Hazard Ramal England Mampu Layak Ke Final Piala Dunia Dan …… Kalah Di Tangan Belgium !

Penyerang Chelsea, Eden Hazard meramalkan England akan layak sehingga ke perlawanan akhir Piala Dunia tetapi bakal dikecewakan Belgium dalam pentas final.

Pemain antarabangsa Belgium itu meramalkan kedua-dua pasukan mempunyai potensi untuk melangkah ke perlawanan akhir. Belgium dan England diundi dalam satu kumpulan di Piala Dunia 2018 iaitu kumpulan G yang turut disertai oleh Panama dan Tunisia.

Hazard yakin England akan ke final dan Belgium juara Piala Dunia 2018. Optimistik atau angan2 mat jenin ?

Belgium dan England akan bertemu sesama sendiri dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang mana besar kemungkinan bakal menjadi penentu pasukan manakah yang akan menjuarai kumpulan tersebut.

Sekiranya England dan Belgium berjaya melepasi peringkat kumpulan, perlawanan final merupakan pentas dimana  dua buah negara ini akan bertembung sekali lagi jika mereka mampu menumpaskan lawan masing-masing selepas itu. Untuk rekod, perlawanan final akan diadakan di Luzhniki Stadium yang terletak di ibu negara Russia iaitu Moscow.

Dalam satu posting melalui akaun Instagram rasmi Hazard, pemain tersebut dengan berani meramalkan pasukan mana yang akan mara ke peringkat kalah mati dan juga pasukan mana yang akan muncul juara. Ramalan tersebut dilakukan melalui aplikasi ‘All Football App’.

“Ini merupakan ramalan saya untuk Piala Dunia 2018 ! Ada banyak rakan sepasukan Chelsea dalam ramalan saya, tetapi bagaimana pula anda?” Tulis Hazard sambil mempromosikan aplikasi ‘All Football App’ di laman Instagram beliau.

Mengikut ramalan Hazard, Belgium dijangka memenangi kumpulan G seterusnya bertemu Poland dalam pusingan kedua. Manakala England pula bakal bertemu Colombia di peringkat yang sama.

Belgium akan menewaskan pasukan pilihan seperti Brazil dan Perancis untuk melangkah ke final. Ambitious

Belgium pula akan bertemu pasukan pilihan, Brazil di peringkat suku akhir dan selepas itu Perancis bakal menanti mereka di peringkat separuh akhir.

Hazard meramalkan England akan menewaskan seterus tradisi mereka iaitu Jerman di peringkat suku akhir dan bakal bertemu satu lagi pasukan pilihan, Argentina di peringkat separuh akhir.

Akhirnya, Belgium dan England bakal bertemu sekali lagi di pentas final yang akan menemukan Hazard dengan rakan sepasukannya di Chelsea, iaitu Gary Cahill dan Ruben Loftus-Cheek.

Final Piala Dunia 2018

Dan sudah tentu, Hazard percaya Belgium akan muncul juara Piala Dunia kali ini dan mengakhiri penantian skuad ‘generasi emas’ Belgium yang terdiri daripada Jan Vertoghen, Thibaut Courtois, Toby Alderweireld, Jan Vertonghen, Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku.

Sebelum ini, Hazard pernah mengeluarkan kenyataan generasi pemain Belgium hari ini perlu memenangi sesuatu bagi mengesahkan status mereka sebagai generasi terbaik yang pernah dilahirkan oleh negara tersebut.

BACA:  Premier League 2021/22: Chelsea 7-0 Norwich City