Ketua jurulatih Itali yang kacak bergaya, Roberto Mancini menzahirkan harapan beliau agar pemain perancang genius Belgium, Kevin De Bruyne dan pemain serba lincah Eden Hazard dapat diturunkan untuk aksi Belgium menentang Itali.
Belgium kehilangan Kevin de Bryune pada awal separuh masa kedua ketika menewaskan Portugal 1-0 di pusingan 16 terbaik dan kehilangan Kevin De Bruyne nyata memberi impak kepada kreativiti Belgium yang tampak mati kutu.
Eden Hazard berjaya menamatkan perlawanan dan mengalami kecederaan hamstring. Kecederaan buku lali De Bruyne menyebabkan Roberto Martinez belum pasti dapat menyenaraikan kedua-dua pemain ini dalam perlawanan di Munich nanti.
EXCLUSIVE: #BEL boss Roberto Martinez gives @petermstaunton injury updates on De Bruyne and Hazard – and talks about his bizarre rivalry with #ITA manager Roberto Mancini 👊 pic.twitter.com/jR1oDoHdVI
— Goal (@goal) July 2, 2021
Roberto Mancini pula berharap pemain terbaik seperti Eden Hazard dan Kevin De Bruyne layak beraksi di perlawanan besar dan tiada masalah untuk mereka pulih untuk perlawanan menentang Itali.
Pandangan Mancini ini dilihat atas semangat kesukanan dan memahami kehendak peminat yang mahukan pemain terbaik beraksi di padang.
“Sangat bagus untuk peminat untuk melihat pemain terbaik beraksi di padang, itulah yang membuatkan bola sepak sangat istimewa.”
“Kami menentang pasukan terbaik di Eropah sebaris dengan Perancis, mungkin juga pasukan yang terbaik di dunia. Mereka diranking bola sepak paling atas tapi kami akan cuba untuk menang.”
"It's always nice for the fans to see all the best players on the pitch; that's what makes football special." https://t.co/8YERJfRAPb
— SBS – The World Game (@TheWorldGame) July 1, 2021
Untuk rekod, Belgium berada dalam ranking nombor satu bola sepak dunia sejak tahun 2018 lagi, lantaran itulah kenapa Mancini menghormati Belgium.
“Aku hormati Belgium, tapi kami perlu bermain seperti apa yang kami dikenali dan kami sedar kualiti kami. Belgium sedang bersiap sedia untuk perlawanan penting dan begitu juga kami.”
Pertemuan antara Belgium dan Itali merupakan perlawanan suku akhir EURO 2020 sepatutnya berlangsung dengan sedap lagi menghiburkan lantaran reputasi dicipta kedua-dua pasukan setakat ini.
🇮🇹 Mancini quiere que su Italia juegue contra los mejores#EURO2020 https://t.co/s92YdZpdF2
— Mundo Deportivo (@mundodeportivo) July 1, 2021
Pasukan bimbingan Roberto Martinez mara ke suku akhir selepas menewaskan juara bertahan Portugal dengan aksi yang tidak meyakinkan dengan satu percubaan tepat sahaja yang merupakan gol kemenangan.
The Azzuri telah dipaksa bermain sehingga masa tambahan oleh Austria yang mempamerkan permainan penuh bersemangat sebelum menemui sentuhan mereka untuk menang.
Roberto Mancini pula telah kehilangan ketua pasukan dan benteng pertahanan kental mereka, Giorgio Chiellini yang mengalami kecederaan betis.
EURO 2020: Italy boss, Mancini urges Azzurri to have fun against Austria https://t.co/MhR35IU3oD
— Vanguard Newspapers (@vanguardngrnews) June 26, 2021
Rekod pertemuan secara kepala ke kepala (head to head) menyaksikan Belgium dan Itali pernah bertemu sebanyak 22 kali dan The Azzuri menang 14 kali manakala The Red Devil menang 4 kali.
Belgium yang kita kenali kini dibarisi generasi emas bukanlah seperti 10 tahun yang lalu merupakan pasukan belasahan yang bergelut untuk mara ke kejohanan utama dunia.
Itali
Perlawanan – 22
Menang – 14
Seri – 4
Kalah – 4
Belgium
Perlawanan – 22
Menang – 4
Seri – 4
Kalah – 14
Selepas pengalaman ngeri gagal melayakkan diri ke piala dunia pada 2018, Itali terus berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki prestasi pasukan mereka.
Reputasi mereka calar. Diserang dan dihentam oleh semua pihak dari kiri dan kanan. Itali gagal ke Piala Dunia merupakan satu malapetaka bagi peminat bola sepak Itali.
Itali memecat Gian Piero Ventura dan melantik Roberto Baggio sebagai pemangku, Itali kemudiannya berjaya mendapatkan Roberto Mancini. Setelah dilaporkan beberapa sesi pujuk memujuk untuk meyakinkan pengurus itu menggalas tugas di Itali.
Mancini ternyata memiliki aura yang kuat. Tugasan kelayakan Euro 2020 kaki ini benar-benar menunjukkan karakter beliau sebagai orang selayaknya menjadi pengurus Itali.
11 – #Ita are on a record 11-game winning run that began in November 2020 and haven’t conceded a single goal in these 11 wins. Can they win the title?
An analysis on the Azzurri's #Euro2020 so far and on their chances can be found here (@antonio_bini) ➡️https://t.co/PyIzi4WC3Y
— OptaPaolo (@OptaPaolo) June 24, 2021
Mancini tegas dalam rutin latihan dan para pemain mengakuinya. Disiplin sentiasa menjadi perkara yang ditekankan oleh Roberto Mancini.
Mancini juga tidak takut. Dan beliau berani mengketengahkan bakat muda yang ada di Itali Sebab sebelum ini Itali dikritik terlalu bergantung kepada kuda tua, kecuali beberapa pemain istimewa.
Sedangkan beberapa pemain muda lagi perlu diberikan peluang untuk meningkatkan potensi mereka.
Kegemilangan Itali seakan sudah kembali dan EURO 2020 menjadi medan buat Mancini membuktikan kewibawaannya adakah Belgium akan menjadi penghalang Itali untuk mara lebih jauh?