang melatih skuad utama ketika di bawah kendalian Sir Alex Ferguson pada tahun 2007 hingga 2013 akan dilantik sebagai pembantu Ten Hag.

Bekas pengurus England, Steve McClaren yang pernah menjadi pembantu Sir Alex Ferguson di Old Trafford pada tahun 1999 hingga 2001 itu pula turut dikatakan akan ditawarkan untuk menjadi pembantu Ten Hag.

Kedua-dua mereka pernah bekerjasama ketika mereka berada di Twente dalam saingan liga bola sepak Belanda, dengan McClaren ketika itu bertugas sebagai timbalan Ten Hag.

Menurut laporan sama, Ten Hag dan Mauricio Pochettino merupakan dua calon akhir sebelum pihak kelab memberi kata putus untuk memilih pengurus Ajax itu.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino sebelum ini merupakan calon kegemaran untuk menjadi pengurus United.

Namun selepas melihat pencapaian beliau bersama PSG terutama selepas mereka tersingkir dari saingan Champions League, menyebabkan United untuk berpaling dan memilih Ten Hag.

Satu lagi sebab yang membuatkan United memilih Ten Hag adalah kerana mereka boleh mendapatkan pengurus Ajax itu dengan harga yang lebih murah.

PSG meminta £15 juta dari Manchester United seandainya mereka mahukan Mauricio Pochettino, sementara Ajax pula hanya meminta £1.7 juta sahaja untuk Ten Hag.

Ketika artikel ini ditulis, Ten Hag dan United sudah capai kata sepakat untuk bekerjasama bermula musim panas nanti, dan hanya menunggu pengumuman rasmi sahaja untuk dibuat.

Keputusan United untuk melantik Ten Hag jelas sekali akan menggembirakan para penyokong kerana ramai penyokong United yang sememangnya berharap agar pengurus Ajax itu yang akan di bawa ke Old Trafford.

Walau ada pemain dan bekas pemain yang lebih memilih Pochettino, namun lebih ramai sebenarnya yang mahukan Ten Hag menjadi pemimpin baru di Old Trafford.

Sumber: GMS

BACA:  Erik Ten Hag Sudah Ada Pilihan Lain Jika Dipecat